Sunday, December 09, 2007

Elders Datang!

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, satu jemaah elders dari Raiwind seramai kira2 20 orang telah datang ke Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Hj Abdul Wahab pada Rabu malam Khamis lepas @ 5 Disember. Jur untuk fikirman2 dari seluruh Malaysia telah dibuat bermula Subuh Khamis dan berakhir 12.15 tgh sebelum solat Jumaat. Kehadiran adalah diluar dugaan. Setiap ruang masjid dipenuhi sehinggalah ketingkat atas.

InsyaAllah, banyak manfaat rohani diperolehi dari kedatangan jemaah elders ini. Jemaah ini dalam rangka ziarah ke kawasan nusantara yang mana sebelum ini telah ke Yala, Thailand dan Jakarta, Indonesia. Hj Abdul Wahab telah mula buat usaha dakwah semenjak zaman Maulana Ilyas ini tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Walaupun keadaan beliau sangat uzur yang mana berjalan dengan dipapah dan bercakap dengan suara yang perlahan tapi masih mampu memberi bayan selama 3 jam. Ini kerana ruh dakwah sudah meresap kedalam setiap urat dan sendi.

Kesimpulan dari pesanan2 beliau adalah;

1. Kita kena buat keputusan untuk jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Ini hanya akan tercapai jika kita mendepankan usaha dakwah dan mengkemudiankan segala urusan2 keperluan kita yang lain.

2. Kita kena taubat dan istighfar kerana telah tinggalkan maksud kita dihantar dan telah jadikan kerja lain sebagai maksud hidup kita. Hari2 kena solat taubat dan hajat supaya Allah ampunkan kita dan terima kita dalam usaha dakwah ini. Sentiasa baca 'Laa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin' dan istighfar2 yang lain.

3. Kita kena ajak dan ingatkan semua orang Islam pada kerja dakwah. Umat telah lupa kerja ini dan tak tahu pun kerja ini kerja kita. Umat sangka berniaga, bertani, makan gaji itulah kerja.

4. Kita kena ajak dan ingatkan semua orang Islam untuk bertaubat atas kezoliman kita ini.

5. Kita kena fikir sebagaimana fikir Nabi saw untuk selamatkan umat dari azab di akhirat.

6. Kita kena keluar 4 bulan setiap tahun untuk belajar agama dan usaha agama.

7. Kita kena atur untuk beri masa setiap hari di masjid. Bila nak buat dakwah, bila nak belajar agama, bila nak solat, baca quran,
zikir, doa dan bila nak buat khidmat.

Oleh itu kita kena belajar usaha dakwah ini dengan keluar di jalan Allah selama 4 bulan setiap tahun. Kemudian bila balik, buat usaha di kampung sendiri dengan istiqomah. Saya sedia, tuan macam mana?

*KL dah berapa hari panas dan tak hujan. Dengan kehendak dan perintah Allah hujan telah turun sepanjang siang dan malam dari pagi Khamis hingga ke tengahari Jumaat iaitu sepanjang jur dibuat. Subhanallah.

5 comments:

  1. Subhanallah.. sezaman dgn maulana Ilyas?

    ReplyDelete
  2. Baru balik dari Jemaah 3 hari (buat usaha dikawasan Swiss-Itali/ Tessin)bersama Jemaah 40 hari Zurich. Kawasan ni, ada 5 masjid, namun belum ada usaha lagi. Doa.
    Beruntung Azhar, Haji Abdul Wahab Sab turun keMalaysia, saya pun dah lama tak dengar suaranya, bayannya secara life.
    Ya, Allah, rahmatilah dia dan jadikan kami ini dapat mengikuti jejaknya untuk berkhimat buatMu.

    ReplyDelete
  3. Umur Hj Abd Wahab dah hampir 90 tahun sedangkan Maulana Ilyas kalau tak silap saya meninggal dunia pada tahun 1944.

    ReplyDelete
  4. Haji Abdul Wahab Sab ni, adalah antara 5 orang yang pertama ditashkil kePakistan diwaktu Maulana Ilyas dan dia yang lahir diDelhi telah memberi seumur hidup dia fisabilillah diPakistan.(puri zendegi)
    Kalau saya ni, keluar 3 hari, pun sudah berkira-kira bila nak balik rumah. Kalau cillah, siap dengan kalendar yang dipangkah setiap hari agar cepat 40 hari habis. Jauh betul pengorbanan dengan elders kita, semoga Allah mengampuni dan sudi mengizinkan untuk saya keluar lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum!! Doakan saya, Mohd Izhar supaya kuar 40 hari bulan Jan 2008....insyallah

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...