Monday, November 19, 2007

Kisah Singa dan Kambing

Al kisah maka tersebutlah kisah seekor anak singa yang terpisah dari kumpulan singa2 yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan2lah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Ketua kambing telah mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing di atas dasar keperibinatangan. Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing2 lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita2 dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing2 durjana itu.

Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari. Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing2 itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing2 telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. T A M A T.

Moral cerita:
Kambing = orang kafir
Tanduk kambing = harta, takhta, senjata
Singa = orang Islam
Kuku, taring dan ngauman singa = kekuatan dalam kerja dakwah

6 comments:

  1. Aslkm.

    Ada laman dakwh untuk non-Muslim. Mungkin boleh dimanfaatkan.

    http://mengenalislam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Benarlah cerita Azhar diatas. Hari ini saya mendengar kakusari dari Jemaah palestin semasa nusrah diaorang. Masyaallah, diberitakan dimasjid al Aqsa sendiri, biarpun dalam keadaannya kini yang kita sedia maklum, jemaah tetap dapat menghidupkan amal makami disitu. Bayan tashkil, ghast, taqlim tetap berjalan.
    Didalam Israel sendiri yang penduduk muslimnya hampir 16% kini telah ada 3 markaz dakwah dan Allah melindungi usaha disana. Masaalah dahulunya yang mana ramai penduduk Islam sendiri tidak mengamalkan Islam, dan hidup tiada beza dengan penduduk bukan Islam kini atas berkat usaha dakwah, ramai kembali mengamalkan Islam hatta 25% wanitanya memakai purdah. Atas usaha inilah, Allah membantu dan melindungi sebagaimana Allah melindungi Nabi Musa yang membesar dirumah Firaun.

    ReplyDelete
  3. Sebak hati saya mendengar karguzari (laporan) saudara Nazar (zarzh). Wanita2 di Malaysia entah berapa peratus yang berpurdah walaupun berkobar2 melaungkan Islam.

    Nampaknya sayalah yang kena tambah pengorbanan. Belum dapat jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Elders selalu pesan supaya kita taubat atas kezalimam kita tak buat kerja dakwah.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum..

    apa khabar azhar sahb, bro zarch, ust alex.. :)

    tumpang post ye, sy salah sorang peminat setia blog ni walaupun tak rajin nak post..

    tengok foto2 famili bro azhar sahb dan pun sy dah cemburu sangat..
    azam nak didik keluarga mcm para sahabat gak la..

    sejuk hati dengar kalkuzari usaha agama di israel tu..
    orang lain berlumba2 bagi masa dan korban..
    dgr kalkuzari markaz sokmo2 yg dipesan pun mintak diusahakan 5 amal dgn sungguh2..
    saya 5 amal pun kelam kabut lagi..
    sedangkan hidayat yg Allah nak beri berkadaran dengan pengorbanan..
    moga Allah ampuni saya dan kasihan kat kami..

    Almarhum Hadraji Maulana Innamul hassan rah.a pesan: keep moving, this work will move..

    pesan Almarhum Hadraji lagi: sebanyak mana seseorang itu mengaku kejahilan di dalam hatinya, Allah akan buka usaha dan ambil kerja darinya..

    kata Maulana Umar Palanpuri rah.a:
    Selagi air matamu mengalir melihat keadaan umat, selagi itu kerja akan diambil dari kamu..

    moga Allah terima niat kita utk bawa agama yg sempurna ke dlm diri dan kpd seluruh umat..
    mohon doa kalian utk saya sekali ye..
    nak kuar 4b ipb abis blajar ni (mei 2008 insyaAllah)
    Jazakumullahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  5. hantar jemaah sebanyak mungkin ke sabah dan serawak... tempat yang subur,kalau tak di tanam benih..lalang,rumput,pohon berduri akan tubuh.. binatang berbisa akan membiak.. orang sabah serawak tak banyak terdedah dengan dunia seperti orang di semenanjung.. lembut..muudah tashkil.. tinggal tunggu pengorbanan orang semenanjung datang sabah..

    ReplyDelete
  6. touch_skill
    InsyaAllah. Untuk bulan Ogos 2008, KL azam hantar 8 jemaah ke S/S. Alhamdulillah, berkat risau tuan2, 14 jemaah telah dihantar. Macamana pun masih belum mencukupi untuk memenuhi takaza S/S. Doa tuan...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...