Thursday, August 22, 2013

Raya 2013

1 Syawal 1434..
lepas solat raya, bawak family balik kampung..

gambar wajib..
mak, abah, family aku, adik pompuan serta suaminya..

A=rumah aku, B=rumah mak..
err.. 1.2km je.. ahaks..


petang balik kampung arwah embah..

jowo pun jowo lah.. janji rock.. \m/
acara malam bebudak.. meletupkan kampung..
Alhamdulillah  raya tahun ni aku dapat bawak family ziarah saudara mara belah abah di Kg Jawa dan belah mak di Rasa, Batang Kali dan Ulu Yam.. dapat jugak ziarah rumah adik beradik aku & isteri kat sekitar Selangor.. termasuk rumah jiran² di sekitar Kepong..

7 Syawal 1434..
menziarahi En. Fraser di bukitnya..

salah sebuah apartment..
mendapatkan rawatan poket..
bukan barang untuk di pos..
come to mama..
93km sahaja.. tak dapat jimak jamak solat..

mak & abah.. 
makan malam ditaja oleh adik pompuan aku..
(yg serius melihat harga di menu sambil diperhati oleh adik lelaki aku, juga dengan serius..)
acara pagi esoknya..
"mengapakah aku diperkudakan?"
menonton pertunjukan hamster dalam bola di tasik..

10 Syawal 1434..
status FB aku..
August 17ada kawan yg nikah pagi ni msg aku; "abg, berikn berikn tips² mutiara utk mlm keramat ni.. huhuuu.." aku jwb; "sembang² je.."2 minit lps tu aku msg lagi; "sambil tu tangan buat gash.. ahaks.."
walimah Mat Rock (rakan blogger) di Masjid Shah Alam..

11 Syawal 1434..
status FB aku..
August 18nk gerak ke Lanchang, Pahang menghadiri walimah yg minta nasihat semalam..
pegi awal sbb nk zohor di KL semula, kmdn hantar anak dara balik madrasah Sri Petaling sebelum asar..
walimah Ust.Khann Da'ie.. rakan blogger gak..

14 Syawal 1434..

menyimpan harta rampasan sepanjang raya..
metallica di stadium merdeka..
akhirnya dapat gak aku tengok konsert metallica kat stadium merdeka tu.. err.. tapi bukan cara live.. kat youtube je.. ahaks..






Insuran & Road Tax Online

Wednesday, August 07, 2013

40 Hari di Sik Kedah

22 Jun 2013
8mlm.. gerak ke masjid Sri Petaling.. tumpang kawan..

Langkah ini terasa terhenti-henti..
Depan kelabu pedih memilu..
Masa bukan lagi temanku..
~ ye lah.. bukan senang nak keluar ke jalan Allah ni..
~ jerebu teruk kat KL, pedih mata aku..
~ masa gembira dengan family aku pause jap..

punya lah ramai manusia kat masjid ni.. berbondong² nak keluar ke jalan Allah..

23 Jun 2013
lepas subuh ada bayan.. dalam bayan pembayan ada sebut;
"kita bukan nak jadi orang lama tapi nak jadi orang yang sentiasa ke depan dalam agama.. kain yang kita pakai.. lama² akan jadi kain buruk dan buat lap kaki saja.. kita tak nak jadi macam tu.."

9.30 pagi.. proses pembentukan jemaah bermula.. aku memang suspek respek la dengan jemaah tashkil yang bertungkus lumus nak menyesuaikan jemaah.. setiap jemaah dihadkan kepada 12 orang sahaja.. di dalamnya kena ada orang lama dan baru termasuk 5 hingga 7 orang pelajar madrasah..

kepala aku pening.. jerebu teruk sangat ni.. sedut nafas sampai bau asap macam orang bakar sampah.. akhirnya dalam pukul 11.30 pagi, aku dicampur dengan 11 orang dari Kota Bharu, Kelantan termasuk 5 pelajar madrasah.. lepas tu tunggu giliran jumpa syura untuk lantik amir..

jerebu kat Kuala Lumpur pada 12.15 tgh, 23 Jun 2013..
Masih juga aku mengharap cahaya..
Biarpun terus meredah belukar..
Pecahan kaca menusuk tubuh berdarah..
Sakitnya tiada terkira..
~ harap² jerebu ni cepat hilang..
~ biarpun korang tetap nak bakar hutan belukar..
~ dan aku terpaksa jadi amesab hingga badan rasa luka²..
~ sakit untuk pikul tanggungjawab..

lepas lantik amir, aku berkenal²an dengan ahli jemaah.. perkara pertama yang aku sebut adalah; "harap tuan² cakap melayu sestandard yang boleh sebab saya tak berapa paham kecek klate.." diorang sengeh je.. ahaks..

24 Jun 2013 (15 Sya'ban 1434)
9.30 pagi.. bayan hidayat.. 90-100 jemaah akan keluar hari ni.. mudah² Allah angkat musibah jerebu ni dan pandang umat ni dengan kasih sayang.. selesai bayan, jemaah aku diputus untuk keluar ke Sg Petani..

gambar aku pirate dari
http://zkeretapi.blogspot.com/2009/09/signboard-part-13.html
lepas solat zohor serta jamak asar, kami gerak.. 8 orang naik 2 kereta, aku dengan 3 pelajar madrasah naik bas.. alhamdulillah sebelum tengah malam jemaah aku selamat sampai dan berkumpul di madrasah Sg Huda (markas tabligh di Sg Petani)..

25 Jun 2013
9.30pagi.. lepas sarapan, ada taklimat sket oleh syura Sg Petani.. kemudian kami gerak ke route yang diberi.. jemaah aku ni diputus ke kawasan utara Sik iaitu Nami, Kota Aur dan Gulau kira² 100km dari Sg Petani..


B=Nami, C=Kota Aur, D=Gulau

ringkasnya, selama hampir 40 hari di sana, jemaah aku telah;
  1. buat usaha di 12 masjid dan surau..
  2. tak dapat jemaah tunai..
  3. tak dapat hidupkan beberapa amal masjid yang baru..
  4. hari² makan durian sebab masa kami sampai sana, durian baru mula gugur..
  5. tak dapat menyebut perkataan pelam dengan senonoh sebab diorang dari Kelantan..
  6. diminta jadi imam tarawih di beberapa masjid & surau sebab kami ada hafiz quran..
  7. mendapat amir yang suka lepak dan tak joss..
  8. menyebut dalam adab gash; "jale di kane jale denge menunduk ke pandange.."
  9. ditengking oleh seorang gila yang tiba² hadir ke satu masjid dengan menyuruh kami pindah dari situ..
  10. menyembahyangkan 4 jenazah orang tempatan pada waktu yang berlainan..
  11. diziarahi syura Sg Petani beserta 8 orang ahli rombongannya termasuk 2 peminat blog ni, Fauzi & Abd Shafiq..
  12. tak bergaduh.. sama² pegi, sama² balik..

29 Julai 2013
10pagi.. gerak balik KL.. 7 orang dalam 2 kete dan 5 orang naik bas..

Istana menanti bertakhta hati berseri..
Istana menanti tempat kita pasti..
~sebuk nak balik rumah la tu..
~tak sabar nak buat usaha tempatan sebenarnya..

5.30ptg.. alhamdulillah semua jemaah dah berkumpul di masjid Sri Petaling.. berbuka puasa dan tarawih bersama.. malam tu malam 23 ramadhan.. suasana aman sekali..

tarawih ni dibuat berasingan dari yang
dibuat di dewan utama masjid..
dari status FB Mat Rock;
ya Allah !!!!..mahu atau xmahu...nak atau pon xnak..sedia mahu pon xsedia...sume ny past akan berakhir....

berakhir suda sesi 10juzu'-20 rakaat tarawih tahun ni...diakhiri dgn tangisan...Wallahi !!!..dewan solat berderum dgn esakan tangisan hidayah oleh ahli jemaah ....

maulana amir hamzah al hafiz mengimamkan 2 rakaat terakhir utk juzu' 30 bersama2 solat witir...maulana amir hamzah mghbiskan 1 juzu'(juzu' 30) pd rakaat ke 19 dan mnyambung sedikit permulaan surah al baqarah di rakaat ke 20...xsedar da 40 minit berdiri..Allah3...seterusny maulana amir hamzah mengetuai bacaan doa y penuh tangisan...penuh tangisan !!!!!

ya Allah!!!!...sedih sngt!!!!...sngt2 sedih...basah jubah dgn tangisan..basah pipi dgn air mata y mngalir...Allah3!!!..moga Allah berkati n terima kesumua ahli jemaah...

sedih sesi kali ni da hbis...xdpt lg nk dngr bacaan2 para hafiz alim muda kite...muda2 Allah da pilih jd alim hafiz daie...Allah3...

*lepas ni solat tarwih sesi y biasa je la...1juzu'-20 rakaat..di dewan solat utama..
*salah satu sbb kenapa wa nk blik msia...sbb bnda2 mcm ni la..xthu mane nk cari suasana mcm ni..Allah3..  , bukan nk blik kawen je..hmm
*wa nk sngt sume dpt rasai nikmat ni..hmm
*dr melaka wa naik moto, nk kejar suasana mcm ni..hmm..moga Allah terima.. 

Ya Allah , terima la kami, pilih la kami utk dtg pd mentaati pd MU n pd perkara y menggembira kan Mu..Allah... 


01 Ogos 2013
lepas asar ada karguzari.. dibuat di 15 tempat berasingan di dalam masjid.... 6-7 jemaah bagi setiap tempat..

berbuka puasa terakhir aku dengan ahli jemaah yang aku kasihi..
02 Ogos 2013
10pagi.. bayan wafsi..
12tghari.. bersurai..

Getar jari-jemari bertaut pada harapan ini..
Aku membilang hari..
Apa akan datang hari ku nanti..
Istana menanti pasti..
~suspen bro.. gegar lutut sampai ke jari kaki..
~bilang pakai jari tangan le..
~nak balik siang hari ke, balik malam hari..
~nak buat usaha masturat sekali..

lepas maghrib, aku dah sampai rumah.. ahaks..

sekian..

anak² makan setalam..
abah & umi diorang makan di tilam talam yang lain..

dikesempatan ni, aku dan keluarga ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua pembaca blog ni.. terkasar bahasa, teraba, terskodeng dan berbagai² ter lagi, aku mintak mahap..







Insuran & Road Tax Online