Monday, May 30, 2011

Membeli dan Membelah

Pada suatu malam.. selepas isyak..
minggu terakhir bulan Mei 2011..
bersama budak² madrasah yang cuti..

makanan ruji ke 3..

dipilih.. dipilih..

membeli..

dan membelah..



Thursday, May 26, 2011

Home Formula - Produk Kesihatan

Aku nak promote sikit bisnes rakan seusaha.. Nama tokeynya korang tanya la sendiri.. Baru ni aku keluar kat Bangladesh, aku jumpa dia kat sana.. keluar 4 bulan Bangladesh.. mujahadah benar la pada aku kalau 4 bulan di Bangladesh saja..

******************



Pendahuluan

Ramai ahli fikir berpegangan yang alam ini dijadikan daripada empat unsur utama - apianginair dantanah. Segala sesuatu yang terdapat di atas langit, di antara langit dan bumi dan di bawah bumi, semuanya hanya berunsurkan kepada empat elemen tersebut sahaja.

Sementara apa sahaja yang manusia pakai, guna, makan, minum dan sekitarannya, dari dahulu hinggalah sekarang dan sampailah akhir nanti, semuanya berasaskan kepada yang empat itu juga. Malahan jasmani manusia itu sendiri secara keseluruhannya dibentuk daripadanya.

Ada yang berpegangan lebih jauh lagi, iaitu secara rohani semua manusia baik yang lelaki atau wanita juga dipengaruhi oleh api, angin, air dan tanah.

Bagaimanapun ahli falsafah Islam membataskan perkara ini kepada alam sekeliannya sememangnya dijadikan Allah berasaskan kepada empat unsur tersebut, makanya Allahhuakbar di dalam azan diseru empat kali. Ini bermakna Allah Maha Besar - lebih besar daripada keempat-empatnya.

herbapilihanSementara kami di Home Formula berpegangan sebarang bentuk perkara atau benda yang asli, kurang diproses dan tradisonal yang hampir dengan api, angin, air dan tanah memberi banyak munafaat kepada manusia manapun. Oleh itu kami mengeluarkan produk suplemen dan perubatan tradisional yang tidak menggunakan sebarang bentuk bahan awet tiruan, warna atau perasa daripada kimia dan ekstrak binatang.

Ini kerana bahan-bahan berkenaan mendatangkan banyak kesan sampingan yang negatif pada kesihatan dan amat disyaki kesuciannya.

Dan kami berpegangan makanan itu sendiri adalah ubat.

sikattkDan kami juga mengeluarkan peralatan yang dihasilkan daripada bahan-bahan asli seperti kayu dan tanduk binatang untuk kegunaan harian menggantikan plastik dan keluli.

azimatqhOleh kerana manusia juga mempunyai unsur-unsur yang berkaitan dengan ruh, kami di Home Formula juga mengusahakan produk untuk menangani masalah rohani yang tidak dapat diatasi dengan sekadar makan, minum atau sapu sahaja. Produk seperti ini terbukti keberkesanannya kerana dihasilkan berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran dan al-Hadith yang soheh yang dikenali sebagai azimat.

Selamat mencuba dan terus menggunakan produk Home Formula.

Untuk lihat produk²nya, KLIK KAT SINI atau KAT SINI..



Wednesday, May 18, 2011

Hati Seorang Perempuan part 2

Ada part 2.. macam drama bersiri la pulak..

sambungan dari entri yang lepas.. hari ni bini orang tu inbox lagi ke FB bini aku..
"salam kak, ini berita terbaru dr saya. suami saya dah menikah pd 17 may semalam di dot dot dot (tempat aku rahsiakan), saya dah dpt terima semua nya tp ianya mengambil ms utk saya menghilangkan kesedihan sy ini skrg. terima kasih atas nasihat kak kemarin dulu ini semua dah ketentuan dr ALLAH"
habis madu..
sepah maharajalawak jangan dibuang..

dan bini aku jawab pulak.. (x lama lagi jadi pakar motivasi la tu..)
"w'salam..akak harap awak dpt trima segalanya dgn redho..mungkin ada hikmahnya. Selalu dekatkan diri pd Allah dgn byk berzikir dan baca quran..insyaAllah mungkin dgn cara ini dpt mengubati hati. Sesungguhnya Allah akan memberi ujian kpd hambanya yg Dia tahu mampu menghadapinya..Allah Maha Adil, dgn cara ini Allah meningkatkan darjat awak. Semoga awak dan anak² sentiasa dlm peliharaan Allah..amin."

ohh.. sungguh sadis.. kesian la pulak..
semoga Allah tak menguji bini aku macam tu.. aminnn..
weii.. korang katalah amin.. mesti bini aku suka ngan korang.. heheh..

*untuk makluman bini org tu dah ada 6 anak..



Saturday, May 14, 2011

Hati Seorang Perempuan

‎~ Ada bini org inbox kat FB bini aku.. (bukan bini aku yg inbox kat FB bini org lain..)
"salam kak, maaf saya ni memang x kenal kak tp nak minta pendapat kak, laki saya dah ada hajat nak kawin lain dan calon nya pun dah ada , sekarang saya dlm dilema walaupun ya, di mulut saya menerima keyataan tp dalm hati masih kata tidak, tolong bg nasihat kpd saya.."
berat mata memandang..
~ Bini aku tanya pendapat aku.. ntah, aku pun tak tau..

Tapi Nabi SAW kawin banyak hanya lepas Khadijah r.ha. meninggal.. Ali r.hu nak kawin dua masa Fatimah r.ha hidup & Nabi SAW kata lebih kurang maksud; "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Sesiapa yang menyedihkannya adalah seperti menyedihkanku.." menyebabkan Ali r.hu tak jadi kawin sorang lagi.. dan antara isteri² Nabi, hanya Aisyah r.ha aje yang dinikahi ketika masih anak dara.. dan lagi.. kesemua pernikahan Nabi adalah dengan maksud mengembangkan agama..

Tapi hadis² ni bukanlah sebagai satu hukum.. Hukum poligami adalah seperti yang telah diberitahu oleh ulama.. Cuma aku pernah duduk dalam majlis ustaz yang cerita bab poligami secara detail.. antara kebaikannya adalah menghindarkan zina dan membantu ibu² tunggal.. dan pada pendapat aku tanggungjawabnya memang berat.. dan tak payah la nak buat kalau tak belajar hukum.. Wallahua'lam..

ada sanggup?

~ bini aku akhirnya jawab kat bini org tu..
"w'salam..maaf lmbt reply sb akak khidmat masak utk jmh 4b yg bru blk dr Arab Emerate..errmm sebenarnya akak pun xtau nak bg nasihat aper..cuma akak minta awak byk bersabar dan doa minta Allah bg kekuatan utk menghadapi segala kemungkinan. Hati2 manusia ni di tangan Allah. Berdoa, merayu, merintih dan menangis la depan Allah..sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan dan rayuan hambaNya. Manusia merancang, Allah juga merancang..tetapi hanya perancangan Allah shj yg berjaya. Jadi jgn putus asa dgn Allah..sentiasa sangka baik Allah menerima doa kite."
"Akak nak bg doa pelembut hati (utk kasih sayang)...Surah Ali-Imran, ayat 200, baca dan tiup pd ubun2 suami...insyaAllah semoga kasih suami hanya pd isterinya yg sorang ni jer...amin"

~ uhh.. bermakna.. ubun² aku dah kena tiup.. perghh..


*bini adalah perkataan lain bagi isteri, ahlia, orang rumah & mak andeh. Harap bersabar maklum..



Monday, May 09, 2011

Kisah dot dot dot


Subuh itu.. adalah hari ke tiga..
Solat kami diimami oleh seorang ustaz dari kariah surau itu.. Ustaz itu kelihatan memanjangkan apa yang disuruh dipendekkan dan memendekkan apa yang disuruh dipanjangkan..*

Lepas solat dan wirid.. ustaz yang telah pun senja umurnya berkata; "Pagi ni ambo nok ceramoh sikit.. biaso tok rama ore.. pagi ni rama ore.. jadi sedap sikit la ambo nok ceramoh.."

"Kito ni idup tok lamo.. pakat² nok mati doh sumo ni.. Jadi ambo nak tazkirah bab mati.. sekadar peringate buak kito semuo.." Di tangan ustaz ada sebuah kitab.. Lalu beliau membaca sepotong ayat quran yang maksudnya 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasi mati'.

Sambung beliau; "Ambo ni buke apo.. cumo nak nasihak kak diri ambo sendiri.. walaupun ambo ni kecek kat depe tuan².. tapi ambo nak ingatkan diri sendiri.."

Isi ceramah seterusnya..
  • orang nak berdakwah kena ada ilmu
  • sebelum cakap pasal kalimah Laailahaillallah kena belajar sifat 20 dulu
  • anak saudara ustaz jadi gila bila ikut dakwah sebab tak belajar ilmu
  • ada orang dakwah tampar bini bila bini tak setuju ditinggal 41 hari.. (tertib 41 hari ni aku kurang pasti tertib jemaah mana..)
  • ada orang dakwah beri salam dekat rumah orang.. dan isteri yang keluar sebab suami tiada di rumah.. dan tengok isteri orang cantik.. dan anu jadi keras.. dan keluar air mazi.. dan kena pada kain.. dan tak sah sembahyang
  • orang dakwah kena belajar istinjak
  • ada orang dakwah kata ustaz syirik sebab tak keluar berdakwah
Isi ceramah berkisar mengenai perkara di atas selama 30 minit.. 

Ahli jemaah subuh yang hadir adalah lebih kurang 20 orang (15-16 orang ahli jemaah aku yang sedang keluar 3 hari di surau tersebut & 4-5 orang ahli kariah surau..). Ada yang mengangguk².. ada yang menggeleng² dan ada yang mengepal² penumbuk..

Kemudian..

Ustaz membaca satu hadis berkenaan maut dari kitab yang ada di tangannya itu.. dan majlis diakhiri dengan doa kifarah majlis dan surah wal A'sri 5 minit selepas hadis tersebut dibaca..

Kesian Sekian cerito ambo.. doa hidayat..


*memanjangkan kain sehingga menutup buku lali dan memendekkan janggut sehingga kurang dari segenggam



Tuesday, May 03, 2011

Kelmarin, Semalam

Kelmarin Punya Kelmarin (29 April 2011)
Lepas solat Jumaat, gi ambik anak pompuan aku kat madrasah alimah Sri Petaling.. cuti 2 hari..

Kelmarin Punya Semalam (30 April 2011)
Jemaah masturat 5 pasang dari Klang Selatan datang ke FRIM, Kepong.. Jadi pagi² hari sebelum jemaah datang aku pergi tengok² apa yg patut kat rumah yang nak terima jemaah tu.. maklumlah.. first time terima jemaah.. pasang tirai, tikar, speaker system utk bayan dan lain²..

rumah 7 bilik tidur + 4 jamban

11pagi.. pegi madrasah hafiz kat Dengkil pulak.. ambik anak lelaki aku.. cuti sehari je..

Asar hga Isyak - bawa isteri nusrah jemaah masturat yang datang..

Lepas Isyak ke rumah mak di jalan 43, Desa Jaya.. (rumah aku jalan 23, Desa Jaya).. Semua adik-beradik aku berkumpul dan ada makan².. jamuan untuk besday aku la pulak.. kui kui kui.. aku beli satay & diorang beli kek..

spy umi nya masa ambik satey..

seb baik x tiup lilin..
Kelmarin (1 Mei 2011)
Lepas sarapan, bawak anak² bershoping dgn tujuan mengempiskan poket..

dan memenuhkan perut..

no 5 & 6..

no 1..
Lepas Zohor ada kenduri kawen kat Taman Ehsan, Kepong.. dan lepas Asar hantar anak² balik madrasah..

Lepas Isyak ada kenduri kawen lagi.. kat Sri Damansara pulak. ok jugak.. orang kawen, kita makan.. sesapa yang belum kawen tu cepat² la kawen.. best wo kawen..

ada live band la pulak..
nyaris² aku nak merampas mike..

Semalam (2 Mei 2011)
Hari ni kebanyakan negeri di Malaysia cuti bersempena dengan Hari Keputeraan aku yang ke 38..

tempat aku diberanakkan oleh mak aku..
2 mei 1973 bersamaan 30 Rabiulawal 1393 (rabu)..
timo kasih mak! susah² yo..
Sebenarnya kalau ikut kalendar hijrah, umur aku dah 39 tahun 2 bulan.. perghh.. maknanya insyaAllah kalau panjang umur pada 22 Februari 2012 akan datang umur aku dah masuk 40!! Waduh.. tua bangat kamu.. eleh korang jangan perasan muda.. cuba cek umur korang kat converter ni..
http://www.islamicity.com/PrayerTimes/hijriconverter1aPartner.htm

Pagi sampai tengahari bawak isteri menusrah jemaah masturat.. Lepas Asar aku dipaksa beri bayan wafsi untuk jemaah ni.. walaupun segala langkah dan buah tepis aku gunakan, masih terpaksa beri bayan..

Maghrib hingga Isyak.. ziarah satu surau di Kepong yang ada ramai karkun supaya diorang dapat hidupkan amalan Dakwah Taklim dan Istiqbal..

Sekian..

*tima kasih la sudi baca posting aku ni.. kadang² terpikir jugak nak berenti berblogging.. tapi tak tau la bila..