Wednesday, July 20, 2016

Awak.. (Kisah Benar dari Facebook)

July 16 at 10:47am

Assalamualaikum,,tolong sedekah alfatihah dn baca yasiin utk bakal zauj saya, dia kritikal sekarang di ppum,,,bila bila masa Allah nk jemput balik,, mohon doa daripada semua kengkawan.. berdoa agr ad keajaiban selpas ini, in shaa Allah, aamiin



July 17 at 2:39am

Ya Allah..terima kasih kerana hadirkan dirinya dalam hidupku selama 3 tahun bermula perkenalan kami semenjak tahun 2013 dalam bulan mulia. Bulan Ramadhan Al Mubarak. Dan akhirnya pada tahun ini,dirinya telah pulang ke pangkuanMu dalam bulan Syawal,juga bulan kemenangan bagi umat Islam.

Tiada kata yang dapat kulafazkan.Hanya air mata menjadi teman.Tatkala mata terpejam,apabila buka sahaja mata,aku merasakan sakit dan perit.Tiada lagi insan yang akan bertanya khabar,tiada lagi insan yang akan menasihati.Tiada lagi insan yang akan sudi mendengar celoteh diri ini.Tiada lagi insan yang sudi menemani hari hariku.

Untuk awak disana yang telah selamat dalam perjalanan pulang ke hadirat Ilahi..saya berdoa semoga kita bertemu jua suatu hari nanti dalam syurga nan abadi.Terima kasih banyak banyak awak kerana menjadi teman setia buat diri ini.In shaa Allah,segala pesanan awak,segala nasihat awak,segala galanya mengenai awak akan saya ingati sampai bila bila.Sampai ke akhir hayat saya.

Awak lelaki yang baik,bagi saya terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.Saya bertuah dapat mengenali awak.Awak sangat istimewa bagi saya.Terima kasih awak kerana pernah hadir dalam hidup saya walaupun Allah tidak menaqdirkan kita untuk hidup bersama dalam ikatan yang sah.

Pergilah dirimu dengan tenang.Kami semua akan merinduimu. Hanya kenangan,gambar,segala macam berkaitan awak akan kami pahat kukuh dalam lipatan sejarah memori kami selagi hayat dikandung badan.Semoga rohmu ditempatkan bersama golongan orang beriman dan beramal soleh.Aamiin.


July 17 at 4:46am 

Awakkk :')
Alhamdulillah saya selamat sampai kat tempat awak biasa tunggu untuk naik bas sekarang ni.Jangan risau ye.Saya dah kotakan kata kata saya pada minggu lepas untuk datang beraya kat rumah awak.Tapi hakikatnya saya datang untuk melawat awak buat kali terakhir sebelum awak dimandikan,dikafankan serta disembahyangkan.

Doakan moga saya kuat ye awak tanpa awak disisi :')
Sebak mula menerpa diri.Saya tak kisah sanggup datang dari jauh semata mata nak melawat awak :')


July 17 at 12:21pm

"Arwah baik orangnya.."
"Sejuk mata memandang.."
"Wajahnya tenang.."
"Budak baik tu.."
Itulah antara kata kata yang aku dengar sepanjang berada di PPUM..
Dan sekarang,arwah sedang dimandikan..
Alhamdulillah diberi peluang untuk menatap wajahnya buat kali yang terakhir.

Awak.... :') saya datang ni.Awak tahu,kan? Tenang sangat wajah awak umpama bayi yang baru lahir.Ramai yang kata awak baik awak.Memang awak baik pun..
Allah lagi sayang akan awak walaupun manusia lain sayang awak separuh mati (termasuk saya)
Pergilah awak dengan tenang.Saya tahu awak bahagia sekarang di alam lain.Segala tugas awak sebagai hamba dan khalifah di bumi berakhir disini.

Awak tahu tak awak? Tadi semua barang awak kat office..telah diserahkan pada ahli keluarga awak.Saya dah jumpa family awak..
Ini baru sehari saya kehilangan awak..saya tak tahu camne saya nak hadapi hari hari mendatang sebab selama tempoh perkenalan kita selama 3 tahun ni..saya hanya ada awak.Dan harap awak adalah jodoh saya sampai syurga.
Tapi...awak berjodoh dengan kematian terlebih dahulu.
Saya yakin awak tetap ada walaupun awak jauh dari mata,tapi tetap dekat di hati kami semua :')


July 18 at 8:23am

Awak..saya sangat bersyukur sebab ramai sangat orang datang untuk solatkan jenazah awak buat kali terakhir.Semua kengkawan sekolah awak,kenalan awak,kawan awak di tempat kerja,semua datang memberikan penghormatan terakhir pada jenazah awak.Ada kengkawan awak yang sanggup datang dari jauh bahkan ada juga kenalan awak di alam maya datang melawat awak.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah Taala sejak zohor semalam,saya yang naik van jenazah mengiringi awak hingga ke tanah perkuburan Islam berdekatan.
Segalanya dipermudahkan Allah Taala.Alhamdulillah :')

Kami mengiringi awak.Menghantar awak pulang dengan selamat ke rumah.Ya,saya hantar awak pulang ke rumah awak.Banyak rumah kat situ,awak.Awak tidak keseorangan.Ada jiran jiran :')
Itu rumah yang pasti untuk kita semua.Tapi,awak beruntung sebab awak terpilih dapat menghuni rumah tu awal.Nanti kami pula yang akan menyusul,awak jangan bimbang ye.Semua orang akan huni rumah tu,cepat atau lambat je,hanya masa akan menentukan segalanya.
Pertama kali kot sepanjang saya hidup ini,awak adalah jenazah pertama yang saya iring hingga ke rumah asal awak.

Kali pertama jugak saya naik van jenazah.
Itulah pengalaman yang saya takkan lupakan sampai bila bila.
Di tanah perkuburan,saya diperkenalkan dengan semua sanak saudara awak.
Mereka mintak saya kuat dan tabah,awak.Ramai yang peluk saya berikan kata semangat,mereka kata awak baik,sebab tu Allah ambil awak dulu.

Awak tahu,kan? Awak adalah insan kesayangan ramai.Semua orang bersedih sebab awak dah pulang ke rumah asal awak.Dalam usia yang begitu muda,baik dan pemurah,bukan seorang pendendam,semua orang kehilangan awak.Ini baru saya yang 3 tahun kenal awak,bagaimana pula dengan family yang telah bersama awak setelah sekian lama? Saya berpura pura tabah berada di depan family awak,sanak saudara awak.Hakikatnya,saya rasa nak menangis sepanjang masa.Biasa,pagi pagi macam ni awak dah hantar ucapan Selamat pagi assalamualaikum sambil hantar gambar kucing kiut tuh.

Semoga Allah kurniakan ketabahan pada insan insan yang menyayangi awak.Juga buat diri saya :')


July 19 at 10:24am 

Alhamdulillah.Selamat sampai ke rumah sekitar jam 5.15 pagi hari ini.Terima kasih diucapkan kepada Aim dan pasangan sebab sudi tolong saya dari saya sampai KL hingga saya pulang dengan selamat.Sudi berkorban masa dan tenaga bersama saya menempuh saat getir.

Terima kasih kepada semua kengkawan yang sudi mendoakan saya.

Yang pergi,tetap akan pergi.Yang masih hidup,teruskan kehidupan.Sebenarnya,ianya mengambil masa untuk memulihkan emosi,perasaan,semua perkara.Bukan senang dapat melupakan semua.

Semoga Allah mengurniakan ketabahan hati dan kekuatan dalaman untuk terus menghadapi hari mendatang.


July 19 at 10:04pm

Hmmm...berasa nak belek2 mesej lama dengan arwah..conversation kat laman sosial...tak sangka plak arwah pernah pesan
"Lau awak dah jumpa jodoh awak dalam usia yang muda ni,awak kahwin la.Takde siapa nak halang.."

Ayat ni la arwah selalu duk ulang ulang.Apa motif arwah kata camtu pun saya tak tahu.Bahkan pernah arwah beritahu,arwah bimbang dan takut dengan masa depannya.Sebab tu arwah kerja keras,sanggup buat OT malam malam.Now peneman hari hari seterusnya adalah dengan membaca conversation lama bersama arwah :')

Awakkk :') saya tak lupa doakan awak di alam sana.Semoga roh awak tenang dan bahagia.

Allah jemput awak awal sebab Allah sayang awak.Nak selamatkan awak daripada fitnah akhir zaman.
Saya harap sangat saya ikhlas dan redha melepaskan awak pergi.Sedih saya sebab teringat kenangan kita bersama,segala jasa dan pengorbanan awak dan segala hal berkaitan awak tu.

Yang terpuji bintang subuh..satu nama yang sangat unik bagi saya ❤ semoga awak tenang di alam sana.

In shaa Allah..



*kopipes dari Fesbuk.








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Monday, July 11, 2016

Sya'ban, Ramadhan & Syawal 1437



18 Sya'ban 1437..
Aku daftar diri untuk keluar bertabligh 40 hari dalam negeri.. akhirnya jemaah aku 12 orang diputus ke kawasan Batu Pahat.. dari Batu Pahat kami diputus keluar di Sri Medan..

No 2 dari kiri adalah blogger Krenmaut.. 1st time 40 hari..

Santai dengan org tempatan..
Orang kuat khidmat..


29 Ramadhan 1437..
Aku daftar diri di rumah.. huhu.. kejap je dah habis 40 hari..
Sesiapa yg 'menghari-rayakan' dunianya, maka Allah akan mempuasakan akhiratnya.. sesiapa yg mempuasakan dunianya, maka Allah akan 'menghari-rayakan' akhiratnya..

Dua dulang utk 10 orang..
*juadah selepas solat maghrib


30 Ramadhan 1437..
Solat subuh kat masjid aku menjangkau 5 saf.. 
1 saf = 50 orang
Semoga kekal pada syawal sehingga bertemu ramadhan tahun depan..

Petangnya berbuka puasa kat rumah Mak Abah.. hari akhir ramadhan tahun ni..
Mak masak ketupat, kuah kacang, rendang ayam dgn sayur masak lodeh..

Adik beradik aku 4 orang je..

1 Syawal 1437..
Malam raya.. macam biasa ada baraan dari rumah ke rumah..
Takbir raya pd baraan tahun ni dipimpin oleh anak sulung aku.. orang tua2 sini dah uzur dan ramai yg dah pergi..

.


Pepagi lepas solat raya, sessi fotografi cam biasa.. huhu
Lepas tu ziarah beberapa rumah jiran hingga ke petang..
aduss.. kesian kat perut..

Ini la keluarga kami..


2 Syawal 1437..
Malam raya kedua, balik rumah arwah atuk dan nenek (belah mak) kat Kg Batu 30, Ulu Yam, Hulu Selangor..
Siangnya ziarah lagi beberapa rumah.. dan makan lagi..

Kami pun ada kampung.. heheh


3 Syawal 1437..
Balik kampung arwah embah (nenek belah abah) di Kg Jawa, Kerling, Hulu Selangor..
Baru 20% anak cucu cicit berkumpul, parking dah penuh.. terima kasih kpd makcik dan keluarga yg menghuni rumah pusaka.. tiap2 tahun layan rombongan2 kami dgn baik dan lapang dada..

Rumah arwah embah.. semoga Allah merahmati kedua2 almarhum..

Ni baru rombongan kami.. ada lebih 10 rombongan lagi yang sebanyak ni juga..

Ziarah lagi.. makan lagi..

Meja style jawa..

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa… terasa


4 Syawal 1437..
Malam raya keempat, balik Kepong..
On way balik Kepong, pekena tomyam dulu..

Mus'ab ni lauk x sampai lagi, air dah habis separuh..

Siangnya berjalan ke rumah abang ipar di Rawang dan kakak ipar di Bangi..
dan makan dan makan dan makan lagi..


5 Syawal 1437..
Hari ni mula puasa 6.. sahur pun ringan² je..

Berat badan masih 65kg.. sama macam masa baru kawen dulu..

Blood Pressure tak berapa cantik..
tapi ni kira normal utk yg umur 40an macam aku..


Ujian darah hari ni..

Kolestrol : 5.32, [normal <5.20]
Gula : 5.1, [normal 4.4 - 6.1 (puasa)]
Asid Uric : 7.3, [normal <7.0]

Sekian..









Insuran & Road Tax Online (klik logo)