Sekali maulana Ilyas rah. berkata dengan perasaan sedih;
'Berfikirlah kamu. Cahaya ilmu langit untuk kaum itu (kaum Nabi Isa as) telah dimansuhkan oleh cahaya ilmu Nabi Muhammad saw. Bahkan telah dinyatakan batal oleh Allah swt dan dilarang merujuk kepadanya.
Jika pengikut Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw meniru nafsu mereka (cara Nasrani) dengan sangkaan cara itu betul, maka betapa buruk mereka di sisi Allah swt. Dan alangkah layaknya mereka mendapat kemurkaan Allah swt.
Dari segi akal pun cara dan pemikiran itu tetap salah. Ilmu Nabi Muhammad saw itu masih terpelihara iaitu seluruh cara kehidupan Baginda saw, peribadi dan bermasyarakat adalah petunjuk yang sempurna. Maka mengapa mengikuti cara kehidupan kaum Nasrani? Bukankah itu satu perbuatan yang sungguh tidak mensyukuri ilmu Nabi Muhammad saw?'
****************** Cerita maulana habis kat sini *********************
Jadi? Kena kembali ke 100% cara Nabi saw islahkan umat.
Jalan dan maksud kena sama.
"Kalau jalan betul tapi maksud salah, boleh ke bang?"
- Sampai tapi tak diterima. Nauzubillah!
"Kalau maksud memang Islam 100%, Quran & Sunnah, tapi ikut jalan lain. Ok ke?"
- Ye la, macam dari KL nak ke Penang naik train, tapi ambik train ke JB. Sampai ke? Kena ambik train ke Penang jugak le, walaupun train tu slow giler ngalahkan kereta lembu, tapi satu hari mesti sampai punya!
Macam kata Nabil dalam Raja Lawak (sesekali layan jugak YouTube, tv dah rosak, Astro jauh sekali. Semoga Allah ampunkan aku! Masih terlibat dalam perkara sia-sia);
'Lu pikir la sendiri!'
Semoga Allah bagi hidayat kat kita supaya dapat fikir yang betul macam fikir Nabi saw.
ni yg dikata "matlamat tak menghalalkan cara" ;)
ReplyDeletesj nak share..br ni amik loan umah, aku insisted nk islamic loan. banker tu org islam tp still nak promote loan riba sbb rate rendah sgt2 compared to islamic loan. siap tanya lagi apasl aku nk islamic loan.
kalo org islam tanya aku apasal mkn babi/dedah aurat logik gak soalan ..ni org islam tanya aku naper nak buat benda yg halal, tak ker pelik tu. aku spontan jawab "sy ni byk na dosa...mn sy mampu ikut cara islam sy akan ikut". banker tu terus diam. pastu aku lak kena terangkan apa bai bithaman ajil n diminishing musyarakah kat banker yg jual produk loan islam tu hahaha..
Jgn kejarkan rate rendah loan riba tu, harta haram bahan bakar api neraka. no blessing from Allah SWT...biar la rumah secantik 'casa impian' tu. islamic loan mmg 'nampak' mahal tp kita kan pcaya rezeki tu Allah yg bagi. Mintak jela kat Allah Yg Maha Kaya ;)
En Azhar, tadi tu saya cerita pasal mencari ilmu, malah ia lebih seronok dari segala macam keseronokan yang dilemparkan di dunia kerana dengan ilmulah kita mengenal. tak gitu?
ReplyDelete