Tuesday, February 05, 2008

Perjalanan Umat


Dikisahkan dalam satu perjalanan pada musim haji tahun 50 an. Sebuah bas yang sarat dengan penumpang merentasi padang pasir, menuju ke bandar Mekah Mukarramah. Keadaan jalan bukan lah macam sekarang. Masa tu mana ada jalan tar. Jalan atas pasir aja. Sesekali bas berhayun kuat, ke kiri dan ke kanan, mengelak timbunan pasir yang tebal.

Cuaca sangat panas. Penumpang-penumpang bas dengan hal masing-masing. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual dan tak kurang yang mengelamun sendiri. Masing-masing bertekad untuk berjaya mendapat haji mabrur tahun ni.

Tiba-tiba bas berhenti mengejut. Enjin berbunyi, tapi bas tak bergerak. Bunyi enjin semakin dideram kuat, tapi bas masih tak bergerak. Semua penumpang terkejut. Yang tadinya tidur pun sekarang dah terjaga. Masing-masing bercakap sesama sendiri,

“Kenapa ni, apa dah jadi?”

“Kenapa bas tak dapat jalan?”

“Aiseyman, tayar bas sangkut kat pasir la. Tak boleh jalan. Nak kena tolak ramai-ramai ni.” Kata drebar bas yang tadinya diam.

“Kena tolak?”

“Ya la, kena tolak. Kalau tak, macam mana kita nak sampai.”

Maka turunlah sebahagian penumpang bas dengan semangat yang berkobar-kobar, menyinsing lengan dan memerah segala kederat yang ada, menolak bas.

“Satu, dua, tiga, tolak…”

Ada segelintir penumpang pulak yang turun tapi tak sama-sama menolak bas. Cuma suara mereka lebih kuat dari yang menolak bas. Dari muka mereka memang nampak mereka bersemangat tapi tangan mereka sikit pun tak sentuh dinding bas.

“Tolak lagi bang, tolak lagi. Tolak kuat sikit. Tu yang belah kiri tu, macam tak makan aje!”

Ada sekumpulan penumpang bas lagi. Mereka tak mahu turun dari bas. Muka poyo. Rilek je, macam tak ada apa-apa berlaku.

“Aku bayar tambang ni, bukan kerjanya nak menolak bas.”

Cerita tamat.

Moral dari cerita di atas.

Itulah keaadaan umat Islam sekarang. Dalam satu perjalanan menuju ke akhirat. Macam-macam amal umat telah buat. Cita-cita tetap nak berjaya. Bila masalah datang pada umat Islam macam sekarang, keadaannya sama macam penumpang-penumpang bas tadi.

Ada yang bersungguh-sungguh, korban diri dan harta untuk menegakkan Islam.

Ada yang jadi ‘pom-pom’ aja.

Tak kurang yang kata, “Aku dah solat, zakat, puasa, haji. Yang lain tu bukan kerja aku”.

Kita???

6 comments:

  1. hidup kena pandang keliling, ek

    ReplyDelete
  2. Asalam, izinkan saya tambah dgn satu lagi perumpamaan yg lain (yg dgn bas juga) iaitu, umat waktu ini diumpamakan menaiki satu bas, tetapi bas tersebut, bateri dia lemah, jadi turunlah penumpangnya untuk menolak bas tersebut, yang ajaibnya, bas tersebut tak jalan-jalan biarpun ditolak oleh semua penumpang. Bila driver dia jengok keluar tingkap, kamjat dia melihat bahawa penumpangnya menolak bas dari setiap penjuru, ada yang dari belakang, ada yang dari sebelah kiri, dari sebelah kanan dan sampaikan ada yang dari depan. Sebegitulah agama hari ini, berat henadak bergerak, manakala umat pula mahukan ia bergerak arah yang mereka kehendaki dan sentiasa bertentangan antara satu sama lain. Jadi kalau semua umat sama-sama mengerakkan agama sebagaimana arah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahaba, insyaallah, agama akan kembali menyinari dan meliputi sekelian alam......

    - Amin tengah siap dgn jamaah dia keluar 40 hari, tetapi belum cukup korum. Mungkin beberapa orang jemaah dia join jemaah 40 Basel, manakala saya dgn dia pergi nusrah Jemaah Malaysia. Tengoklah macam-mana masyuwara Sabtu ni... doa.

    ReplyDelete
  3. Baru balik dari keluar 3 hari. Cuti raya cina pada Khamis & Jumaat, jadi bagi kawan2 yang makan gaji, tak payah nak ambil cuti. Cuma mujahadah bagi mereka, tak dapat berehat2 di rumah dengan keluarga.

    Tuan Nazar, kalau jumpa jemaah Malaysia di Italy tu, sampaikan salam saya pada mereka. Biasa2kan lah makan spageti. Buat sementara ni lupakan lah roti canai & nasi lemak. Kalau nak nasi lemak boleh minta Amin buatkan.

    Pasal tolak bas tu, betul lah yang tukang tolak tak boleh tolak dari arah mana yang dia suka. Semua kena kembali kebelakang. Kebelakang ke zaman Nabi & sahabat.

    Semoga Allah terima kita utk kerja ni.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum...Semoga Allah beri kepada saya dan tuan semua serta ummat seluruh alam kefahaman mengenai usaha da'wah cara Nabi Muhammad S.A.W.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...