Ada sejenis penyakit bahaya yang sekarang sedang melanda umat Islam iaitu penyakit ghairullah. Penyakit apa tu? Tak pernah dengar pun. Ghairullah ni bahasa Arab. Maknanya selain Allah. Penyakit2 lain kalau ditanggung sampai mati tak pe, tapi kalau penyakit ghairullah ni tak boleh dibawa mati. Kena segera berubat sebelum maut datang!!!
Penyakit ghairullah ni duduk dalam hati. Ada yakin bahawa selain Allah, ada kuasa jugak... Dengan erti kata lain MENDUA atau MENSYARIKATKAN atau MENSYIRIKAN Allah. Nauzubillah!
Contoh:
1. 'Ye la, aku tau Allah bagi rezeki TAPI kita kena kerja...'
2. 'Kalau kau tak berubat, macamana nak sembuh...'
3. 'Macamana umat Islam nak maju kalau kita tak de ghairullah (cth : harta, takhta, senjata)'
Sebenarnye ghairullah ni Allah suruh kita guna TANPA yakin padanya TAPI hanya yakin pada Allah iaitu pencipta semua ghairullah.
Jadi macamana nak buat?
Kena taubat dan kembali kepada maksud asal kita dihantar ke muka bumi ni iaitu untuk mengEsa dan menyembah Allah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Diri dan harta yang ada pada kita sebenarnya milik Allah. Kena gunakan pada jalan agama Allah. Jangan lupa juga doa dan menangis di hadapan Allah supaya Allah matikan kita TANPA ADA SEBESAR DEBU GHAIRULLAH dalam hati kita. Amin...
hahaha...313 tu ape??
ReplyDeletevery good post!
ReplyDelete