Sunday, July 29, 2012

10 malam bertarawih..

malam pertama..
masjid aku punya la ramai orang.. macam ada pesta buah-buahan keramaian.. aku memang dah bajet pegi masjid kena naik motor.. kalau naik kete.. alamatnya xde parking..

masjid aku buat tarawih 8 rakaat je.. sebab buku catatan amal dah penuh ada majlis tazkirah.. jadi aku & the gang mesyuarat untuk sambung tarawih masa orang tengah buat witir.. ada lebih kurang 7-8 orang join kami termasuk Bangla.. buat pun kat kaki lima masjid dan tak ganggu jemaah masjid.. ngam² je orang masjid habis witir + selawat + doa dan ustaz baru nak stat ceramah, kita orang pun dah habis tarawih lagi 12 rakaat..

lepas tu aku dan beberapa orang kawan masuk dalam untuk duduk dalam majlis ilmu.. dapat la lagi pahala 1000 rakaat solat sunat..

malam kedua, ketiga & keempat..
aku & the gang keluar 3 hari.. masjid tempat keluar tu dalam kawasan Wilayah Persekutuan.. jadi solat tarawih 20 rakaat.. settle.. satu kawan aku yang tak keluar sebab dah keluar 3 hari masturat minggu sebelumnya, meneruskan tarawih 12 rakaat dengan para Bangla..


malam kelima..
jeng jeng jeng.. petang tadi aku dengar sorang kawan aku kata, ada orang sound dia apasal solat asing²?.. bila aku dengar je, terus rasa nak marah.. bukan nya kitaorang kacau orang lain.. lagi pun kita solat bukan masa ustaz tengah ngajor.. nasib baik baju aku tak terkoyak macam incredible hulk.. dan nasib baik incredible hulk terkoyak baju je tapi seluar tak terkoyak..

tetibe.. aku teringat pesan ulama masjid Sri Petaling yang aku tulis dalam entri sebelum nih..
"kalau masjid di tempat kita buat 8 rakaat sahaja, kita sempurnakan lagi 12 rakaat di rumah.."

dan sebenarnya ada tambahan sikit atas pesanan tu..
"kita boleh ikut imam solat witir 2 rakaat tu dengan niat solat tarawih.. yang witir satu rakaat tu pun boleh diniat tarawih dengan kita tambah satu lagi rakaat lepas imam bagi salam.. tapi kalau nampak pelik kepada orang jahil yang tak tau, yang satu rakaat tu niatkan solat sunat biasa saje dan tak payah tambah rakaat.."

jadi kitaorang mesyuarat.. malam ni selesaikan tarawih 12 rakaat dengan jemaah masjid.. tapi yang kantoinya.. sorang kawan aku yang bangun untung tambah satu lagi rakaat tarawih, dia solat kat saf pertama dan kanan sikit je dari imam.. nye pun adoiii.. mesyuarat lagi.. dan dia pun tahu kesilapan tu.. so lain kali solat yang last tu kat belakang² sket..

lepas tu duduk dalam majlis ilmu.. lepas majlis ilmu, aku & the gang sambung lagi 8 rakaat tarawih dan 3 witir..

dan lagi.. disebabkan keuzuran isteri.. ikatan kain masih dapat dikawal ketat.. huhu..  (tak baik tulis camni.. nanti dibaca oleh budak² yang masih belum mengenal erti kehidupan..)


malam keenam..
aku ke masjid Sri Petaling sebab ada mesyuarat mingguan.. macam biasa lepas isyak tarawih 20 rakaat + 3 witir.. imam baca 1 juzuk quran.. habis solat dalam 10.30 malam.. kena tunggu kawan aku pulak sebab dia pergi join solat tarawih yang baca 3 juzuk yang dibuat berasingan dalam bilik lain.. dia habis dalam 11.30 malam.. lepas tu kawan aku kata, dalam bilik di madrasah diorang buat satu malam 5 juzuk dan habis dalam 12.15pagi.. perghhh.. dalam zaman manusia yang dah ambik mudah dan bersantai² dalam agama ni, ada lagi manusia yang sanggup bersusah payah untuk tunjuk kesungguhan di depan Allah.. aku tak mampu..

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya, Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

malam ketujuh dan kelapan..
aku diserang selsema dan sakit kepala.. mudah²an jadi kafarah dosa yang menimbun ni.. lepas habis tarawih 12 rakaat di masjid, aku tak duduk dalam kuliah ustaz.. balik rumah dan sempurnakan 8 rakaat tarawih dan 3 witir.. lepas tu baring sambil layan tab yang aku baru beli.. oppsss.. aku pulak kantoi..

malam kesembilan..
patutnya aku ke masjid Sri Petaling untuk menghadiri malam sabguzari.. tapi kepala masih berat.. jadi aku buat macam semalam gak.. (alasan je tu.. boleh pulak update blog..)


malam kesepuluh..
malam ni la.. mana tau lagi hidup ke mati.. tapi dah tau dah.. akhirnya mati jugak.. persediaan? adoi.. ciput sangat.. dunia masih bersarang dalam hati.. camne pun usaha kepada kebaikan kena diteruskan.. semoga Allah terima dan mudahkan.. amin..

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bahawa seorang pemuda telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
"Wahai Rasulullah, siapakah insan yang paling baik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang usianya dan baik amalannya." Pemuda itu bertanya lagi, "Maka siapa pula insan yang paling keji?" Baginda menjawab, "Orang yang panjang usianya namun jahat pula perlakuannya".
(Riwayat At-Tarmizi)
dan fasa awal ramadhan dah nak tamat ni.. jom le kita sama² muhasabah diri sendiri.. banyak mana air mata dah dialirkan didepan Allah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

wallahua'lam..



Thursday, July 19, 2012

Tarawih & Ramadhan..


Pesan ulama masjid Sri Petaling pasal solat Tarawih;
  • setiap amal ada keistimewaannya tersendiri.. contohnya berdakwah, solat sunat dan lain-lain amal.. tidak patut mengorbankan terus satu-satu amalan kerana hendak buat amalan yang lain.. begitu juga dengan solat tarawih..
  • keempat-empat mazhab ahlus sunnah bersepakat bahawa solat sunat tarawih itu tidak kurang dari 20 rakaat.. bahkan dalam mazhab Maliki, solat Tarawih adalah sehingga 36 rakaat..
  • semasa Saidina Umar r.hu menjadi khalifah, beliau telah mengumpulkan semua sahabat yang bersolat Tarawih untuk bersolat di bawah satu imam dengan 20 rakaat.. tidak ada seorang sahabat pun yang membantah keputusan Saidina Umar r.hu..
  • biarlah apa pendapat orang lain pasal solat Tarawih.. yang penting kita sendiri kena sempurnakan 20 rakaat.. kalau masjid di tempat kita buat 8 rakaat sahaja, kita sempurnakan lagi 12 rakaat di rumah.. (masjid/surau yang buat 8 rakaat sebenarnya tidak ambik pendapat ulama muktabar mengenai solat Tarawih.. hanya berpandukan kepada beberapa hadis dan tidak berpegang kepada jumhur ulama ahlus sunnah..)
  • jangan lari dari masjid/surau sendiri untuk bersolat Tarawih di tempat lain.. inilah masanya orang yang tidak biasa datang ke masjid/surau pada bulan selain Ramadhan, akan datang bersolat.. satu peluang yang besar untuk kita sediakan mereka supaya dapat ambil bahagian dalam kerja dakwah..
  • kena tambah korban berbuka puasa di masjid/surau kerana banyak masjid/surau tidak ada solat Maghrib berjemaah di bulan Ramadhan.. insyaAllah bila kita azan, akan ada orang datang berjemaah..
Wallahua'lam..

*****

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat رضي الله عنه  lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Sumber: Kitab Fadhilat Amal @ Fadhilat Ramadhan  (Bab 1 Hadis 1 m/s 1)
Karangan: Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah.a

sori.. line x clear..


Wednesday, July 18, 2012

Berdakwah Tanggungjawab Bersama

Petikan Khutbah Jumaat Negeri Selangor 13 Julai 2012..

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 67:
”Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; Jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya; Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”.

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah daripada menyembunyikan apa juga ilmu dan syariat yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya. Bahkan menjadi tanggungjawab kepadanya untuk menyampaikan Islam dan mengajak manusia mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Ternyata tugas dakwah ini tidaklah terhenti setakat kewafatan baginda rasulllah s.a.w, sebaliknya ia menjadi tanggungjawab kita pula sebagai umatnya untuk meneruskan tugas dakwah ini agar manusia tidak tersesat daripada landasan Allah SWT.


Tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu para pendakwah atau para alim ulama’ sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat. Setiap individu muslim mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam medan dakwah samada mereka sebagai petani, pegawai, artis, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai pemimpin negara. Pendek kata, apa juga jawatan atau kedudukan mereka, tugas dakwah ini sama sekali tidak boleh ditinggalkan.

Hadis daripada Amru Ibn al-Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sampaikanlah apa-apa daripada ku walaupun satu ayat”. (Riwayat al-Bukhari)

Antara cara berdakwah ialah dengan menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik kepada orang lain. Sesungguhnya, budipekerti dan akhlak yang baik adalah merupakan aset penting bagi setiap individu muslim yang dapat dipertaruhkan untuk menarik orang lain menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Rasulullah s.a.w sendiri telahpun membuktikan kepada kita semua, bahawa dengan akhlak yang baik, baginda telah dapat melembutkan hati bangsa Arab untuk menganut ajaran Islam yang disebarkan ketika itu.

Kebaikan akhlak Rasulullah s.a.w ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al- Ahzab ayat 21:
”Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”.

Lantaran itu, untuk membentuk akhlak yang baik pula mestilah dengan usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh. Ini kerana akhlak yang baik tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia melainkan bagi orang yang telah membiasakan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan yang baik. Perkara yang penting juga dalam kita melaksanakan tanggungjawab dakwah ini, mestilah dilakukan dengan penuh berhikmah. Ini kerana apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dalam keadaan berhikmah akan mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-’Imran ayat 159 :
”Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau”.


Menggunakan hikmah dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas dakwah adalah amat dituntut oleh Allah SWT sebagaimana yang dapat difahami melalui ayat di atas. Antara hikmah terbaik yang mampu memberikan kesan dalam tugas dakwah ialah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik serta mampu menyerap kedalam jiwa orang yang mendengarnya. Kerana itulah nabi Musa A.S. telah memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kepadanya lisan yang baik dengan harapan supaya dakwahnya dapat diterima oleh Firaun dan pengikut-pengikutnya.

Doa baginda ini telahpun dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya dalam surah Toha ayat 25-28:
”Nabi Musa berdoa: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku”.


Berdakwah dengan menggunakan perkataan yang baik ini sememangnya dapat dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu Islam yang ada di tanahair kita. Ini kerana masyarakat Melayu Islam kita sememangnya telah terkenal dengan budi bahasa dan kesopanan yang amat tinggi. Justeru, amatlah malang jika budaya yang telah lama tersemat di dalam jiwa masyarakat Melayu Islam kita ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab berdakwah di jalan Allah SWT.

Sesungguhnya tanggungjawab berdakwah adalah merupakan salah satu kewajipan yang termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Oleh kerana itu, perbuatan meninggalkan tanggungjawab ini pasti akan mengundang kemurkaan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 24:
”Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anakanak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suamisuami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul- Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

Justeru, sebagai individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita bersama-sama menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan tugas dakwah yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita semua. Mudah-mudahan usaha dakwah yang kita lakukan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.

“Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka seorang pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah agar mereka bertaqwa”.
(Al-An’am: 51) 

Tuesday, July 10, 2012

Suka Cerita Imam Mahdi / Dajjal?


....antara kata2 maulana abd hxxxx, terlalu banyak bercerita tntang 'kemunculan dajal dan imam mahadi' juga antara yg bleh bawa kpd layani (bicara sia2). Kita kena yakin perkara ni akan berlaku dan tetap akan berlaku seperti yg dijanjikan... tetapi bukan asyik banyak tanya bila berlaku dan asyik kaji tanda2 kemunculannya sahaja....sebaliknya kita kena muhasabah diri, berapa banyak usaha dah dibuat utk menghadapi saat2 ni nanti.

....sebenarnya maksud usaha ni adalah utk menyediakan umat ini menghadapi segala macam ujian Allah dan dpt menempuh ujian Allah dgn keredhaan Allah. Orang yg dpt istiqamah 5 amal jemaah masjid , insyaallah akn terpelihara dari segala macam fitnah dajal dan orang yg boleh korban habis2an shj akan terpilih sbgai tentera mahdi..

...kadang2 ada sesetangah karkun (aku ler antaranya...huhuhuhu) sibuk mengkaji tentang dajal dan imam mahadi, hingga xbuat 2 1/2 jam. Karkun mcm ni dah lari dari maksud usaha ni.

....setiap kurun Allah swt akan turunkn 'mujadid' utk umat ini. Yakinlah, mujadid itu mmg ada dlm usaha ini, utk ikut mujadid zaman ini, ikut sahaja apa yg dinasihatkan oleh elderst di nizamudin. Jgn sesekali lari dari nizamudin dan jgn lari dari markas2 yg dihubungkn dgn nizamudin (jgn keluar ikut jemaah swasta)...

...sebenarnya kalau dikaji kitab2 lama (kitab lama ulama benua hindustan, bukan kitab lama nusantara), nama2 elders kita (maulana elyas) mmg telah tercatat di situ...

....macam mana nak jadi tentera imam mahdi, kalau 4bln tiap2 thn pun xbleh keluar, 8jam setiap hari pun xbleh keluar (aku jugak ler ni....)

...xpayah tanya siapa dia imam mahadi dan bagaimana dia akan muncul. Cukup dgn jaga 5 amal.

(aku xcatit apa yg dimuzakarahkan, so tu sekadar yg aku ingat ajer ler....yg penting, kesimpulannya....kita kena tambahkan korban lagi dan lagi supaya Allah bg faham ... semalam lembu dah terkorban, ...kita ni bila lagi.....).

oleh hairere shuib. @ 11/11/2011


*****

Doa di dalam tahiyat akhir sebelum memberi salam..
Ertinya: “YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal.” (HR Muslim 1276)



Monday, July 02, 2012

A Famosa, Alor Gajah, Melaka

Sabtu & Ahad lepas (30 Jun & 1 Julai 2012) pegi bercuti dengan family..

persekitaran..
mandi & manda..
beli & belah..
(aku tunggu dalam kete aje..)
bersama keris resakse..
masjid jamek Alor Gajah..
sekian..