Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)
Asalamualaikum Azhar, ingattah lagi saya, hamba Allah yang dhaif dari Zurich? Bila nak tashkil Jamaat datang sini lagi? Kami disini, macam tu lagi, kata orang Penang, "Pi mai pi mai, tang tu juga". Malaysia apa khabar, salam untuk semua Jamaah hang.
ReplyDeleteW'salam. InsyaAllah x lupa tuan. Kami lepas balik dulu buat amal masing2. Maklumlah dari halakah berbeza. Bulan April lps saya 40 hari Kemboja. Hj Khairudin skrg tengah keluar 4bulan moscow. Hj Aziz (amir) isterinya baru meninggal sbb kanser darah. Hj Abd Rahman ikram kawannya 4bulan IPB. Fatihah ada jumpa sekali sekala. Hj Nong tak pernah jumpa. Dia dari Kuantan. Sekarang ada jemaah 4 bulan dari Penanti di Germany. Tak tahu pulak route mana..Kalau balik sini call saya Azhar 016-68276979.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati Allahyarhamu isteri Haji Aziz.....
ReplyDeleteNo hp saya silap taip. Sebenarnya 016-6827679
ReplyDeleteLink pasal entry ni KAT SINI.
ReplyDeletemengiyakan,
ReplyDeletemengangguk laju.
haish.
masya-Allah.... puisi ni agak buat saya kagum,banyak orang jahil dan degil boleh dapat hidayat kalau baca artikel ni...insyAllah,bi iznillah...
ReplyDeletetersenyum sorang2 bace gurindam ni...
ReplyDeletesy rase sy penah trfikir spt golongn ni...
'Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang."
moga2 skrg x lagi...
aku dh paham ape itu tabligh yg sebenar...
tabligh ni mmg laki jer eh?
perempuan x leh join eh?
sbb x penah nmpak pon...huhu
...antikapel...;
ReplyDeleteJemaah yang ada perempuan dipanggil jemaah masturat. Biasanya suami isteri. 1 kapel dibenarkan bawa 1 anak perempuan umur lebih 12 tahun.
Boleh juga perempuan yang kematian suami keluar dengan anak lelaki yang dewasa.
~ kawen ngan karkun aje lah..
assalamualaikum ust.
ReplyDeleteminta nk copy artikel ni ke blog ana.
boleh ya?
syukru lillah.
QuLMinD,
ReplyDeletebelum jadi ustat.. baru nak stat..
ok.. copy jelah..
BEST,BEST
ReplyDeletelutfi,
ReplyDeleteyeahh..
nak tumpang tanya apa orang tabligh belajar..?
ReplyDeletemeliani,
ReplyDeletebelajar untuk hidupkan agama dalam diri & ummat..
Apa yang meliani mahu belajar??
dulu aku pn lari2 gak org tabligh..dalam hati x penah pn rase benci..xtaupn nape g pintu kepintu..dah bertahun lepas 2 sy pn dapat hidayat..sekali je kuar 40 hr mase sem 1,sem akhir kuar 4 bulan..sambung stdy sy kuar 40 hr filipina bsama jemaah jitra..usaha ni ajib tuan.Allah boleh pilih sape yang die suka dan singkirkan sapa yang dia nak..
ReplyDeleteasaalamualaikum bro,
ReplyDelete"kejayaan manusia sejauh mana dapat taat perintah ALLAH S.W.T.,
ikut cara hidup NABI MUHAMMAD S.A.W.
atas maksud tu lepas solat sunat ba'diah maghrib,
ada satu majlis yg sangat penting,malis fikir atas iman dan amal.
insya-allah semua orang dapat ambik bahagiaan"
mcm kenal je dailog ni?
ni ar iklan yg membawak kpd keuntungan yg sangat besar di sisi allah..
bru buat iklan dah dapat ganjaran....
ayyubnassim90@yahoo.com
saya nak copy atikal ni blh....
ReplyDeletenak tampal kat papan belutin surau sya...
tiprahsia;
ReplyDeletecopy aje lah.. kalau boleh letak link nye sekali..
Tuan Azhar,
ReplyDeleteMohon copy entry ni nak masukkan dlm bloq saya.
Tak kenal maka tak cinta.. :)
memang terbaek la....haha (gelak sorang2 bila baca)>mohon copy ya ustaz..
ReplyDeletesaya pon cm 2 sblm Allah pilih dlm usaha yg mulia ni...
dlu sy dah rasa sy ni pndai sgt,ibadat cm dah ok,ilmu ttg agama pon rs cam dah ok,dan sy rs sy ni sorang muslim yg bek..(sifat mazmumah:riak,ujub,takabur,bongkak dll..nauzubillah)
tp ilmu yg kita taw arini sbnarnya mcm maklumat saja(malah berbanga banga>syaitan sgt licik dlm tipu dayanya) x dapat amal w'laupon taw byk tetapi x benar2 faham..
setelah diberi hidayah & taufiq sy kenal usaha dakwah dan tabligh ni dan sertainya..
Alhamdulillah..ilmu yg dlunya sekadar maklumat sekarang sy dah btol faham dan dpt amal..(moga dapat halwatul iman > kemanisan iman INSYAALLAH)dan yg mana satu perintah Allah yg ptt kita kehadapankan..ini yg sgt penting..ramai org msh belum faham maksud umat ini..kairuummat.
betollah..untuk nak lebih kefahaman serta rasa sayang dan cinta datang pada agama memang kena bagi masa serta buat pengorbanan...dengan ssh payah,inilah jln untuk umat yg terbaek ini..moga Allah qabul(terima saya) Usaha kita yg LEMAH ini(umat yg benar2 dipenghujung > umat lemah)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami AKAN MEMIMPIN MEREKA KE JALAN-JALAN KAMI(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Al ankabut: 69)
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, yang telah percaya dengan Allah dan rasul-rasul dan yang tidak ada pada mereka itu keadaan ragu dan mereka berjuang dengan menggunakan harta-harta dan diri mereka di jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar" (Al Hujurat: 15)
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.(At Taubah 20)
jadi mcm mana keadaan pun kita kena istiqamah dan ihtisab(yakin dgn janji2 Allah) dalam USAHA YG MULIA INI(kerja para anbia a.s serta umat ini) jgn pernah rasa jemu & putus asa..kejayaan pasti dtg INSYAALLAH..AMIN
kata Saidina Ali R.A.
apabila kamu berasa letih kerana berbuat KEBAIKAN maka sesungguhnya keletihan itu kan HILANG, KEBAIKAN yg dilakukan akan terus KEKAL
(memebawa ke syurga)..
dan sekiranya kamu berseronok dengan DOSA,maka sesungguhnya keseronokan itu akn HILANG dan DOSA yg dilakukan akan terus KEKAL(mendpt azab dr ALLAH)
sgat menarik....insyaallah ALLAH SWT sentiasa brsama dgn org2 yg ikhlas melakukan amal ibadah kejalanNYA...dan dalam meningkatkan syiar islam di muka bumi ini....amin...:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete