Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Thursday, December 27, 2007
11 September, 2001
Teringat masa keluar di Bangladesh pada bulan Februari 2004. Pada hari-hari akhir semasa di markas Kakrail, Dakka; seorang tanggungjawab markas datang kepada kami jemaah Malaysia (kami dilayan macam raja, tak dapat nak balas jasa mereka) dan beri targhib dalam bahasa Inggeris. Di akhir targhibnya beliau cerita tentang pengalamannya keluar di New York, US pada masa Twin Tower dilanggar kapalterbang. (ini cerita first hand tau).
Pada masa tu beliau merupakan amir kepada jemaah yang terdiri dari 7 orang. Mereka buat usaha di sebuah masjid yang berdekatan dengan Twin Tower. Pada malam tu beliau telah mendapat mimpi yang meminta jemaah ni kena pindah ke tempat lain seawal pagi esoknya. Jadi keesokkan harinya, awal2 pagi jemah ni berkemas dan pindah dengan menyewa teksi. Pemandu teksi tu tak habis2 cerita tentang kehebatan dan kemahsyuran Twin Tower tersebut. Amir Bangladesh ni kata, 'Ini bangunan sekarang ada dan bila2 boleh tak ada. Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa.'
Selang beberapa minit, tepat seperti yang dikata, dua biji kapalterbang dah langgar Twin Tower tu menyebabkan ianya roboh. Maka dipendekkan cerita semua ahli jemaah tu kena tangkap dengan polis yang lengkap bersenjata. Mereka dibawa ke satu tempat dan disoal siasat bertubi2. Sebelum tu amir jemaah dah pesan, apapun yang mereka tanya, kita cakap 6 perkara saja. Jangan cakap perkara2 lain. Akhirnya yang tukang soal tu pun jadi bosan.
Tak lama kemudian, seorang polis yang senior (mungkin ketua FBI la kot..) datang untuk soal siasat. Masa dia tengah bercakap dengan amir jemaah, si amir ni menyeluk2 pokenya untuk ambil sesuatu. Apalagi, polis yang ramai2 tu angkat senjata mereka dan hala kepada jemaah. Ketua polis tu suruh orang2nya check poket amir tu dan sebatang kayu sepanjang 1½ jengkal dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik. Setelah pemeriksaan dibuat, ketua polis tu tanya, tu kayu apa. Jadi amir jemaah jawab tu KAYU SUGI yang kami guna untuk berus gigi mengikut sunah Nabi kami.
Lepas tu ketua polis tu kata kepada orang2nya, mereka ni nak berus gigi pun guna kayu, takkan la nak buat rancangan runtuhkan Twin Tower. Tak masuk akal langsung. Satu surat dikeluarkan mengatakan jemaah tu bebas dan diberi kebenaran duduk kat US sebulan lagi.
Kesimpulannya.
1. Kerja dakwah ni kerja kita, jadi kita buat aje. Nak ubah keadaan, tu hak Allah. Tak payah la kita nak mengamuk dan tunjuk perasaan sana sini.
2. Dalam sunah ada kejayaan dunia dan akhirat.
3. Jom la kita sungguh2 belajar & buat kerja ni.
Aku sendiri begitu sedih kerana betapa susahnya nak dapat istiqamah bersugi..
ReplyDeletekejap jatuh, kejap lupa dan kejap hilang..
Benar, tanpa hidayat Allah, nak guna kayu sugipun tak boleh, walaupun dah ada keinginan..
Semoga Allah berikan kita semua hidayat untuk bersugi.. (dan lain lain sunnah)
amin..
Amin untuk aku juga.
ReplyDeleteSubhanallah, menakjubkan kisah Azhar diatas...
ReplyDeleteTuan Nazar, markas Zurich masih macam dulu ke? Polis2 kat depan masjid tak de ke yang masuk Islam?
ReplyDeleteDah diperbaharui dan ketat sedikit kawalannya dari dulu. Kekadang ada juga mat salafi celup datang nak buat markas ni jadi sarkas, tapi alhamdulillah, kena targhib, lama-lama faham juga dia-orang.
ReplyDeleteMarkas polis yang berdepan dgn markas disini, macam tu juga, banyak usaha dia-orang buat, tiap-tiap hari keluar "jualah" dia-orang(maklumlah dia-orang dapat gaji. Bgm pun, dia-orang respek kami, sebab dia-orang tengok, kami pun buat usaha sama, amar makruf nahi mungkar (tetapi tanpa gaji).
Doalah, semoga Allah beri mereka hidayat dan juga utk saya ni.
Amin, Allah kobul firma.
ReplyDeleteAzhar doakanlah utk kami, Azhar pun arif keadaan kami disini, kami ni, kurang berkorban (terutama diri saya yg menghabiskan masa didepan internet ni dan sekarang pun sudah pindah jauh sedikit dari Zurich). Kalau betul-betul bagi waktu, rasanya polis-polis didepan markas tu, insyallah masuk Islam, buat masa ni, buat usaha bgm kami dan umat Islam disini tak "keluar" dari amalan seharian sebagai seorang Islam.
ReplyDeleteKekadang bila lepa tu, Allah hantar ujian, seperti datangnya mat salafi celup (yg suatu waktu dulu pernah merampas dan merosakkan semua usaha dimarkas lama kami) lalu menyedarkan kami utk terus berusaha dan belajar. Kekadang atas rahmat Allah, dihantarNya Jemaah-Jemaah luar (seperti jemaah Azhar dulu)serta juga ulama-ulama yang memahami usaha ini utk membantu. Doakanlah, kerana yang utama, karkun disini harus bersatu hati dan insyallah, semua usaha berjalan dgn baik, manakala seterusnya, usaha ini, Allahlah yg melindunginya.
Semoga Allah istiqomahkan kita dalam kerja ni dan terima kita, seluruh keluarga dan umat. Amin.
ReplyDeleteDanke Schön.
Makluk x de kuasa, ALLAH berkuasa...Makhluk akan binasa, ALLAH kekal selama-lamanya...
ReplyDeletesalam tuan..
ReplyDeletelink tentang 6 PERKARA xleh bukak la tuan..
nak tahu sgt2 apa dia..