Tuesday, September 30, 2014

International Horseback Archery Competition 2014


Pada 25/09/2014 hingga 27/09/2014 yang lepas ada pertandingan memanah berkuda kat KL ni.. pertandingan antarabangsa.. kira 1st time kat Malaysia.. aku yang sedang giat training memanah kengkononnya, pegi la menjenguk camne lak memanah berkuda ni.. macam best je.. macam syok je.. macam anjal je..


25/09/2014 @ 10 pagi.. aku dah tercanak tercegat kat sana.. pegi ngan geng memanah aku.. huhu.. memang hebat..

ni namanya bergambar menempel..

yg ni pulak bukan hantu cina..

ni bro. Bendahara Alam Warisan










26/09/2014  - aku tak pegi.. hua hua.. xde geng.. jadi aku memanah di rumah sahaja.. supaya tak silap sangka, ni video nya;




Yg ni pulak ambik dari video pesbuk.. Lajos Kassai memang lejen..



dan yang ni Cozmei Mihai.



27/09/2014 @ 3 petang.. aku pegi lagi.. tapi kali ni bawak keluarga tercinta.. hmm.. x dapat la nak ngorat aweks kat situ.. ahaks..
gambar berlatar belakangkan Lukas Novotny

gambar oleh bro. Jai Aziz

gambar oleh bro. Azhar Jaafar



keputusan

dan aku tak mahu mengalah.. ni pulak aktiviti aku & friends pada keesokan harinya..
layan je la lagu rock tu ye.. huhu..



sekian..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Wednesday, September 17, 2014

Memanah di Hari Malaysia




Memanah di hari Malaysia.. gaya mau lebey.. kena belum tentu..
bow KTB 50lb, target range 30meter







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Tuesday, September 02, 2014

Kepentingan Menghidupkan Malam Sabguzari

BAYAN OLEH JEMAAH MAHARASTA PADA - 30 OGOS 2014

Tuan-tuan yang mulia, apabila kita buat usaha di tempat atau di masjid-masjid yang ada usaha, ada amal-amal masjid di situ kita masih perlukan orang-orang tanggungjawab disitu untuk bersama-sama dengan jemaah supaya bentuk usaha yang ada disana, dengan masjid yang dipilih supaya masjid itu hidup dengan cara sebagaimana elders kita inginkan, mengikut kehendak mereka.

Oleh itu bersama dengan kita ada 3 gulungan;
1.Jemaah kita
2.Jemaah daripada markaz
3.Orang-orang lama dan orang tempatan yang buat usaha di masjid tersebut.

Ketiga-tiganya bergabung buat usaha bersama-sama untuk belajar. Separuh daripada masa jemaah ini diminta membuat usaha di tempat-tempat yang tidak ada usaha, yang gersang, yang belum lagi ada amal masjid supaya masjid-masjid yang baru ini dapat dihidupkan. Dengan usaha dari ketiga-tiga gulungan ini masjid-masjid yang belum ada usaha/amal dapat di usahakan.

Tuan-tuan yang mulia, keinginan elders kita ialah supaya kita dapat buat usaha di kedua-dua tempat iaitu di tempat yang ada orang-orang lama, orang-orang yang terlibat dalam usaha dan orang-orang awam yang belum lagi terlibat dalam usaha. Orang-orang baru juga kita perlu buat usaha atas diri mereka supaya mereka juga mengambil bahagian dalam usaha.

Apabila jemaah ini bergerak dijalan Allah swt, mereka diberi route dan masjid-masjid. Bukan orang tempatan yang menentukan route mereka atau pergerakan mereka tetapi jemaah itu yang menentukan berapa lama mereka akan tinggal disatu-satu masjid, berapa lama mereka perlu buat usaha disana sebab di hadapan kita ada 3 kerja.
1. kita dapat hidupkan amal masjid
2. kita dapat keluarkan jemaah tunai dari masjid tersebut
3. setiap orang dalam setiap rumah lelaki yang akhir baligh dapat dijumpai

Ketiga-tiga perkara ini perlu disediakan oleh jemaah ini.

Bukan sahaja dalam masa 3 hari tetapi kalau perlu ditambah akan ditambah untuk beberapa hari lagi sehingga ada jemaah yang balik memberi karguzari yang mereka membuat usaha sehingga 10-12 hari pada satu-satu masjid. Elders sangat suka dengan pencapaian ini kerana mereka buat usaha berterusan sehingga mereka dapat hasilkan ketiga-tiga kerja tadi.

Oleh itu jemaah tidak terikat dengan masa, tidak terikat dengan kemudahan yang terdapat di masjid tersebut tetapi jemaah terikat dengan kerja. Kerja yang diberi pada jemaah perlu disempurnakan baharulah bergerak ke route yang seterusnya. Selagi kerja tidak sempurna selagi itulah mereka kena duduk di sana.

Tuan-tuan yang mulia, tertib ini bukan untuk jemaah kami sahaja bahkan untuk semua jemaah-jemaah yang keluar. Semua jemaah-jemaah yang tuan-tuan akan hantar ke mana-mana tempat, inilah tertib usaha daripada elders kita supaya kita boleh memantapkan usaha dan membangunkan usaha pada satu-satu tempat.

Tuan-tuan yang mulia, jemaah-jemaah yang keluar dijalan Allah buat usaha di masjid dengan menghidupkan 5 amal masjid, masjid-masjid yang tidak ada amal kita usaha hidupkan beberapa amal. Dari masjid ini kita dapat keluarkan jemaah 40 hari dan 4 bulan dan jemaah-jemaah ini perlu diletakkan satu tarikh, jemaah bermesyuarat dengan orang tempatan tentukan satu tarikh yang sesuai samada dalam masa 15 hari dan paling lama mengambil masa sebulan. Kita tetapkan tarik mengikut taskel dari marhala-marhala yang ada. Begitu juga jemaah 3 hari dapat dibentuk dan dikeluarkan secara tunai. Akhir sekali setiap rumah kita dapat ziarah dan dapat jumpa serta dapat jelaskan maksud jaulah kita. Jemaah-jemaah yang dibentuk samada 3hari, 40 hari dan 4 bulan perlu diberi bayan hidayat sepertimana bayan hidayat yang didengar di Nizamuddin.

Tuan-tuan yang mulia, dalam usaha makami, bentuk amal masjid, bentuk jemaah masjid ini, diantara perkara yang ditegaskan oleh elders kita ialah bagaimana kita dapat hidupkan dakwah, taklim, istiqbal (DTI). Ini adalah amalan setiap jemaah. Sepertimana hari ini kita putuskan taklim untuk jemaah, begitu juga kita hidupkan DTI adalah untuk jemaah itu sendiri. Bagaimana ghast umumi untuk jemaah, begitu jugalah dakwah, taklim, istiqbal adalah untuk jemaah. Jadi, setiap jemaah yang keluar dijalan Allah perlu buat DTI seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat harian bersama orang tempatan. Buat usaha bersama-sama pergi dari rumah ke rumah bawa mereka ke masjid.

Dakwah kita lebih berkesan jika ada amalan di dalam masjid dan ada amalan di luar masjid. Apabila kita buat dakwah di luar masjid, pergi dari rumah ke rumah, jumpa orang dan bawa mereka ke masjid dan dalam masjid mesti ada amal, ada halaqah iman, halaqah taklim, bawa mereka duduk dalam halaqah taklim, kemudian bawa kepada halaqah iman. Amalan-amalan ini mesilah berterusan baharulah dakwah kita lebih berkesan.

Tuan-tuan yang mulia, jemaah yang keluar buat usaha bersama dengan orang tempatan, buat usaha makami, amalan yang sama akan diteruskan oleh orang tempatan. Bukan apabila jemaah telah berpindah ketempat lain, usaha makami diberhentikan. Sebenarnya jemaah datang kesesuatu tempat adalah untuk membantu dalam amalan masjid/ tempatan mereka. Bukan hanya memerhatikan amalan jemaah.

Dalam mesyuarat harian pun tidak buat berasingan bahkan jemaah duduk dalam mesyuarat kerana mereka sekarang adalah sebahagian daripada morhala mereka, buat bersama-sama dengan orang tempatan. Sama-sama mereka bergerak sehingga jadikan setiap orang dalam morhala itu buat amalan masjid. Jemaah ini setelah selesai kerja dalam masa beberapa hari yang diperlukan untuk bangunkan usaha ditempat itu, mereka akan berpindah ketempat lain tetapi mereka masih ada tanggungjawab untuk memantau amalan-amalan yang telah dimulakan oleh mereka. Mereka perlu ziarah dan lihat semula.

Tuan-tuan yang mulia, jemaah-jemaah ini bukan sahaja memikirkan tentang lelaki sahaja bahkan juga tentang masturat. Bagaimana tahap usaha masturat di situ, macam mana usaha masturat kemajuannya dapat ditingkatkan. Bagaimana masturat dapat dikeluarkan dan amalan-amalan dapat dihidupkan.

Apabila jemaah buat ziarah dari rumah ke rumah, pintu ke pintu jumpa orang. Semasa taskel mereka juga kena taskel amalan dalam rumah, sediakan mereka hidupkan taklim dalam rumah. Setiap lelaki yang kita ziarah, akhir sekali kita bentangkang pentingnya buat taklim dalam rumah. Setiap orang mulakan taklim di rumah, dengan ini usaha masturat akan meningkat, mereka ada keinginan untuk amalkan agama dan berazam untuk buat usaha agama.

Ini adalah tanggungjawab jemaah yang keluar dan orang tempatan yang bersama-sama buat usaha. Selepas 2@3 hari kita tanya balik siapa yang berazam samada telah mula amal dan hidupkan taklim di rumah. Kemudian kita targib lagi supaya lebih ramai lagi amalkan taklim di rumah. Kemudian semasa ghast umumi. Apabila kita buat bayan kita targib buat taklim di rumah.

Tuan-tuan yang mulia, usaha kita yang pertama tadi atas lelaki, yang kedua atas masturat dan yang ketiga ialah kanak-kanak . ketiga-tiga gulungan ini penting. Untuk gulungan ketiga ini elders kita galakan di adakan kelas-kelas pengajian agama di setiap masjid dan surau supaya mudah mereka belajar agama. Tidak tertinggal dariapada belajar al-quran, tidak tertinggal daripada belajar fardhu ain dan memahami agama. Ini adalah tanggungjawab jemaah masjid untuk menghidupkan kelas-kelas pengajian ini.

Jemaah masjid juga bertanggungjawab hidupkan amal masjid dan meningkatkan usaha masturat. Amalan sabguzari adalah antara amalan yang elders kita amat tekankan dan amat risaukan. Setiap yang buat usaha perlu mengambil berat akan amalan ini. Melalui amalan inilah fikir dapat disebarkan, dapat diberi kepada semua orang dalam kariah kita. Dapat dikumpulkan fikiran, jasbah dan keinginan mereka pada malam sabguzari. Begitu juga takaza-takaza dapat diambil.

Satu perkara yang tertinggal ialah berkenaan taklim di rumah, elders kita berpesan supaya kita buat 5 perkara dalam taklim di rumah.
i. baca kitab fadhilat amal, fadhilat sedekah dan muntahab hadith
ii. halaqah Quran
iii. muzakarah 6 sifat
iv. taskel ahli keluarga
v. mesyuarat harian.

Di dalam rumah, kita perlu bentuk fikir ahli keluarga kita sehingga mereka ada kemampuan untuk taskel. sebagaimana zaman sahabat, Umar r.hu telah taskel isterinya untuk keluar dijalan Allah swt, Talha r,hu telah taskel anak-anaknya keluar dijalan Allah swt. Dan anak-anaknya telah syahid. Oleh itu fikir ini perlu diberi kepada wanita supaya mereka ada kemampuan untuk taskel anak-anak mereka, suami mereka, bapa mereka dan adik beradik mereka untuk keluar dijalan Allah swt.

Tuan-tuan yang mulia, 4 perkara yang kita perlu buat pada malam markaz.
1. ambil kehadiran, sebutkan masjid-masjid dari halaqah kita dan sebutkan berapa orang yang hadir. Setiap masjid perlu ditanya setiap mesyuarat harian berapa orang yang hadir, dalam taklim berapa orang yang duduk dan yang hadir dalam malam markaz ini berapa orang. Jika yang sepatutnya datang 7 orang tetapi yang datang cuma 2 orang, maka kita beri tanggungjawab yang 2 orang supaya minggu hadapan bawa semua jemaah masjid mereka. Begitu juga di masjid-masjid yang berhampiran pastikan mereka datang malam markaz minggu hadapan.

2. malam markaz kita bawa jemaah-jemaah tunai keluar dijalan Allah swt. Jemaah 40 hari, 4 bulan Negara jauh. Inilah jemaah yang kita dapat hasilkan selama kita buat usaha selama 3 minggu. Oleh itu perkara yang kedua yang perlu di fikirkan ialah takaza-takaza yang akan diberi/dibentangkan. Bagaimana takaza untuk jemaah 3 hari, jemaah 40 hari, 4 bulan dan jemaah Negara-negara jauh. Di zaman Maulana Ilyas rah, apabila malam sabguzari ini dimulakan dengan tujuan supaya dapat diberi bayan hidayat kepada jemaah-jemaah tunai yang keluar dijalan Allah swt.

3. perlu ambil karkuzari daripada masjid-masjid yang hidup dakwah, taklim dan istiqbal. Kita lihat berapa banyak masjid yang hidup DTI. Masjid yang belum hidup DTI kita beri takaza kepada mereka. Masjid-masjid yang telah hidup amalan DTI sekali dalam satu hari ditingkatkan kepada 2 kali sehari. Masjid-masjid yang ada kemampuan buat 2 kali kita minta mereka buat 3 kali, sehingga bertukar shift dan sehingga amalan ini dapat dilaksanakan 24 jam. Selagi amalan tidak mencapai 24 jam maka selagi itulah kita akan berikan takaza demi takaza.

4. Dibacakan Kitab Hayatus Sahabah. Amalan yang pertama dalam karkuzari ialah apabila ditempat-tempat karkuzari ada ulamak-ulamak ikram yang telah keluar setahun, mereka akan diminta membaca Hayatus Sahabah iaitu kehidupan sahabat-sahabat r.hum dalam membuat kerja dakwah. Dengan cara ini kita dapat mengetahui bagaimana sahabat buat usaha.

Tuan-tuan yang mulia, jemaah-jemaah yang kita telah usahakan selama seminggu kita telah bawa secara tunai sewaktu taskel mereka hendaklah bangun dan beri nama mereka untuk bentuk jemaah yang boleh dikeluarkan pada malam sabguzari. Oleh itu kita kena niat dan azam untuk amalkan sebagaimana elders kita pesan dan sampaikan keseluruh alam.

Tuan-tuan yang mulia, apakah amalan dakwah ?, iaitu agama yang hidup dalam diri sahabat. Macam mana sahabat bergerak dengan agama yang sempurna dalam diri mereka. Mereka mempunyai satu keinginan dan jasbah dalam diri mereka untuk bergerak keseluruh dunia. Inilah tujuan daripada dakwah supaya kita bergerak keseluruh dunia, seluruh alam dengan agama yang ada pada diri kita sebagaimana agama yang ada dalam diri sahabat. Sebagaimana jasbah yang ada dalam diri sahabat maka kita juga wujudkan jasbah ini dalam diri kita dan bergerak keseluruh alam. Inilah maksud dakwah.

Oleh itu setiap dari kita perlu fikirkan apakah keinginan sahabat r.hum, apakah jasbah sahabat r.hum, bagaimana agama Allah dapat hidup keseluruh muka bumi walaupun untuk perkara ini saya perlu gunakan seluruh harta, masa, segala kebolehan yang kita ada dan sentiasa sedia memberikan nyawa untuk agama Allah swt. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, dengan keinginan yang sama, dengan jasbah yang sama, tanggungjawab yang sama kita sekarang bangun berikan nama secara tunai keluar ke Negara jauh.

*******

Sedikit karguzari jemaah yg membuat usaha di Spain.

Alhamdulillah kami sekarang sedang membuat usaha di Masjid Lukha,di bandar ini ada peninggalan islam dimana sebuah masjid yg dibena oleh kerajaan islam yg memerentah Spain selama 700 tahun,atas usaha Tabein Tariq ibn Ziad bersama tenteranya seramai 7,000 org telah sampai ke Gibraltar pada 11,April 711,selama tiga tahun beliau membuat usaha dakwah di Spain keseluruhan datang kpd islam,semasa sampai di Gibraltar beliau telah membentuk fikir jemaah beliau samaada agama hidup di Spain ada mereka sahid,beliau telah membakar kapal semua tenteranya.Ketika itu tentera islam berdepan dgn 100,000 tentera bukan islam dibawah pimpinan Raja Redrik.Dibantu dng Gobnor Musa menghantar 18,000 tentera tambahan Tariq ibn Ziad telh dapat menawan kerajaan yg besar,Tentera islam dlm peperangan itu 3,000 telah shahid .Islam telah bertapak selama 800 thun di bumi Spain.

Semasa Sultan Moroco memerentah pada tahun 1309 ,beliau telah banyak membena masjid dan istana istana yg besar besar ,sampai sekarang istana itu masih wujud dgn kukuh.

Tempat jem kami membuat usaha bandar Lukha ada sebuah masjid besar yg boleh menampong sembahyang seramai 4,000 org sekarang telah menjadi gereja ,apabila Kristian dan Jew telah berjaya menawan balik Spain dari pemerentahan islam pada tahun 1783.

Jemaah kami membuat ghasrt disekitar masjid yg telah menjadi gereja dn perasaan sedih dan sentiasa bedoa agar Allah kembalikan kegemilangan islam dulu.Jika dahulu penduduk islam sekitar masjid ini 4,000 org sekarang hanya 60 keluarga itu org luar iaitu saudara arab kita dari Moroco.Tuan tuan doa agar Allah jadikan khuruj yg kita buat ni jadi asbab hidayah seluruh Spain dan seluruh alam.


Dibawah masjid ini ada 24 saluran mata air yg Allah jadikn sumber air org islam mengambil sembahyang dan mata air ni terus mengalir sampai sekarang,bayangkn berapa ribu tahun.









Insuran & Road Tax Online (klik logo)