Monday, June 10, 2013

Musim Nikah

Lepas subuh tadi, kawan aku baca taklim kitab Muntakhab Hadith.. hadis no 81 dalam bab Kalimah Toyyibah; Beriman Pada Yang Ghaib..

Sayyidina Abu Zar  رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
"Sesungguhnya aku nampak apa-apa yang kamu tidak nampak dan aku dengar apa-apa yang kamu tidak dengar. Langit berderap-derap dan sepatutnya ia berderap. Di langit sana di setiap kawasan seluas empat jari pasti ada mana-mana malaikat yang meletakkan dahinya bersujud kepada Allah سبحانه وتعالى .

Demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa-apa yang aku ketahui sudah kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis dan kamu tidak akan merasa nikmat bersama isteri kamu di tempat tidur dan pasti kamu akan pergi ke tempat-tempat terpencil berdoa memohon perlindungan kepada Allah سبحانه وتعالى . Alangkah baiknya aku sebatang pokok yang dipotong (dari pangkalnya)." HR Tarmizi.

kawan aku yang baca taklim tu baru menikah 8 Jun lepas..

slow-slow aku cakap kat dia; "elok la tu.."

slow-slow jugak dia jawab kat aku; "terkejut aku.."

Allahu.. bila merenung hadis ni, memang rasa elok kalau aku jadi pokok yang ditebang je.. lepas kena tebang, habih citer..

***

Jumaat lepas balik kampung arwah nenek kat Kg Bt 30, Hulu Selangor.. keluar rumah lepas asar.. tak ikut jalan Rawang sebab takut jem.. jadi ikut jalan Ulu Yam..


bukannya jauh, 40km je dari Kepong.. rumah tinggal dah xde sape.. atuk & nenek dah lama pegi.. mak besar kat sini.. sebulan sekali atau dua kali, mak & abah akan balik untuk bersihkan rumah dan kawasan..

orang bandar.. "ditutuah dek nyamuak"
teknik larian "pemutus bayang"
solat magrib aku azan, anak aku imam.. solat isyak anak aku azan, aku imam.. xde org kampung lain solat dgn kami.. solat subuh esoknya orang kampung azan, org kampung imam.. hmm..

Sabtu 11 pagi.. balik kampung abah pulak kat Kg. Jawa, Kerling, 20km dari Kg Batu 30.. sepupu kawen.. ramai le saudara mara.. masa ni le nak jumpa pun.. ada sepupu yang dulu baru beranak, sekarang ni dah ngandung semula.. ahaks..


selamat pengantin baru.. berhati² di jalan raya..

zohor & asar karkun 1 azan, karkun 2 imam.. maghrib & isyak karkun 2 azan, karkun 1 imam.. ada 3-4 org kampung lain solat sama².. hmm lagi..
*karkun = kengkawan tabligh..

hujan lebat dari asar hingga isyak.. lepas isyak baru balik rumah.. balik ikut highway plus Kerling ke Kepong 65km sahaja..


dah masuk highway tak reti² nak bawak 110km/jam.. rasa laju la pulak sebab selalu bawak maksima pun 80km/jam je.. teringat 10 tahun dulu aku pernah bawak kancil aku hingga cecah 140km/jam.. 15 tahun dulu pulak aku pernah bawak ford eskot bapak aku hingga cecah 160km/jam.. pengajarannya ada 2..
i) dulu xde AES..
ii) dulu aku muda.. sekarang dah _____ (sila isi tempat kosong)

Ahad pagi pegi Putra Jaya la pulak.. kenduri kawen lagi.. kali ni jadi rombongan belah pompuan kepada abang ipar aku yang kenduri di Country Home Rawang pada minggu lepas..

gilang wal gemilang..
Mus'ab buatlah macam rumah sendiri ye..
Mu'az dgn aksi parkuor di luar ball room..
sebelum balik singgah di masjid Tuanku Mizan (masjid Besi).. rehat².. sebelum asar balik Kepong.. penat.. bebudak je yang tak reti penat.. yang penting dapat bejalan a.k.a meloncat.. huhu..





Insuran & Road Tax Online