Tuesday, June 21, 2011

Siri Wajib Tonton & Wajib Lakon

Selagi hidup insyaAllah kita akan berpeluang menonton beberapa siri kematian.. siri² ni semua akan berakhir untuk tontonan kita bila kita sendiri yang menjadi pelakon utamanya..

jalan bahagia atau jalan duka?

Kakak ipar aku (kakak kpd isteri), tlh meninggal dunia 9.40mlm kelmarin
(19/06/2011) di hospital selayang kerana kanser. Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumikan semalam (20/06/2011) di tanah perkuburan Tmn Ehsan, Kepong.

Allahyarham meninggal pada usia 42 tahun dan meninggalkan suami tercinta beserta 4 orang anak yg berusia 12 hingga 20 tahun. Nampaknya isteri aku dah kena ambik tanggungjawab tambahan 4 orang anak lagi sebab hubungan keluarga yang rapat dan kedudukan rumah yang berhampiran.

Al kisahnya.. Allahyarham juga di antara orang yang 'merekemen' aku pada isteri aku dulu.. Suami Allahyarham adalah senior aku masa kerja kat bank dan bla.. bla.. bla..

Sama² kita mensedekahkan fatihah & ayat² al quran kpd Allahyarham.. al Fatihah..

mati adalah pasti.. hidup insyaAllah..