Tuesday, May 23, 2017

Detariffication of Motor Insurance in Malaysia (Bahasa Melayu)

Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi (Detariffication) Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia

Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada.

Sistem sekarang

Selama ini, premium insurans kenderaan di Malaysia mengikut struktur tarif yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Cara pengiraan premium selama ini adalah berdasarkan 2 faktor utama, iaitu:
  1. Harga pasaran kenderaan
  2. Saiz enjin kenderaan mengikut cc
Selain itu, ada 2 lagi faktor yang mungkin menjejaskan premium insurans, iaitu:
  1. Packaging – di mana syarikat insurans mungkin menambah produk atau servis tambahan yang dipakejkan sekali di dalam produk insurans kenderaan utama, contohnya polisi perlindungan dari kemalangan.
  2. Loading – sesetengah syarikat insurans mengenakan syarat tambahan atas sebab risiko yang tinggi, contohnya kenderaan yang melebihi 10 tahun.
Oleh kerana cara pengiraan premium yang dikawal adalah sama bagi semua syarikat insurans, maka premium anda adalah lebih kurang sama tidak kiralah anda membeli insurans anda dari syarikat mana sekali pun, mungkin ada perbezaan tetapi ianya tidak terlalu ketara. Perbezaan ini adalah disebabkan:
  1. Harga pasaran – harga pasaran yang digunakan setiap syarikat mungkin berbeza.
  2. Packaging – produk dan servis tambahan yang dipakejkan berbeza-beza.
  3. Loading – syarat loading yang tidak sama mengikut syarikat.

Apakah Perubahan yang bakal dibawa oleh Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Dengan pelaksanaan dasar ini, premium insurans kenderaan tidak lagi dikawal. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh mengenakan cara masing-masing dalam pengiraan premium. Ia dinamakan “risk-based pricing”, atau pengiraan mengikut risiko. Syarikat insurans tidak hanya akan mengambil faktor kenderaan (harga pasaran dan saiz enjin) dalam pengiraan premium tetapi juga faktor pemandu. Ini bukanlah suatu konsep baru tetapi telah pun lama diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat, UK, Germany, China dan Singapura.

Bagi pengguna, beberapa perubahan dapat dijangkakan:

  1. Premium lebih murah – untuk bersaing, syarikat insurans dijangka berlumba-lumba menurunkan harga premium untuk menarik pelanggan.
  2. Produk baru – produk dan servis baru yang inovatif dan menarik dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna juga untuk bersaing sesama syarikat insurans.
  3. Peningkatan mutu perkhidmatan – syarikat insurans akan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk memikat hati pelanggan untuk bersaing dengan syarikat insurans lain.

Cara baru pengiraan premium – pengiraan berdasarkan risiko

Dalam erti kata mudah, pengiraan premium akan mengikut risiko yang dipercayai dimiliki oleh seseorang pemegang polisi. Ini bermakna:
Lebih tinggi risiko seseorang = lebih tinggi premiumnya.
Lebih rendah risiko seseorang = lebih rendahlah premiumnya.

Faktor risiko termasuklah:

  1. Umur pemegang polisi: Lebih muda bererti lebih cetek pengalaman memandu, maka lebih tinggi risikonya.
  2. Jantina: Wanita secara amnya memiliki risiko lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka memandu lebih cermat.
  3. Pekerjaan/ tahap pelajaraan pemegang polisi: Secara amnya, ianya dipercayai bahawa lebih baik pekerjaan atau lebih tinggi pelajaran seseorang itu, lebih rendah risikonya.
  4. Rekod tuntutan: Jika pemegang polisi pernah membuat tuntutan insurans, maka lebih tinggilah risikonya.
  5. Jenis dan model kenderaan: Kenderaan berprestasi tinggi, kenderaan mewah dan mahal berisiko tinggi.
  6. Kegunaan kenderaan: Contohnya, kereta yang hanya diguna oleh seorang ibu untuk menghantar anak-anak kesekolah adalah berisiko lebih rendah dari kenderaan yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja di bandar-raya.

Jadi apa yang boleh pengguna Malaysia lakukan untuk pastikan premium insurans yang rendah?

Di sini beberapa cadangan yang boleh anda lakukan:
  1. Buat perbandingan – Jangan tunggu sehingga insurans anda tamat tempoh. Sebaliknya, sebulan sebelum tamatnya tempoh, mula dapatkan sebutharga dari beberapa syarikat insurans dan takaful dan buat perbandingan harga. Jangan hanya banding harga, juga bandingkan dari segi produk dan perkhidmatan mereka.
  2. Pastikan kenderaan anda selamat – Ingat: lebih rendah risiko, lebih murah premium. Letak di kawasan selamat, pastikan auto-lock berfungsi. Jika mampu, pasangkan dashcam. Ini akan kurangkan risiko kenderaan anda dari dicuri atau dirosakkan.
  3. Berfikir sebelum membeli – Sebelum membeli kenderaan baru, periksa dulu berapakah insuransnya.
  4. Pandu dengan cermat dan selamat – Kurangkan risiko kemalangan dengan memandu dengan selamat! Jika anda tiada rekod tuntutan, premium anda akan berkurangan.

Fahami liberalisasi tarif insurans kenderaan dan bagaimana ia akan menjejaskan semua pemegang polisi kenderaan di Malaysia. Kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan agar lebih ramai yang mengetahui tentangnya. Jadilah pengguna yang bijak, bersiap-sedialah.



Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.

Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.
Layari; http://takaful-am.blogspot.com