Friday, September 09, 2011

16 Tahun Telah Berlalu

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah..

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." ~ Yasiin ayat 36.

Semalam (08 September 2011) adalah hari ulang tahun ke 16 aku nikah ngan isteri aku.. pejam celik pejam celik.. kejap je dah 16 tahun.. sehinggalah satu hari nanti akan pejam tak celik-celik.. insyaAllah..

dan mudah-mudahan isteri aku ni akan jadi isteri aku jugak kat dalam syurga nanti.. amiiin.. (weii.. kata amin la..). 500 tahun tuu tunggu aku dalam syurga dengan bersolek.. dan bila aku datang lepas 500 tahun, lu tak payah pikir la apa nak buat.. nya.. pun.. adoii..

tapi yang tak bestnya, isteri aku cakap nanti dia nak halau semua bidadari-bidadari syurga.. perghh.. sebab kat dunia dulu dia yang kena bersusah payah terutama bila ditinggalkan masa aku keluar di jalan Allah..
err.. but don't worry.. I'll find the way, insyaAllah.. heheh..

16 tahun bukan la masa yang pendek.. banyak gak ujiannya.. dan rasanya isteri aku banyak bersabar dengan perangai aku.. terima kasih lah ye.. dan terima kasih lagi sebab sanggup mengandungkan dan dimengandungkan dan termengandungkan zuriat keturunan aku.. nya.. pun.. adoii..

"Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?" Al Waqiah 62-64.

setelah 16 tahun

dan seperti biasa..

tiba- tiba..

aku rasa..

sekonyong-konyongnya..

aku..

malas nak menaip..

mungkin sebab tak ada idea atau dah mengantuk..

tak macam hamka keretamayat yang banyak idea dan suka manaip panjang-panjang..

jadi.. nya.. pun.. adoii..

aku copy & paste je entri yang dulu..

kwang kwang kwang..

**********************************************************

Kalau ikut tarikh masehi, hari ni ulang tahun aku nikah dengan isteri aku. Kalau ikut kalendar hijrah dah lepas pada 12 Rabiulakhir 1416. Aku nikah pada 08 September 1995 bersamaan dengan hari Jumaat, lepas solat Asar kat masjid Al Faizin, Taman Desa Jaya. Aku ngan isteri dari taman yang sama. Kira kawin dengan orang sekampung la ni.

Ni kad jemputan. Jemputlah datang.
Tapi kena naik 'time-machine' la. 'Back to Future' ke, 'Voyager' ke.. dan yang seumpamanya.
Kalau naik kereta-kereta biasa ni tak sampai nye..


Biasa la..
Yang kiri tu jemputan ke rumah pompuan, 10 September 1995.
Yang kanan tu rumah lelaki, 17 September 1995.

08 September 1995 - Majlis penyerahan tugas.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Antara soalan yang ditanya oleh Pak Imam; 'Kau dah besunat?'

Lepas nikah ada jamuan sikit kat rumah pompuan.
Lepas makan semua orang balik termasuk aku. Tu yang aku tak puas hati. Kan aku dah nikah tadi?

Ha.. ni kenduri kat rumah pompuan.
Bila kenduri-kendara ni yang sibuk budak-budak dan makcik-makcik.
Pakcik-pakcik lepak kat tepi sambil sembang-sembang dan hisap rokok.
(gambar isteri aku tu aku purdahkan untuk keselamatan.)
Kenduri hari Ahad. Hari Isnin aku bawa isteri aku lari ke Langkawi. Naik bas tu.. dari Puduraya. Jumaat baru balik. Masa tu surat nikah pun tak siap lagi.

Ni kenduri kat rumah aku. Nampak letih sikit.
(gambar isteri aku purdahkan sekali lagi.)

**********************************************************


ni Ampang Park.. tempat aku;
~ kenal dunia sedang aku dalam kejahilan..
~ kenal isteri dan ada jodoh hingga kini..
~ kenal usaha Nabi dan diberi hidayat oleh Allah..
sekian.. nya.. pun.. adoii..








FB comments (updated @ 10 Sept 2011);

    • Abu Saad Tahniah..!!Hepi aniversary bro..
      Jauh perjalanan Luas pemandangan Ramai beranak Roti hijau dilupa jgn :)



    • Azhar Jaafar roti hijau dilupa jangan.. nya.. pun.. adoii..


    • Azhar Musa selamat ulangtahun kepada tuan.. moga doa tuan berjumpa isteri di syurga dimakbulkan.. dan moga isteri tuan di beri kekuatan untuk menghalau bidadari-bidadari tu semua jauh2.. amin...


    • Azhar Musa tak aminkan ker wak..


    • Azhar Jaafar amiinn.. ya rabbal a'lamin.. dan ya Allah.. biarlah isteri Azhar Musa halau bidadari² beliau jugak ya Allah..


    • Abu Saad bidadari tu dihalau,nanti dia dtg balik..he heh


    • Farid Ismail hebat2 tuan...


    • Azhar Jaafar macam nyamuk ye..


    • Abu Saad Nanti Allah layan org umah ko dlm syurga dgn emas dan permata,dia lekalah jap...leka tahun akhirat tau!!ms tu la gi ziarah bidadari2 lain..he heh


    • Azhar Jaafar ♫.. laa la la la laa.. ♫..


    • Hairere Shuaib kalau isteri halau semua bidadari2 tu.... alangkah ruginya... 70ribu weiii :)


    • Ahmad Nurulhadi ‎70 ribu tu baru 1 katil, ada 69 katil, 69 bilik lagi


    • Faizul Fadzil Ganaz betul karkun2 zaman skang, tak pe2 ihtisab mau ada.. Happy Annivesarry to Purana Sathi Azhar and Wife.. 16thn tu.. Boleh buat jubli Perak..


    • Taufik Bin Ishak Taniah Tuan, shahdunya....anak dua tahun sekali. Alhamdulilah...doakan saya juga di petang Jumaat ni.