Tuesday, November 07, 2017

Kepentingan Memakmurkan Masjid

Bayan Subuh Maulana Saad @ 31/10/2017

Hanya org yg memakmurkn masjid2 Allah beriman kpd Allah dn hari akhirat..

Ada yg berkata jika ada harta baru Islam berjaya, ada yg kata kekuatan zahir. Islam xkan tertegak dgn asbab2 yg ada pd ahli batil. Kita ingin Islam tapi ingin harta org kafir. Kita xkn berjaya.

Allah tlh tetapkn satu jln sunnah. Org kata itu cara dulu. Sedgkn agama x lihat pd zaman. Zaman lh yg ikut agama. Imam malik kata islah umat ini adlh dgn jln umat dulu diislah. Itulah jln hdyt. Dakwah adlh tarbiah.

Nabi tlh hubungkn manusia dgn mjd. Usaha dakwah ada hubungn dgn mjd. Di sana lh manusia akn ditarbiah, taklim dn melembutkn hati manusia. Apabila umat jauh dr mjd maka akn brlaku kelalaian dn kejahilan. Iman dn ilmu hanya dpt dibuat di mjd.

Sahabat2 tlh buat halkah2 iman dn ilmu di mjd. Sahabat klr dr majlis mjd tlh rasa munafik. Sdgkn kita bg masa sikit2 sj di mjd dn byk masa di luar mjd. Skrg umat tlh tiada hubungan dgn mjd. Gash kita adalh utk bawa manusia ke mjd. Umat xkn dpt tarbiah bila klr dr mjd.

Dakwah dn tabligh bkn skdr sebar dn sampai tetapi mmbawa umat ke dlm suatu suasana iman dn amal. Kita buat kerja ikut sirah dn bkn ikut zaman. Dakwah dn tabligh bkn psatuan tetapi ia adalh maksud nabi saw dihntar.

Dunia mmg berubah tapi agama xkn berubah. Baca hyts shbh. Kita x baca hyts shbh bgmana kita nk buat kerja. Juhud adalh jln kerja yg tlh dibuat oleh sahabat. Org kata dulu zaman unta, skrg kenderaan brmotor. Itu hanya brkenaan dunia.

Setiap umat kita kena lihat sirah shbt bsandarkn kpd amaln mjd yg tlh mereka buat. Mjd bkn sekadar tpt ibadah ttp adalh tpt tarbiah umat. Iktikaf adalh sunnah nabi. Ini adalh satu usul utk tarbiah manusia.

Kita klr gash adalh klr mjd dn bawa org ke mjd. Gash bkn skdr jumpa org di luar mjd. Inilah kerja. Bawa org dr suasana luar kpd suasana malaikat. Malaikat2 yg bertindan2 hga ke langit. Penuh dgn rahmat dn berkat.

Shabat selesai masalah di mjd. Seorg lelaki mengadu adiknya hanya ke mjd bljr ilmu bsama nabi sdgkn beliau tpaksa mencari rezeki. Nabi kata kamu diberi rezeki krn adik kamu.

Tertib adalh sbgmana yg tlh dibuat shbt. Kita msyt nk baca muntakhab hadith atau x sdgkn ia tlh dibuat oleh elders kita. Kita suka guna cara kita spt hp dn sbgainya sbb dh sebati dgn nya.

Allah sgt gembira dgn org yg dtg ke mjd spt seorg shbt yg dh lama x bjumpa. Org yg dpt rahmat adalh yg memakmurkn mjd. Oleh itu kita gash dn bawa org ke mjd. Inilh cara kita hancurkn kebatilan. Bila dtg gempa atau taufan atau banjir, maka xde tpt selamat melainkn mjd.

Kita gash dn bawa org klr rmh spt bawa org klr dr rmh yg sdg terbakar. Tpt yg paling Allah benci adalh pasar2. Tpt yg paling Allah suka adalh mjd.

Saya penimum arak. Mcm mana nk dtg ke mjd sdgkn saya kotor dn x suci. Kamu sbnarnya suci. Yg x suci adalh org yg tidak Islam. Org Islam adalh suci.

Bila kita menyebut nama Allah dn Allah menyebut nama kita di dpn para malaikat, maka itulah zikir akbar. Kita bangga bila ada org besar sebut nama kita di dlm satu majlis.

Byk nya agama seorg itu adalh sbyk mana masa yg dia beri di mjd. Bila kita sebut perkara2 agama maka ia akn lebih brnilai apabila ia disebut di dlm mjd.

Azan bukan iklan tetapi dakwah. Maksudnya Allah tlh panggil kita ke mjd. Waktu tahajud pun ada azan.

Segala keperluan kita disempurnakn melalui dakwah dn ibadat. Bukanlah selesai keperluan dgn cara yg lain.

Sahabat lapangkn sedikit masa dari kesibukan dakwah & ibadah untuk keperluan dunia. Kita lapangkn sedikit masa dari kesibukan keperluan dunia untuk dakwah & ibadah. Tu sbb kita rasa susah beri masa di masjid. Separuh masa siang dn separuh masa malam sahabat adalh di masjid.

Kilang hidup 24jam sbb ada giliran. Xkan x blh hidupkn masjid 24jam dgn giliran.

Nabi lewatkn solat isyak shga sahabat mengantuk dn tertidur2. Kmdn baru nabi ke mohalla2 utk brjumpa org ansar. Nabi ceritakn kisah2 muhajir dlm usaha mereka utk selamatkn agama mereka. Aisyah r.ha tggu nabi di rmh yg pulang lewat. Sampai di rmh nabi solat dn berdoa hga ke subuh. Nabi gabungkn dakwah dn ibadat.

Meninggalkn asbab dunia adalah cara org2 rahbaniah. Kita bukan umat rahbaniah. Kita mengurangkn masa utk asbab dn mengakhirkn guna asbab, itulah mujahadah. Menggunakn asbab x bersalahn dgn tawakal. Asbab adalh ujian utk kita. Adakh dgn sbb kedai kita dpt mentaati perintah Allah. Jika xde kedai mudah sj kita ke masjid. Tapi sbb ada kedai maka kita akn mujahadah ke masjid.

Ada org kata samada kita tawakal shj atau usaha atas asbab shj. Itu adalh org yg bodoh. Tawakal adalh tidak menyatakn hajat kpd manusia. Asbab adalh utk istighna kita dr makhluk. Org yg simpan kemiskinan dpn makhluk akn dpt tawakal kpd Allah. Sahabat pura2 kisar gandum sdgkn xde gamdum semata2 utk rahsiakn miskin mereka dr makhluk. Dia bersolat di mjd dn minta hanya pd Allah. Allah beri istighna kpd mereka. Allah beri gandum dgn kisar berpusar sendiri.

Usaha asbab bukan bersalahn dgn tawakal. Abu Bakar juga pd awalnya ke pasar utk berniaga slps jadi khalifah.

Bukan tinggalkn asbab itu mujahadah. Tapi dgn bertawakal kpd Allah maka Allah akn beri tanpa asbab. Kita kena hadapnkn amal dr asbab.

Dengar taklim supaya dtg yakin terhadap janji2 Allah. Tu sbb kita kena ke masjid. Shbt dpt rezeki dgn asbab atau tanpa asbab. Asalnya adalh yakin kpd janji2 Allah.

Halkah2 quran di rmh bukan benda baru tapi tlh lama dibuat sejak sblm hijrah. Saidina Khabab r.hu mengajar quran si rumah ipar Saidina Umar r.hu.

Meninggalkn sunnah akn menuju kehancuran. Maju agama apabila kita ke belakang (zaman sahabat). Maju dunia apabila kita ke depan.

Dtgnya Saidina Umar r.hu ke rmh adiknya yg sdg buat halkah quran, maka itu telah jadi asbab hidayat kpd nya.

Bila kata halkah quran di rumah adalah benda baru dlm tabligh maka ini adalah kata2 yg membawa kpd kemusnahan.

Kita perlu lihat apa amalan yg dibuat oleh Nabi dan sahabat. Barulah kita akan maju dlm kerja kita.

Org munafik di zaman nabi menjauhkn diri dr masjid krn takut dikeluarkn ke jln Allah. Mereka x ingkar utk klr tapi mereka beri alasan utk x keluar.

Tambahkn pengorbanan utk lawan fitnah akhir zaman. Fitnah dtg krn kurangnya kerja. Bukan kita tggu shj hga fitnah berakhir.

Org Malaysia kat atas tu dh nk balik dh hari ni. Balik dn makmurkn amal2an masjid. Kalau x syukur ke atas kemudahan2 maka Allah akn tarik nikmat itu. Syukurlah org2 Malaysia yg tiada rintangan utk buat usaha di masjid2.

Maksud kita pergi ke seluruh dunia adalah utk hidupkn amal2 masjid yg ada di zaman nabi.

Tashkil.

*70 jemaah keluar dr msyt Malaysia.

**dicatit oleh Azhar Jaafar
~maaf apa yg terlebih atau terkurang. Kalau tahu yg tepat, sila maklum kpd saya.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Saturday, November 04, 2017

Kembara India 21 Hari

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. aku diberi peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke bumi India.. setelah persiapan tiket kapalterbang dan visa selesai, aku pun berangkat ke bumi India pada tanggal 12/10/2017 @ 9.30pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines.. bersama aku seorang kawan yang akan berkhidmat di Banglewali Masjid, Nizamuddin, Delhi selama 2 bulan..

12tghari waktu India kami tiba di lapangan terbang Indra Gandhi, New Delhi.. selesai urusan imigresen dan bagasi, kami pun terus ke Banglewali Masjid yg terletak kira2 16km dr airport.. harga teksi 450 rupee shj (kira2 RM30).. jem yang teruk di Delhi menyebabkan kami tiba di Banglewali Masjid pada jam 2.30ptg..

Banglawale Masjid masih macam dulu.. sesak dengan manusia yang datang dari berbagai negara dari seluruh dunia.. nak cari tempat tidur pun susah.. dan yang paling penting adalah kesan rohaniat usaha Maulana Ilyas r.alaih memang kuat terasa.. yang dah lama tak ke sini elok la jenguk2kan diri.. hehe

15/10/2017 aku diberi peluang oleh Allah untuk keluar 10 hari bersama 12 orang Malaysia dan 1 orang dari India ke daerah Jaula, Uttar Pradesh iaitu kira2 90km ke utara Delhi.. perjalanan ambik masa 2.30jam dengan menaiki van sewa.. debu2 di jalan Allah mengenai pada seluruh anggota badan kami..

Alhamdulillah selama 10 hari di Jaula, kami dapat buat usaha di 5 buah masjid.. kami juga sempat menghadiri jur bulanan halkah mereka.. usaha pintu ke pintu untuk bawa orang ke masjid sangat mantap di sini.. orang tempatan juga sudah biasa diziarahi dan sangat mudah untuk dibawa menghadiri taklim di masjid..

Untuk pindah dari masjid ke masjid di sini dengan beberapa cara.. kadang2 kami diberi kereta sewa.. kalau dekat jalan kaki saja.. dan yang paling rare adalah kami naik trektor bajak sebab tempat tu agak jauh ke kawasan ladang tebu.. huhu

25/10/2017 jemaah kami kembali ke Banglewali Masjid.. orang2 dari Malaysia sudah mula memenuhi ruang di tkt 4 hga 7 masjid kerana mesyuarat 2 tahun sekali untuk Malaysia akan bermula beberapa hari lagi.. aku dapat jumpa dengan beberapa kawan dari San Diego, Carlifornia yang sedang keluar di India.. dan yang paling seronok dapat jumpa Bro Nazar dari Zurich.. beliau berasal dari Perak dan dah lama menetap di Switzerland.. sebelum ni 2 kali kami jumpa iaitu pada tahun 2005 & 2009 semasa aku khuruj ke sana.. beliau juga seorang blogger..

27/10/2017 hga 31/10/2017 mesyuarat Malaysia bermula.. kehadiran orang Malaysia hampir mencecah 3000 orang.. secara keseluruhannya elders sangat gembira dengan perkembangan usaha di Malaysia.. aku juga berkesempatan untuk membuat baiat (janji setia) dengan Hadraji Maulana Saad..

Antara pesanan Hadraji Maulana Saad di dalam bayan subuh..
Ilmu dn iman adlh perkara asas dn bercantum. Setiap kali beramal perlu tgk apa tuntutan ilmu. Ilmu adlh cara beramal. Melalui dakwah akn dpt ikhlas dlm beramal. Belajar ilmu adalah fardhu ain.

Bila mengatakn semua perkara adlh ilmu maka itu adlh kejahilan. Bljr sains adalh kemahiran dn bkn ilmu krn mengenal makhluk. Ilmu adlh perkara mengenal Allah.

3 soalan dlm kubur
1.siapa rab kamu?
2.siapa lelaki ini? (wajah nabi ditunjukn) *bukan pengetahuan mengenai nabi tapi ittiba' nabi yg akn jwb soalan
3.apa agama kamu?
Inilah ilmu.

Walau dpt PHD dlm agama masih x dpt jwb soalan kubur jika x usaha atas keimanan. Ilmu adalah penyuluh. Iman adalah cahaya.

Saidina Umar tanya malaikat semula dlm kubur sbb tahap iman beliau yg tinggi. Malaikat akn mengadu pd Allah. Kami dihantar utk tanya dia tapi dia yg tanya kami.

Org yg sentiasa bersedia menjwb soalan kubur maka laluannya akn mudah. Kalau x bersedia maka akn merangkak2 mencari jwpn. Aku x tau.. aku x tau.. (nauzubillah)

Menganggap kemahiran sbg ilmu adalah kejahilan. Org batil akn paparkn kemahiran2 dn war2kn inilah ilmu. Sehingga manusia berbangga2 dgn kejahilan tersebut yg dianggap sbg berilmu.

Dlm quran Allah bgtau alim adalh org yg berilmu yg mengenalkn manusia kpd Allah. Bukan org yg pandai mengubah2 benda.

Wallahuàlam.

02/11/2017 aku kembali ke tanah air dengan membawa banyak takaza agama yang perlu disempurnakan dan kesan rohaniat Banglewali Masjid segar di dalam jiwa.. alhamdulillah..

*tulisan agak skema kerana faktor usia.. ahaks..

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Thursday, October 05, 2017

Abdul Kareem San Diego

Yang bawa budak2 dayung sampan tu namanya Abdul Kareem.. african american.. umur 50an.. bekas US Navy Seal (komando laut).. lahir dan membesar di Buffalo, New York.. masuk Islam masa umur 19 tahun setelah 2 tahun didakwah oleh kakak beliau sendiri.. (pentingnya masturat ada fikir agama)..

Keadaan ekonomi agak tertekan selepas habis degree.. beliau diajak untuk jadi pengedar dadah dengan menawarkan kehidupan mewah.. alhamdulillah Allah buka jalan.. masa merayau2 di bandar, beliau ternampak iklan temuduga terbuka untuk jadi tentera laut US.. terus ditemuduga dan sedikit ujian fizikal kemudian diminta untuk daftar diri keesokan harinya..

Selama 10 tahun dalam Navy Seal yang berpusat di San Diego, beliau mampu melakukan kerja2 seperti memasang bom di bawah kapal yang berlayar di lautan beku.. beliau juga mampu berenang sehingga berpuluh2 kilometer dan hidup survival..

Selepas tamat tugas di US Navy Seal, beliau mengajar fizik dan kimia di sekolah kerajaan di San Diego selama hampir 20 tahun.. pernah keluar bertabligh di beberapa negara termasuk Malaysia..

Selepas peristiwa 11september, beliau ditahan oleh pihak berkuasa amerika untuk soal siasat kerana beliau
1.bekas Navy Seal
2.pakar fizik dan kimia
3.seorang black
4.seorang muslim
5.aktivis tabligh
Tapi Allah selamatkan beliau sebab pada masa 11september tu beliau sedang berada di Nizamudin, Delhi untuk keluar 4 bulan.. perisik US di India mengesahkan beliau ada di Delhi.. huhu

Sekarang ni beliau bagi sepenuh masa untuk kerja2 tabligh.. sifat taat pada amir dan sedia ambil apa saja takaza agama yang diberi.. beliau juga selalu ikram anak2 muda dengan mengajar mereka renang dan belanja makan, kemudian tashkil untuk buat kerja dakwah.. semoga Allah terima beliau untuk kerja dakwah ini.. amin

US Navy Seal;
https://youtu.be/We-Bh1z4JgE

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Monday, September 25, 2017

Usaha Asal di San Diego

40thn dulu karkun San Diego buat usaha di tapak2 khemah di atas bukit.. jmh2 yg dtg pun akan berpusat di sini dan bergerak ke seluruh San Diego.. jadi kami dibawa ke sini utk dpt 'feel' usaha asal di San Diego.. solat, gash, taklim, bayan semua dr sini selama 2 hari..

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Thursday, September 21, 2017

Masturat 2 Bulan ke San Diego, California

Alhamdulillah jemaah kami telah tangguh pd 19/09/2017 setelah 2bln buat usaha di San Diego, California USA.
Jemaah kami 3pasang shj. Pada awalnya pihak syura tempatan agak sukar untuk mengatur rumah kerana ini adalah pertama kali mereka menerima jemaah masturat yang akan buat usaha selama 2 bulan HANYA di San Diego sahaja.
Alhamdulillah setelah 3 minggu kami berada di sini, kami telah membuat usaha dan tashkil hingga dapat membuka rumah-rumah baru yang bersedia menerima jemaah kami walaupun dari mereka yg tak pernah keluar bertabligh.
Jadual untuk menjadi tuan rumah terpaksa dirombak beberapa kali sehingga syura tempatan terpaksa menolak beberapa rumah kerana jadual untuk menerima jemaah kami telah penuh.
Alhamdulillah kami dapat belajar buat usaha di kalangan berbilang bangsa dari seluruh dunia. Amal2 di rumah dapat dihidupkan. Mereka sedia jadikn dakwah sebagai kerja utama mereka.
Rumah2 yg telah terima jemaah kami di San Diego
1.
Suami india (urdu)
Isteri indonesia
2.
Suami african american
Isteri sudan
3. (rumah baru)
Suami syria american
Isteri palestine american
4.
Suami filipina american
Isteri ethiopia
5. (rumah baru)
Suami myanmar
Isteri myanmar
6.
Suami india (urdu)
Isteri india (urdu)
7.
Suami india (urdu)
Isteri african american
8. (rumah baru)
Suami india (tamil)
Isteri india (tamil)
9.
Suami india american
Isteri indonesia
10.
Suami bosnia
Isteri white american
11.
Suami uzbekistan
Isteri sudan
12. (rumah baru)
Suami sudan
Isteri sudan
13.
Suami india (urdu)
Isteri mexico
14.
Suami white american
Isteri russia
15. (rumah baru - x pernah keluar)
Suami syria
Isteri syria
16. (rumah baru)
Suami ethiopia
Isteri ethiopia
17. (rumah baru)
Suami india (urdu)
Isteri india (urdu)
18. (rumah baru - x pernah keluar)
Suami malaysia
Isteri malaysia
19. (rumah baru)
Suami india (urdu)
Isteri india (urdu)
*american bermaksud lahir di amerika..
**rumah baru bermaksud baru pertama kali terima jemaah ke rumah..
InsyaAllah 2jemaah 3hari masturat dpt dikeluarkan.. bbrapa pasangan ikut kami 3hari dan 1psg ikut 10hari.. 5 rumah dpt sempurnakn 5amal rumah dan 9 rumah baru dpt hidup taklim harian.
2org khidmat nizamudin dan 5org 40hari India juga telah dikeluarkan.
Amerika dahagakan hidayat.. di sini menjadi kebiasaan non-muslim menyapa kami di jalan2.. doa ummat.. jemaah perlu dihantar lagi ke sini.. mereka menunggu tuan2 dan puan2.. insyaAllah.
Azhar Jaafar
Kepong, KL
21/09/2017

Tuesday, May 23, 2017

Detariffication of Motor Insurance in Malaysia (Bahasa Melayu)

Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi (Detariffication) Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia

Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada.

Sistem sekarang

Selama ini, premium insurans kenderaan di Malaysia mengikut struktur tarif yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Cara pengiraan premium selama ini adalah berdasarkan 2 faktor utama, iaitu:
  1. Harga pasaran kenderaan
  2. Saiz enjin kenderaan mengikut cc
Selain itu, ada 2 lagi faktor yang mungkin menjejaskan premium insurans, iaitu:
  1. Packaging – di mana syarikat insurans mungkin menambah produk atau servis tambahan yang dipakejkan sekali di dalam produk insurans kenderaan utama, contohnya polisi perlindungan dari kemalangan.
  2. Loading – sesetengah syarikat insurans mengenakan syarat tambahan atas sebab risiko yang tinggi, contohnya kenderaan yang melebihi 10 tahun.
Oleh kerana cara pengiraan premium yang dikawal adalah sama bagi semua syarikat insurans, maka premium anda adalah lebih kurang sama tidak kiralah anda membeli insurans anda dari syarikat mana sekali pun, mungkin ada perbezaan tetapi ianya tidak terlalu ketara. Perbezaan ini adalah disebabkan:
  1. Harga pasaran – harga pasaran yang digunakan setiap syarikat mungkin berbeza.
  2. Packaging – produk dan servis tambahan yang dipakejkan berbeza-beza.
  3. Loading – syarat loading yang tidak sama mengikut syarikat.

Apakah Perubahan yang bakal dibawa oleh Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Dengan pelaksanaan dasar ini, premium insurans kenderaan tidak lagi dikawal. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh mengenakan cara masing-masing dalam pengiraan premium. Ia dinamakan “risk-based pricing”, atau pengiraan mengikut risiko. Syarikat insurans tidak hanya akan mengambil faktor kenderaan (harga pasaran dan saiz enjin) dalam pengiraan premium tetapi juga faktor pemandu. Ini bukanlah suatu konsep baru tetapi telah pun lama diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat, UK, Germany, China dan Singapura.

Bagi pengguna, beberapa perubahan dapat dijangkakan:

  1. Premium lebih murah – untuk bersaing, syarikat insurans dijangka berlumba-lumba menurunkan harga premium untuk menarik pelanggan.
  2. Produk baru – produk dan servis baru yang inovatif dan menarik dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna juga untuk bersaing sesama syarikat insurans.
  3. Peningkatan mutu perkhidmatan – syarikat insurans akan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk memikat hati pelanggan untuk bersaing dengan syarikat insurans lain.

Cara baru pengiraan premium – pengiraan berdasarkan risiko

Dalam erti kata mudah, pengiraan premium akan mengikut risiko yang dipercayai dimiliki oleh seseorang pemegang polisi. Ini bermakna:
Lebih tinggi risiko seseorang = lebih tinggi premiumnya.
Lebih rendah risiko seseorang = lebih rendahlah premiumnya.

Faktor risiko termasuklah:

  1. Umur pemegang polisi: Lebih muda bererti lebih cetek pengalaman memandu, maka lebih tinggi risikonya.
  2. Jantina: Wanita secara amnya memiliki risiko lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka memandu lebih cermat.
  3. Pekerjaan/ tahap pelajaraan pemegang polisi: Secara amnya, ianya dipercayai bahawa lebih baik pekerjaan atau lebih tinggi pelajaran seseorang itu, lebih rendah risikonya.
  4. Rekod tuntutan: Jika pemegang polisi pernah membuat tuntutan insurans, maka lebih tinggilah risikonya.
  5. Jenis dan model kenderaan: Kenderaan berprestasi tinggi, kenderaan mewah dan mahal berisiko tinggi.
  6. Kegunaan kenderaan: Contohnya, kereta yang hanya diguna oleh seorang ibu untuk menghantar anak-anak kesekolah adalah berisiko lebih rendah dari kenderaan yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja di bandar-raya.

Jadi apa yang boleh pengguna Malaysia lakukan untuk pastikan premium insurans yang rendah?

Di sini beberapa cadangan yang boleh anda lakukan:
  1. Buat perbandingan – Jangan tunggu sehingga insurans anda tamat tempoh. Sebaliknya, sebulan sebelum tamatnya tempoh, mula dapatkan sebutharga dari beberapa syarikat insurans dan takaful dan buat perbandingan harga. Jangan hanya banding harga, juga bandingkan dari segi produk dan perkhidmatan mereka.
  2. Pastikan kenderaan anda selamat – Ingat: lebih rendah risiko, lebih murah premium. Letak di kawasan selamat, pastikan auto-lock berfungsi. Jika mampu, pasangkan dashcam. Ini akan kurangkan risiko kenderaan anda dari dicuri atau dirosakkan.
  3. Berfikir sebelum membeli – Sebelum membeli kenderaan baru, periksa dulu berapakah insuransnya.
  4. Pandu dengan cermat dan selamat – Kurangkan risiko kemalangan dengan memandu dengan selamat! Jika anda tiada rekod tuntutan, premium anda akan berkurangan.

Fahami liberalisasi tarif insurans kenderaan dan bagaimana ia akan menjejaskan semua pemegang polisi kenderaan di Malaysia. Kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan agar lebih ramai yang mengetahui tentangnya. Jadilah pengguna yang bijak, bersiap-sedialah.



Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.

Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.
Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Thursday, March 16, 2017

Berita dari Кыргызстан (Kyrgyzstan)

Muaz (kiri)
Januari lepas, Allah izinkan aku ke ijtimak Tongi, Bangladesh.. alang2 dah sampai sana, keluar la 40 hari terus.. aku dengan 4 kengkawan dari halkah Kepong..

Sebelum balik, transit di markas Kakrail 3 hari untuk karguzari (laporan) dan bayan wafsi (nasihat) sebelum balik.. masa di Kakrail sempat sembang2 dgn Muaz dr Кыргызстан (Kyrgyzstan)..

Umur 39, anak 5.. pernah keje selama 3 thn kat London masa umur 25 thn.. sebenarnya dah byk tahun aku nk sembang dgn diorang ni tapi xde peluang sbb rata2 org Kyrgyz memang tak boleh english.

Beliau kata kat negaranya skrg ada lebih 3000 masjid.. semua masjid di negaranya hidup 5 amal dan bbrapa amal masjid.. tak wujud perkataan "jemaah tabligh" sbb semua org anggap kerja dakwah dan memakmurkan masjid adalah amalan setiap org Islam.


Rakyat Кыргызстан hanya 7 juta shj.. bangsa Kyrgyz adalah 100% Islam.. ada juga bangsa2 lain yg bukan Islam di Кыргызстан.. muka bumi Кыргызстан adalah 85% gunung ganang.. musim sejuk mencecah bwh 0'c dan musim panas melebihi 20'c.

Bahasa utama mereka adalah Kyrgyz dan bahasa kedua adalah bahasa Russia.. bahasa mereka ni seakan2 bahasa Turki mungkin sbb dulu mereka ni bawah jajahan Uthmaniah.

Кыргызстан merdeka dari Soviet pd thn 1991 setelah dijajah sejak 1916.. tiada sebarang aktiviti keagamaan dibenarkan semasa dlm jajahan Soviet.. datuk nenek mereka hanya bersolat di rumah secara sembunyi2.. mereka akan dipenjara atau dibunuh jika didapati buat apa2 amal agama.

Jemaah2 dari India, Pakistan dan Bangladesh mula dihantar ke Кыргызстан pd thn 1993.. sejak itu amal2 masjid dihidupkan.. jemaah2 mereka mula dikeluarkn di jalan Allah.. madrasah2 juga dibangunkan.

Kalau kita ke ijtimak Tongi di Bangladesh, kita akan tengok sekumpulan terjemahan dlm bahasa Russia.. mereka ni sebahagian besarnya adalah bangsa Кyrgyz.. cuma mereka dtg dari negara yg berbeza2 krn penghijrahan datuk nenek yg dahulu.

Dan Muaz kata, zaman dulu China bina tembok besar sbb nak halang serangan bangsa Kyrgyz.. wallahua'lam.

InsyaAllah aku azam keluar 2bln masturat ke Кыргызстан pd thn ni.. semoga Allah mudahkan.

Sekian..

🌙💕⭐💕🌙💕⭐💕🌙💕⭐
Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.
Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.

Monday, January 09, 2017

Disember 2016

1 Disember 2016
InsyaAllah esok Ammar 17thn (kiri sekali) nk keluar 40 hari.. semoga Allah terima dan mudahkan.. route Sabak Bernam..
ni gambar 10 thn lepas


3 Disember 2016
Antara lama dan baru..
sepupu kawen
Org kawen kita makan..
biasanya kalau bawak family gi kenduri, aku akan makan last sekali atas 2 sebab..
1.jaga anak bongsu (biar bini makan dulu)
2.settlekan makanan anak2 yg tak habis


5 Disember 2016
Menerima tetamu jemaah musim cuti sekolah seramai 30 orang (7 dewasa, 23 pelajar menengah).. ke mana anak2 kita musim cuti ni?
sebelum pintu bilik atas
dibuka utk letak barang2


8 Disember 2016
Cabaran bermula..
persiapan ke sekolah


9 Disember 2017
Pantai Redang, Sekinchan, Selangor
lautnya tak boleh mandi


10 Disember 2016
3 hari masturat bawak anak dara.. mak dara x hikut.. route Bdr Mahkota, Cheras.. keluar jemaah masturat tak semesti bawa isteri shj.. semua yg jadi mahram boleh dibawa keluar (dgn mesyuarat).. insyaAllah..
alatan perang
4 perkara jangan disebut masa bayan masturat.
1.kelebihan poligami
2.galakkan berpurdah/niqab
3.masalah wanita bekerja
4.kisah ngeri spt kesyahidah Sumayyah r.ha

Jemaah2 masturat dikeluarkan agar ketika menghadapi mujahadah2 di dalam perjalanan, di tempat2 tashkil dan sepanjang tempoh mereka keluar, fikir risau Nabi s.a.w bertambah dalam diri.. dan wanita2 mengalirkan air mata untuk ummat dibalik purdah2 mereka.. mujahadah2 inilah yang akan jadi asbab untuk Allah beri hidayat kepada ummat..


13 Disember 2016
Meninjau madrasah di Janda Baik untuk Anas (14 tahun)..
kawasan resort tepi sungai


15 Disember 2016
Lepas isyak pegi tengok pulak madrasah kat bangunan lama masjid As-Sajidin, Batang Kali.. semoga Allah beri yg terbaik utk anak aku Anas.. kat sini tak ada yuran bulanan atau tahunan.. ada lebih kurang 40 pelajar.. aku sampai dah jam 10 mlm.. pelajar2 masih tekun menghafal quran.. suasana sangat tenang.. jam 10.30 mlm baru dapat jumpa ustaz.. sesiapa yg nak saham akhirat, boleh la infak harta kat sini..
kampung arwah atuk belah mak


17 Disember 2016
Kenduri kawen lagi.. kali ni kat Sg Merab pulak..
gerombolan


22 Disember 2016
Ziarah anak aku Ammar yg tgh keluar 40 hari di  Sungai Besar.. dia bagi laporan, keluar kat sini dah 20 hari xyah masak.. hari2 org tempatan sediakn makan tghari, malam dan sarapan.. nasi masak sendiri tapi beras org tempatan sediakan.. huhu.. dah ada ciri2 Ansar ni..
kawasan sawah padi


25 Disember 2016
Menusrah jemaah pekerja Bangladesh yg keluar masa cuti krismas.. keluar dlm kawasan je ke satu surau terbiar (ohh bangsaku mudah leka).. Bangladesh 20 orang, melayu 8 orang..

kat Kepong ni ada 5 surau Bangladesh yg diorang uruskan sendiri dari segi sewa bangunan, pengurusan dan penyediaan imam.. dan ada 2 surau tempatan terbiar yg dikendali sepenuhnya oleh warga Bangladesh..
lepas isyak ada bayan lagi


29 Disember 2016
Anak dara aku yg 19 tahun, balik ke madrasah di Sri Petaling.. sekarang tengah khidmat 1 tahun setelah habis pengajian alimah 7 tahun..
umur aku dah masuk senja

31 Disember 2016
Ada lagi jemputan kenduri.. musim mengawan la ni..
kali ni kat FRIM Kepong

Sekian..

🌙💕⭐💕🌙💕⭐💕🌙💕⭐
Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.
Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.