Tuesday, February 19, 2008

Ada Boring ke Dalam Syurga?

'Syurga tanahnya subur, setiap ucapan Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar; akan menjadi tumbuhan di dalamnya.'



Baru2 ni di ijtimak Tongi ada orang bertanya akan hal penghuni2 syurga kepada Maulana Tariq Jamil.

Soalannya :
Penghuni syurga tak ada amal ibadat, tak ada kerja, tak tidur. Nanti lama-lama tak boring ke duduk dalam syurga?

Jawapan maulana :
Demi Allah, penghuni syurga tak akan rasa boring walau sedikit sebab;

1.Di dunia, kita ada isteri. Berapa lama kita boleh bersembang2 dengan isteri? Lama2 kita akan rasa boring.

Tapi di syurga, bila kita bersembang2 dengan isteri dan setiap kali kita kelipkan mata (macam kat dunia jugak rupanya, mata boleh berkelip2) maka isteri kita akan 70 kali lebih cantik dari sebelumnya. Bila kelip mata lagi, isteri kita jadi 70 kali lebih cantik. Begitu juga isteri bila kelip mata, akan lihat suami 70 kali lebih hensem dari tadi. Jadi mana ada boring? Penghuni syurga boleh bersembang beribu2 tahun lamanya.

2.Di dunia, lelaki paling suka tengok lenggang-lenggok wanita berjalan. Cara berjalan yang paling mahal (agaknya) adalah 'catwalk' peragawati.

Dalam syurga, satu langkah isteri ada 70 lenggok. Itu baru jalan biasa, belum 'catwalk'. Kalau 'catwalk' tak tau la...
(bab isteri, hanya cerita dua perkara ni saja. Banyak lagi perkara lain.. Censored!)

3.Di dunia kalau kita diberi ais kerim ½ kilo, amacam? Suapan pertama sedap sangat. Kesedapan berkurangan pada setiap suapan berikutnya. Agak2 apa rasanya pada suapan terakhir ketika perut dah sebu? Nak muntah...

Di syurga, setiap suapan makanan mempunyai 70 rasa. Suapan kedua kenikmatan bertambah 70 kali ganda. Begitulah suapan seterusnya... Jadi makan beribu2 tahun pun tak akan boring.

4.Di dunia manusia suka dengan hiburan dan muzik. Satu lagu hanya sedap didengar sepanjang 3 hingga 3½ minit. Kalau lebih dah boring. Lagu pun akan ditukar ke lagu baru. Lagu lama kita dah tak nak dengar.

Di syurga, Allah sendiri akan baca Quran kepada manusia. Seluruh daun2 pokok, sungai2 akan berbunyi menjadi seperti satu okestra. Awan2 akan berarak ke atas pendengar2 dan jatuh berguguran di atas mereka. Bila terkena awan2 tu, wajah penghuni syurga akan bertambah cantik dan bila pulang ke rumah, para isteri akan terkejut melihat kehenseman suami.

Jadi demi Allah kata maulana, syurga memang tak akan boring!

23 comments:

  1. Subhanallah....ya Allah, jadikanlah kami ini ahlul Jannati..
    Minggu lepas saya ada ziarah jemaah Malaysia di Verona, Itali. Dia-orang punya route 2 bulan diItali sebelum ke Greek. Kasihan dia-orang, sudahlah US tak bagi visa keUS, disapu pula duit dia-orang 5000 ringgit hanya untuk temuduga utk visa. Itu yang saya beritahu, US sejak 2-3 minggu dilanda puting-beliung, ada yang terkorban dan malah kerugiaan berjuta-juta dollar. Allah nak bagi rahmat dengan kedatangan dengan jemaah yang akan memakmurkan masjid-masjid, tetapi US tak mahu, jadi musibah yang datang... walahuallam..

    Doa semoga saya dapat bagi waktu nusrah Jemaah, Amin Itali tak dapat bagi nusrah sebab dia tengah keluar cillah dengan jemaah local..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum!! Nk tnya skit saudara?? Betul ker Maulana tak bagi dakwah ikut internet??
    Ni link die...yg bawah2 tu...
    http://www.raudhah.com/forum/index.php?topic=3044.15

    ReplyDelete
  3. tak sempat nak boring wak, tak sempat nak boring pun

    ReplyDelete
  4. zam;
    Allah kuasa, makhluk tak kuasa.

    zarch;
    Di markas KL ada mesyuaratkan untuk tetap cuba hantar jemaah ke US. Dapat atau tak, itu soal no 2. Tashkil dan usaha akan terus dibuat, insyaAllah untuk hantar jemaah ke sana.

    Anonymous;
    Betul lah tu. Dakwah cara Nabi, kaki mau jalan. Negeri ke negeri, kampung ke kampung, lorong ke lorong, pintu ke pintu. Hari2 mau gash.

    Cuma atas kelemahan aku blog ni wujud sebagai satu catitan peribadi. Kadang2 terlalu banyak input yang membeban dalam kepala. Terpaksa release kat sini.

    Sepatutnya aku kena buat gash hari2 untuk output tu!

    maksu;
    Baring boleh le...

    ReplyDelete
  5. Salaam saudara.

    Syukran jazillan kerana sudi baca catatan monolog saya. Mcm penah nampak muka saudara di Tmn Ehsan. Tapi mungkin saya salah orang. Syoknya ada tempat utk saya lepak di alam maya bila sunyi di Kuching nanti.

    Alhamdulillah...byk rupanya blog yg bagus. Saya akan link up kalau tak keberatan.Bolehkah?

    ReplyDelete
  6. Laa.. Saya tinggal di Desa Jaya. Betul la tu! Link up ok. No problemo. Dulu saya pernah keluar 40 hari di Kuching. Orangnya baik2 dan lembut.

    Kalau mereka cakap auk.. auk.. maknanya ya.. ya.. Jangan salah faham!

    Mula2 saya di sana saya jumpa satu pakcik dan kata, 'dunia ni sementara je pakcik, akhirat kekal abadi.' Pakcik tu kata auk.. auk.. Dalam hati saya kata kenapa ye pakcik ni cakap cam tu. Lama2 baru faham.

    ReplyDelete
  7. Auk! I will do it now...takut lupa nak link up nanti.

    psst: padanla mcm familiar. Sbb saya org TE. :)

    jazakallahukhair...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    time kasih sbb sudi singgah kat blog saye.
    nice blog. :)
    saye suke bace post yang ni. :)

    ReplyDelete
  9. masyallah tuan, dapat juga berjumpa dengan sahabat di atas usaha yang sama..

    -kenshin-

    ReplyDelete
  10. nabila_candyflossy & kenshin;
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum tuan...subhanallah..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...
    sy nie budak-budak jer...
    bapak sy ada kata...kalau kita slalu dgr muzik kat dunia, telinga kita susah nak dgr 'muzik' di akhirat. Betul ke?

    ReplyDelete
  13. salam...
    bagus entry ni..saye x pernah dgr lg cerite pasal syurga yang ni...terkejut pun ade...
    ilmu akhirat belum cukup tinggi lg nih...

    ReplyDelete
  14. sya;
    Ilmu Allah sangat luas. Selagi kita mengaku tak tahu, Allah akan ajar kita ilmu yang baru. Kalau kita mengaku dah pandai, pintu ilmu Allah akan tertutup untuk kita.

    ReplyDelete
  15. tapi jangan kejar syurga.......

    harapkan keredhaan ALLAH....

    mardho tillah

    ReplyDelete
  16. pendekar;
    Benar. Masuk syurga hanya dengan rahmat Allah. Kena sntiasa harap akan rahmat Allah dan takut azabnya.

    ReplyDelete
  17. salam.. masha Allah begitu hebatnya Jannatullah.. hmm.. moga2 amalan kita cukup sebagai bekal kita ke sana... InsyaAllah.. amin ya rob.. saudara minta dihalalkan sy berkongsi artikel saudara di blog sy ye. Syukran jazilan, jazakallahu khairan..

    ReplyDelete
  18. Allah Hu Akhbar!!!
    Tuan...
    Minta izin tuan punya blog.. Copy & Paste bahan2..
    Jazakallah.
    Buat usaha sampai mati

    ReplyDelete
  19. ma sha allah hebatnya syurga...macam tak lyak je rasanye...allah..

    ReplyDelete
  20. Najibah Ali ナジバ, & polycats89,
    maaf lambat reply.. copy je..

    Pr3nCh4N4,
    masuk syurga hanya dengan rahmat Allah..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...