Monday, December 20, 2010

Diari Seminggu ++

11/12/2010 @ Sabtu
11am - 2pm; gi ziarah anak lelaki aku kat madrasah di Dengkil..
3pm - 10pm; perhimpunan keluarga belah isteri kat Juta Mines Condo, Balakong.. Ada barbeque, berenang, sukaneka, makan-makan dan bla bla bla..

Dunia sementara..

Renang gaya bebas..

Tukang masak import dari Arab..
Antara hadiah sukaneka yang menjadi rebutan.
Gambar peserta ditiadakan kerana x tutup aurat dgn sempurna..

Acara seterusnya..

Peserta yang kepenatan..
Tertidur sambil makan gula-gula..
..dan sangat malang, malam tu aku tak hadir ke perhimpunan mingguan orang Islam di masjid Bandar Baru Sri Petaling.. Istighfar..

12/12/2010 @ Ahad
12pm - 3pm; kenduri kawin sepupu aku kat seksyen 11, Shah Alam..

Semoga jadi pembantu agama Allah..
17/12/2010 @ Jumaat
3pm; ambik anak perempuan aku yang cuti 2 hari dari madrasah Bandar Baru Sri Petaling..

Bas Victoria Institution kat jalan Sungai Besi..
18/12/2010 @ Sabtu
12.09am; lancar azharjaafar313 punya bloglist.. heheh.. saja suka-suka..
1pm - 5pm; kenduri tahlil & doa selamat kat rumah pakcik aku (adik mak) kat Puncak Perdana.. Ada jemaah 3 hari dari Puncak Alam kat sini..

Dapat tapau makanan sebelum balik..

Tapau ais krim pulak..
6pm - esok paginya; alhamdulillah dapat hadir ke perhimpunan mingguan orang Islam di masjid Bandar Baru Sri Petaling.. Tu pun nyaris-nyaris tak pegi.. Last minit call member & dia pun on the way nak pegi.. Jadi aku dapat le menumpang..


Kompleks madrasah yang sedang dalam pembinaan..


Kedai & pasar selepas jam 10 malam..
Aku jarang-jarang turun ke sini sebab kesan rohaniat akan hilang..
19/12/2010 @ Ahad
8.30am; balik ngan member lain pulak.. sebab member yang aku tumpang semalam tak iktikaf sampai pagi.. (diorang isterikaf aje sampai pagi..)

3.30pm; hantar anak perempuan aku tu balik madrasah..

Asar di masjid Wilayah, jalan Duta

Sempat lagi berposing..
6pm; ziarah abang ipar aku (abang isteri) yang baru balik haji kat Country Home, Rawang..

Tendangan tanpa bayang..
Sekian. Dankeschön..