Friday, November 30, 2007

Bayan Masturat



Pembayan : Jemaah 2 bulan masturat yang hendak ke
New Caledonia & New Zealand pada 2 Disember 2007.
Tempat : Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur.
Tarikh : 29 November 2007 @ 5.30pm.

Ringkasan.

Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.

Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.

Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.

Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.

Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.

Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.

Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.

Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.

Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan. (lihat Masjid Cordoba klik sini)

Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya.

Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta'lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.

Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.

Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.

Tashkil.


Wednesday, November 28, 2007

Cari Tempat Berteduh Sekarang!

Gambar hiasan sahaja.
(azam, Mac 2008 nak kembali ke sini)

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, "Ada tujuh macam orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu"

1. imam yang adil,

2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,


3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid


4. dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian


5. seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki),


6. seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu (tidak menampak-nampakkann ya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya


7. seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."


(Muttafaq 'alaih)

~persoalannya;
Adakah saya termasuk dan diterima dari salah satu golongan di atas?
Semoga Allah terima saya dan tuan semua. Amin...

Friday, November 23, 2007

Bandaraya Transit

Bandaraya transit?
Berapa lama kat sini?
Ada teman ke sorang2 aje?
Nak bawak bekal apa?
Anak bini, harta benda yang aku kumpul dulu mana?
Nak balik semula buat persiapan sikit boleh ke?
Kalau tak duduk sini boleh tak?
Kalau dah transit, lepas ni nak pegi mana pulak?

Nyesal pun tak guna.
Hidup kita ni la sekali aja.
Jadi marila kita buat kerja.
Kerja Nabi, ajak manusia pada Allah, tu lah kerja kita.
Natijah kerja jadi bekalan kita.
Umur kita dah la tak seberapa.

Kerja ni la yang kita dah lupa.
Kita ingat berniaga, pejabat, petani tu la kerja.
Walaupun kita bukan Nabi, tapi Allah nak muliakan kita.
Kalau ada kerja lebih baik dari kerja ni, dah tentu Allah beri pada Nabi2 punya.
Bila kita tak buat kerja ni, tu lah pasal kita jadi hina.
Kita rasa kita hina sebab tak ada harta,
tak ada kerajaan dan tentera.
Tapi kita salah sangka.

Nabi dah tunjuk kita cara.
Macamana nak berjaya.
Sahabat2 Nabi pun manusia macam kita.
Ada kedai, ada kebun, ada keluarga.
Tapi mereka tak lupa buat kerja.
Mereka jadikan kerja Nabi sebagai maksud hidup mereka.
Di zaman Umar r.a, Allah beri 2/3 dunia.
Walau mereka tak ingin dan minta.
Mereka ingin apa yang Nabi ingin, semua manusia masuk syurga.
Bukan macam kita, silap sikit, kita cap dia ahli neraka.

Hari ni kita kena buat kerja yang sama.
Kalau nak berjaya macam mereka.
Jangan ambik jalan Yahudi dan Nasara.
Nanti kita rugi dan sengsara.
Jadi kita kena taubat dan kembali buat kerja asal kita.
Jika benar kita cintakan agama.
Nasihat ni dituju khas untuk diri SAYA.

Monday, November 19, 2007

Tujuan blog ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri akan maksud dihantar sebagai umat Muhammad SAW. Bila umat ini memenuhi maksud tersebut maka Allah SWT akan muliakan dan jadikan umat ini khalifah seperti yang berlaku kepada para sahabat RA. Tetapi bila umat ini lalai akan maksud tersebut maka Allah SWT akan hinakan dan jadikan umat ini hamba dunia seperti yang berlaku kepada kita sekarang.

Kisah Singa dan Kambing

Al kisah maka tersebutlah kisah seekor anak singa yang terpisah dari kumpulan singa2 yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan2lah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Ketua kambing telah mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing di atas dasar keperibinatangan. Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing2 lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita2 dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing2 durjana itu.

Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari. Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing2 itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing2 telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. T A M A T.

Moral cerita:
Kambing = orang kafir
Tanduk kambing = harta, takhta, senjata
Singa = orang Islam
Kuku, taring dan ngauman singa = kekuatan dalam kerja dakwah

Wednesday, November 14, 2007

Buat Saudaraku Nazar dari Zurich.


Saya cadang agar perkara ni tuan Nazar bawa mesyuarat dgn karkun2 Swiss. Cuba buat jadual untuk keluar 3 hari masturat. Contohnya jemaah dikeluarkan setiap bulan Mac, Jun, Sept & Dec supaya semua orang boleh satu fikir dan dapat keluar pada satu tarikh yang sama. Jika tidak jemaah tak dapat dibentuk kerana tiada fikir dan tak cukup orang.

Fikirkan juga untuk 2 jemaah 10 hari/15 hari dapat dikeluarkan setahun. Dan letakkan satu tarikh untuk keluarkan 1 jemaah 40hari masturat ke IPB. Usaha dan doa pada Allah dan jangan lupa doa hidayat untuk umat dan saya yang daif ni..

Saya ada azam untuk keluar 2 bulan masturat negara jauh pada tahun 2009 nanti. Buat masa sekarang ni tak dapat keluar sebab ada anak kecil. Tak tahu lah mana Allah nak hantar kami. Mungkin juga ke Swiss! Sahabat2 Nabi dulu macam anak2 panah, sedia dihantar ke mana sahaja, dengan siapa sahaja dan bila2 masa. Kita ni baru nak belajar2 tiru sahabat.



Wallahua'lam.

zarzh said...

Asalam, bila Azhar nak tashkil Jemaah Masturat keSwiss? Kat sini, jemaah Masturat 3 hari pun dah lama tak ada, yang tinggal hanya Taqlim mingguan Masturat. Sekali-sekala, bila Jemaah luar datang, ada juga bayan Masturat. Agaknya, kerana rijal disini (terutama saya) tak banyak berkorban, maka Masturat pun tak dapat nak bergerak.
Doalah untuk kami....


Friday, November 09, 2007

Gambar raye! (raya dah habis la..)

Gambar family (setelah diedit)


Mintak maap bebanyak ye mak..!

AWAS! Hukum H.A.R.A.M Kokka Kalau Percaya Ada Kuasa

Awasi unsur syirik jika guna kayu koka
( Ulasan saya di bawah sekali )


Oleh Dato' Dr Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?
Inilah Tasbih Kokka yang berharga RM 400 !!!Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.
Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.
Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.
Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.
Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)
Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.
Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.
Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.
Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.
Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.
Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.
Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan' , 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.
Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.
Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.
Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.
Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.
Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian."
Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

KOMEN SAYA
Hm.. Boleh jadi syirik juga kalau yakin dengan kerja dapat rezeki. 'Kalau tak
kerja mati la aku.' Sebenarnya kita kerja tapi kena yakin Allah beri rezeki.

Ada ada orang kata, 'ada duit semua jadi.' Ada orang senang hati bila banyak
duit dan susah hati bila tak ada duit. Tak salah ada duit tapi yang salahnya bila
yakin duit boleh selesai masalah. Duit tak boleh buat apa, susah senang
dari Allah.

Ada orang yakin dengan kuasa dan takhta, Islam akan maju. Sebenarnya bila
Allah bersama kita, baru kita berjaya. Kuasa dan takhta tak boleh buat apa.

Ada yang yakin pulak dengan senjata kita berjaya. 'Macamana kita nak menang,
kita tak ada senjata macam mereka.' Sebenarnya bila Allah tolong kita, tak
ada siapa boleh kalahkan kita. Nak Allah tolong kita, kita kena tolong agama
Allah dulu.

Jadi kena buat usaha untuk betulkan dan kuatkan iman... Bersihkan hati
dari mensyirikkan Allah dan ajak semua orang Islam buat usaha ni.
Wallahua'lam.