Saturday, November 04, 2017

Kembara India 21 Hari

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. aku diberi peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi India.. setelah persiapan tiket kapalterbang dan visa selesai, aku pun berangkat ke bumi India pada tanggal 12/10/2017 @ 9.30pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines.. bersama aku seorang kawan yang akan berkhidmat di Banglewali Masjid, Nizamuddin, Delhi selama 2 bulan..

12tghari waktu India kami tiba di lapangan terbang Indra Gandhi, New Delhi.. selesai urusan imigresen dan bagasi, kami pun terus ke Banglewali Masjid yg terletak kira2 16km dr airport.. harga teksi 450 rupee shj (kira2 RM30).. jem yang teruk di Delhi menyebabkan kami tiba di Banglewali Masjid pada jam 2.30ptg..

Banglawale Masjid masih macam dulu.. sesak dengan manusia yang datang dari berbagai negara dari seluruh dunia.. nak cari tempat tidur pun susah.. dan yang paling penting adalah kesan rohaniat usaha Maulana Ilyas r.alaih memang kuat terasa.. yang dah lama tak ke sini elok la jenguk2kan diri.. hehe

15/10/2017 aku diberi peluang oleh Allah untuk keluar 10 hari bersama 12 orang Malaysia dan 1 orang dari India ke daerah Jaula, Uttar Pradesh iaitu kira2 90km ke utara Delhi.. perjalanan ambik masa 2.30jam dengan menaiki van sewa.. debu2 di jalan Allah mengenai pada seluruh anggota badan kami..

Alhamdulillah selama 10 hari di Jaula, kami dapat buat usaha di 5 buah masjid.. kami juga sempat menghadiri jur bulanan halkah mereka.. usaha pintu ke pintu untuk bawa orang ke masjid sangat mantap di sini.. orang tempatan juga sudah biasa diziarahi dan sangat mudah untuk dibawa menghadiri taklim di masjid..

Untuk pindah dari masjid ke masjid di sini dengan beberapa cara.. kadang2 kami diberi kereta sewa.. kalau dekat jalan kaki saja.. dan yang paling rare adalah kami naik trektor bajak sebab tempat tu agak jauh ke kawasan ladang tebu.. huhu

25/10/2017 jemaah kami kembali ke Banglewali Masjid.. orang2 dari Malaysia sudah mula memenuhi ruang di tkt 4 hga 7 masjid kerana mesyuarat 2 tahun sekali untuk Malaysia akan bermula beberapa hari lagi.. aku dapat jumpa dengan beberapa kawan dari San Diego, Carlifornia yang sedang keluar di India.. dan yang paling seronok dapat jumpa Bro Nazar dari Zurich.. beliau berasal dari Perak dan dah lama menetap di Switzerland.. sebelum ni 2 kali kami jumpa iaitu pada tahun 2005 & 2009 semasa aku khuruj ke sana.. beliau juga seorang blogger..

27/10/2017 hga 31/10/2017 mesyuarat Malaysia bermula.. kehadiran orang Malaysia hampir mencecah 3000 orang.. secara keseluruhannya elders sangat gembira dengan perkembangan usaha di Malaysia.. aku juga berkesempatan untuk membuat baiat (janji setia) dengan Hadraji Maulana Saad..

Antara pesanan Hadraji Maulana Saad di dalam bayan subuh..
Ilmu dn iman adlh perkara asas dn bercantum. Setiap kali beramal perlu tgk apa tuntutan ilmu. Ilmu adlh cara beramal. Melalui dakwah akn dpt ikhlas dlm beramal. Belajar ilmu adalah fardhu ain.

Bila mengatakn semua perkara adlh ilmu maka itu adlh kejahilan. Bljr sains adalh kemahiran dn bkn ilmu krn mengenal makhluk. Ilmu adlh perkara mengenal Allah.

3 soalan dlm kubur
1.siapa rab kamu?
2.siapa lelaki ini? (wajah nabi ditunjukn) *bukan pengetahuan mengenai nabi tapi ittiba' nabi yg akn jwb soalan
3.apa agama kamu?
Inilah ilmu.

Walau dpt PHD dlm agama masih x dpt jwb soalan kubur jika x usaha atas keimanan. Ilmu adalah penyuluh. Iman adalah cahaya.

Saidina Umar tanya malaikat semula dlm kubur sbb tahap iman beliau yg tinggi. Malaikat akn mengadu pd Allah. Kami dihantar utk tanya dia tapi dia yg tanya kami.

Org yg sentiasa bersedia menjwb soalan kubur maka laluannya akn mudah. Kalau x bersedia maka akn merangkak2 mencari jwpn. Aku x tau.. aku x tau.. (nauzubillah)

Menganggap kemahiran sbg ilmu adalah kejahilan. Org batil akn paparkn kemahiran2 dn war2kn inilah ilmu. Sehingga manusia berbangga2 dgn kejahilan tersebut yg dianggap sbg berilmu.

Dlm quran Allah bgtau alim adalh org yg berilmu yg mengenalkn manusia kpd Allah. Bukan org yg pandai mengubah2 benda.

WallahuĂ lam.

02/11/2017 aku kembali ke tanah air dengan membawa banyak takaza agama yang perlu disempurnakan dan kesan rohaniat Banglewali Masjid segar di dalam jiwa.. alhamdulillah..

*tulisan agak skema kerana faktor usia.. ahaks..

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com