Tuesday, January 21, 2014

Usaha Masturat

Allah سبحانه وتعالى jadikan lelaki dan wanita perlu kepada amalan agama.. Sebabnya.. setiap lelaki dan wanita akan menemui kematian dan kehidupan akhirat.. Oleh tu, setiap lelaki kena ambik fikir le pasal wanita-wanita.. bukan saja isteri, tapi mak, anak perempuan, adik beradik perempuan, nenek, makcik..

Lelaki kena usaha supaya wanita-wanita mereka menjadi seperti wanita-wanita di zaman sahabat رضي الله عنهم.. Jangan sampai kita mati dalam keadaan iman mereka masih kabur.. jangan sampai kita sebuk berdakwah di luar, tapi agama dalam rumah kita tunggang-langgang.. huhu..

Fikir masjid kena bawak dalam rumah.. tanya; dah solat? dan baca quran? dah zikir? dah buat taklim? Jangan sampai fikir rumah dibawa ke masjid.. tolong beli gula.. beli roti.. beli susu.. nanti dalam solat dan dalam amal-amal yang lain di masjid, fikir lelaki adalah mengenai gula.. roti.. susu.. tu yang jadikan ada orang marah bila imam baca panjang-panjang dalam solat.. huhu sekali lagi..

6 asas usaha wanita;
  1. menghidupkan amalan taklim di rumah..
  2. solat di awal waktu..
  3. membaca al Quran dan berzikir..
  4. hidup sederhana..
  5. mendidik anak² cara kehidupan sunnah..
  6. galakkan mahram untuk keluar di jalan Allah..

wanita bukan setakat digunakan sebagai target memanah..
jika diusahakan, mereka juga mampu memanah..
Lelaki yang pernah keluar 4 bulan tak sama dengan yang baru keluar 40 hari dan 3 hari.. jadi kalau isteri tuan-tuan baru keluar 3 hari, layan le isteri dengan menganggap mereka seperti orang baru dalam usaha agama.. jangan bebankan dia dengan fikir tinggi sangat sampai diorang rasa tak mampu buat atau rasa 'beri atas' (give-up).. *direct translation.. ahaks..

Sifir kerja wanita;
  • masturat keluar 3 hari setiap 3 bulan = lelaki keluar 3 hari setiap bulan
  • masturat keluar 10-15 hari setiap tahun = lelaki keluar 40 hari setiap tahun
  • masturat dah keluar 40 hari atau 2 bulan = lelaki dah keluar 4 bulan

Jadi.. kena upgrade le wanita-wanita kita.. dan jangan lupa upgrade diri sendiri.. dan istiqomah paling penting.. semoga tulisan ni memberi peringatan kepada diri aku sendiri yang masih belajar-belajar usaha kenabian nih.. doa untuk aku yang dhoif..

***   ***   ***

Alhamdulillah.. pada 17, 18 & 19 Januari baru ni, aku dan isteri diizin Allah keluar 3 hari dalam jemaah masturat.. jemaah kami 5 pasang.. 3 dari halkah Kepong & 2 dari halkah Hicom.. kami keluar di Kg Seri Cheeding, Banting (halkah Teluk Panglima Garang).. bayan hidayat di Sri Petaling..


A=rumah aku, B=tempat bayan hidayat, C=tempat keluar

Masjid Kg Seri Cheeding
rumah masturat..
catitan amirsap; jadual amal jemaah..
amirsap org Kepong.. sape ntah nama.. aku lupa..
Jemaah kami tangguh lepas solat isyak dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis.. antaranya, setelah bertahun-tahun berkenalan di arena blogger, akhirnya aku dapat bertemu muka dengan tuan punya blog Ziarah 76.. beliau adalah abang kepada tuan rumah.. 

Semoga Allah سبحانه وتعالى terima usaha yang sedikit ni, jadi asbab hidayat untuk kami dan umat seluruh alam..

***   ***   ***








Insuran & Road Tax Online


Monday, January 13, 2014

Entri Pembuka 2014

Tahun baru masehi 2014 dah masuk minggu ke 2.. umur semakin pendek.. perjalanan terlalu panjang.. sedangkan bekalan terlalu sedikit..

hari.. hari.. bagaikan berlari..
tiada sesaat berhenti..
aku yag masih.. berdiri..
tiada arah yang pasti.. (harap syurga, takut neraka)

aku & isteri masih macam dulu.. macam masa baru kawen.. ahaks..
anak no 1 dah berenti alim sebab tak sanggup lagi nak belajar..
anak no 2 masih alimah tahun 5..
anak no 3 tahun ni pmr..
anak no 4 upsr..
anak no 5 masuk hafizah tapi balik hari..
anak no 6 masuk prasekolah..
anak no 7 nak masuk 3 tahun..
anak no 8 belum buat lagi.. kilang kata nak rehat.. nak aktif keluar masturat pulak..

sekolah anak no 5..
~jalan 13, Selayang Baru
prasekolah anak no 6..
~jaga² ada awek u-sya
03/01/2014..status FB aku;
masuknya pelajar² baru ke tahun 1 persekolahan memberi pengalaman baru kepada murid² itu sendiri, ibubapa, guru² dan para pembuat kerusi sekolah..
~aku tengok gambar ramai bebudak kepala tersangkut kat kerusi sekolah..

06/01/2014.. lepas maghrib, aku & the gang buat ziarah rumah ke rumah di kawasan PPR kepong.. sampai kat satu rumah, keluar sorang lelaki umur 30an.. aku tengok disekelilingnya ramai bebudak yang hampir sebaya.. aku tanya ni semua anak ke? dia kata ye.. 9 orang semuanya.. yang sulong darjah 6 dan yang kecik sekali baru lahir.. hidup kat bandar ni aku ingat anak aku 7orang kira champion la.. rupanya ada lagi champion.. huhu.. hebat Allah..

07/01/2014.. sesuatu telah berlaku..
ada member tanya aku; "Azhar Jaafar, tuan ada business baru ke?"

haha.. ni bukan aku..
ulama tabligh dah pesan untuk buat satu bisnes je..

11/01/2014.. WNR9776 kena major service sebab dah lebih 120,000km.. semua kasi tukar..

engin oil, oil filter, air filter, brake pad, gear oil, stabilizer link,
rear absorber, axle oil, coolant, spark plug, belting.. 

12/01/2014.. semua anak-anak ada kat rumah.. jadi..

9 worang punya makan kasi bungkus..
ada org takwa memang jaga makan.. org mcm aku ambik fatwa je..


dan.. semenjak tahun baru ni aku belum sempat memanah bersama kengkawan.. tetapi hanya sempat memanah bini di rumah sahaja..

dan.. jur orang yang pernah keluar 4 bulan pada 14, 15 & 16 Februari 2014 di Masjid Jame’ Seri Petaling.. aku azam khidmat 2 bulan di Nizamuddin lepas jur.. tolong doa..

dan.. Ijtima Malaysia 2014.. semua lelaki muslim dijemput hadir..
*sesape yang tau lokasi tepat ijtimak, sila bagitau di ruangan komen..
  • 17hb-19hb April - Perlis, Jitra & Sg.Petani
  • 19hb-21hb April - Penang
  • 21hb-23hb April - Penanti, Selama, Ipoh & Taiping
  • 24hb-26hb April - Kelantan
  • 26hb-28hb April - Kuala Lumpur - Masjid Jame’ Seri Petaling
  • 28hb-30hb April - Jerantut - Madrasah Sg.Badak
  • 30hb April-02hb Mei - Kuala Terengganu & Besut
  • 02hb-04hb Mei - Johor Bahru & Batu Pahat - Masjid Jamek Yong Peng
  • 04hb-06hb Mei - Seremban & Melaka
  • 07hb-09hb Mei- Tawau & Sandakan - Masjid Daerah Sandakan
  • 10hb-12hb Mei- Kota Kinabalu, Beaufort & Labuan
  • 13hb-15hb Mei - Miri, Bintulu & Limbang 
  • 16hb-18hb Mei- Kuching & Sibu

dan bayan lagi.. 




dan pesanan terakhir..
kalau ada org tanya; "tak susah ke? tak leceh ke? tak rimas ke? bela janggut panjang2.."
jawaplah dengan sopan; "apa susahnya? apa lecehnya? apa rimasnya? janggut tumbuh ke bawah, bukan tumbuh ke atas.."

sekian..






Insuran & Road Tax Online