Saturday, August 20, 2016

Tips dengan anak2..


1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali: "Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan: "Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: "tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh",  maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

*kopipes dari wassap

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda. 
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.
Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.

Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Tuesday, August 09, 2016

Ringkasan Bayan Subuh 07/08/2016

Dakwah adalah kerja dan tgjwb umat ini. Meninggalknnya adalah satu dosa. Kita tak rasa dosa sbb x rasa ia adalah perintah Allah pd kita.

Oleh itu perlu bykn istighfar dan taubat. Sekurang2nya 300 kali sehari. Sediakn juga umat Islam utk taubat dan istighfar.

Dgn istighfar Allah beri byk kelebihan. Berkat rezeki, turunkn hujan, beri ramai anak, alirkn sungai.

Tujuan usaha ni adalah supaya yakin kpd Allah bertambah dan amal bertambah hga sampai ke tahap sprna.

Yakin bahawa Allah yg buat segalanya, selain Allah x boleh buat apa2.

Dakwah akn menyebabkn setan lari dan lemah.

Dakwah akn lumpuhkn batil. Gash bukan di rumah2 shj tapi juga ke pusat2 perniagaaan sbb batil bermula di sana.

Dakwah akn dpt bantuan Allah.

Dakwah akn sbb Allah hantar malaikat ketika nk mati utk kata jgn takut jgn sedih dan beri berita gembira mengenai syurga.

Kalau kita x gerak jumpa org hari2, maka ruh kerja akn tercabut dr mohalla.

Xde jln utk hampir kpd Allah melainkan dgn kerja dakwah. Walaupun zikir beribu2 xkan sama dgn sekali org marah kita (dan kita sabar) masa gash. Walau mcmana pun zikir kena jaga (jgn tinggal zikir). Dan sgt rugi org yg tinggal dakwah dgn sbb ambik zikir.

Gerak 2 jam setengah setiap hari. Dakwah kebesaran Allah 25 kali sehari.

Usaha ni umpama nak nyalakn api dari bara yg hampir padam. Kalau buat dgn cara yga betul, api akan menyala. Manfaat akn dtg.

Ada masalah, rujuk pd Allah. Allah begitu hampir pd kita lebih hampir dr urat marih kita. Allah sentiasa sedia utk dengar permintaan kita.

Maksud taklim adalah supaya iman terbina. Ia menyuburkn dan menyegarkn yakin kpd janji2 Allah. Taklim lebih utama dr bayan.

Tgjwb hidupkn taklim adalah tgjwb lelaki. Hidupkn juga 5 amal di rumah.

Segala rupa btk dlm usaha dakwah ni adalah rupa btk kerja para nabi. Ia bukan amalan2 yg biasa. Tapi Allah sembunyikn kehebatan usaha ni. Nampak mcm biasa2 sj dan xde apa2.

Org yg belum ke negara jauh walau dah IPB, dia hanya lalu shj dlm usaha ni.

Tashkil.

*sedikit sebanyak kekurangan dlm catatan ni, aku mintak mahap.

BBNJ






Insuran & Road Tax Online (klik logo)