Tuesday, September 04, 2012

Pertanyaan Mengenai Persoalan

Petang semalam (3 September 2012).. lepas zohor.. sedang aku bersiap sedia untuk melelapkan mata.. tetiba masuk seketul satu email dalam inbox aku.. aku ingatkan nak tanya takaful lagi.. biasanya email² pasal takaful aku jawab waktu malam atau esok paginya.. tapi email tu nak tanya pasal usaha agama.. jadi aku baca dan jawab le..

~ Emailnya berbunyik begini.. (tarik napas panjang² dengan hidung yang kembang semaksimanya..)

From: xyz
To: "ikhlas114@yahoo.com" <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:05 PM
Subject: Assalamualaikum....

Assalamualaikum tuan,

Maaf andainya email ini telah membuat tuan merasa terganggu. Begini tuan, saya seorang yang jahil agama dan sekarang sedang cuba memperbaiki kehidupan saya ke arah yang lebih baik dari segi agama, InsyaAllah. Semuanya bermula dari blog seorang karkun. Entrinya membuatkan saya sedikit insaf dan mula mencari cahaya keimanan. Dalam blog itu juga saya diperkenalkan dengan kitab fadhail amal dan munthakab hadith.Sudah setahun saya baca kitab itu. Saya suka JT dan saya teringin agar keluarga saya turut serta dalam usaha ini tapi sehingga kini mereka tidak berminat.

Namun baru-baru ini saya terbaca komen di blog dan saya sungguh terkejut dan menjadi sangat takut. Di sini saya copy paste komen di blog tersebut

“Hidup kita hanya sekali di dunia ni... jika kita tersalah memilih maka penyesalan di akhirat sana tidak berguna lagi. Ramai yg mengikut secara membuta tuli tanpa ilmu sesuatu kumpulan, merasakan kumpulan mereka menyebar kebaikan tanpa mengetahui bahawa amalan mereka adalah sia-sia di sisi Allah.
Mengenai JT, (bla.. bla.. bla.. *aku tak sanggup nak tulis fitnah yg tersangatla dasyat.. terutama terhadap mimpi mengenai maulana Ilyas rah.).

Kebenaran itu bukanlah dgn ramainya, atau byknya markas yg ada di seluruh dunia... Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) Jadi neraca untuk mengenal Kebenaran ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW bukan dgn bersandarkan hujah2/dalil2 yg lain sepertimana yg selalu di hujahkan oleh karkun2 JT. Jadi, kenallah Kebenaran terlebih dahulu. Wallahu a'lam. Wassalam.”

Kini sudah beberapa hari ini saya sudah tidak membaca kitab Fadhail amal. Saya keliru…

Sungguh ke apa yang di kata??





~ Jadi aku jawab dengan muka macho yang tak berbelah bagi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:16 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

W'salam..

Tak perlu percaya pada komen tu kecuali kita kenal siapa yg komen..
nak tahu jugak siapa yang bermimpi.. dan siapa pulak yg dtg dlm mimpi tu..

Sudah byk pertolongan yg Allah zahirkn pd jmh tabligh..

Kerja yg dibuat oleh Nabi saw; mengajak sahabat menghidupkn
amalan masjid 24jam dan mengeluarkn sahabat ke serata alam..

Kerja yg dibuat oleh jmh tabligh; ??? (jwb sendiri dgn hati yg ikhlas)
Terima kasih kerana sudi bermuzakarah.

Wallahu alam.




~ beliau jawab lagik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:27 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Terima kasih tuan...

InsyaAllah saya akan meneruskan pembacaan kitab Fadhail Amal seperti sediakala. Kerana yang saya pasti selepas istiqamah baca kitab tu hati saya suka pada agama. Saya seronok baca Al Quran.

Tetapi setelah saya tidak baca kitab tu, solat 5 waktu pun dah tak terjaga.

Salah saya kerana mudah percaya pada orang.




~ aku jawab balik walaupun dah tak semacho tadi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:31 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Tambah korban lagi.. kalau blm 3 hari, klr 3 hari..
kalau blm 40 hari, klr le 40 hari..

doa utk saya & klrga agar Allah kekalkn dlm usaha ni..

http://youtu.be/lfzc2r-KRf8
(bayan mlm mgu baru nie..)

tkasih..




~ tetiba dia email balik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:39 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Maaf tuan, mungkin saya terlalu kotor itu sebab saya tak terpilih untuk keluar.

Saya bergelar isteri dan ibu. Saya sudah ikram suami saya untuk keluar
tapi suami saya tidak berminat dgn usaha ini. Malah saya sudah terangkan kepada
abang saya tentang usaha ini dan abang saya telah pergi ke SP untuk mengetahui lebih
lanjut lagi tentang JT tapi tengok gayanya dia seperti tidak berminat.
Abang saya pengerusi surau di taman tempat tinggal kami.




~aku dah terlelap.. malamnya sebelum isyak aku jawab..
(aku puasa 6.. jadi lepas maghrib balik makan nasi..)

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 8:29 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

ohh puan rupanya..

teruskan buat taklim di rumah.. tentukan masa yg tetap setiap hari
agar majlis dapat dibuat dengan istiqomah.. jaga adab² dlm majlis
http://amanahdarikekasihku.blogspot.com/2012/03/taklim.html

jgn lupa doa pd Allah terutama pd waktu mlm dan setiap kali lps
habis taklim agar Allah buka jln utk agamanya yg benar.. jgn doa
agar dpt klr ikut tabligh, tapi doa supaya Allah bawa kpd jln Nabi
dan sahabat..

wallahua'lam..





kesian.. kadang² ada suami yang nak berubah jadi baik, isteri pulak taknak.. yang ni isteri nak berubah, suami yang taknak.. alhamdulillah aku diberi Allah isteri yang sama² nak berubah.. walaupun belum 100%.. ahaks..

insyaAllah 8 September ni anibesari nikah aku dan isteri untuk tahun ke 17.. doa untuk kami supaya Allah kekalkan kami dan zuriat dalam usaha agama.. dan bahagia selamanya di dalam jannah.. dan anibesari kali ni insyaAllah akan disambut dengan aku keluar 3 hari di jalan Allah..

duit biru Mus'ab ambik..
duit merah bagi kat abah ek..