Tuesday, November 09, 2010

Cerita Taik

Andaikata.. bila balik dari satu perjalanan.. sesampai nya korang kat depan pintu rumah korang.. tersergam indah seketul taik kucing yang masih fresh gaya lakunya.. aroma nya sungguh padat sehingga menghalang hidung korang dari aroma2 dari jenama yang lain..

Jangan tenung!

Apa korang nak buat??

Memekak? "Hoi kucing!! Nak berak pegi jamban la.. Tak sekolah punya kucing!"

Atau.. ambik taik kucing tersebut dan agih2kan di depan pintu rumah jiran2 yang lain dengan semangat kejiranan supaya masing2 dapat berkongsi pengalaman menghirup udara segar yang datang terus dari ladang..

Atau.. pegi carik cangkul dan korek tanah dengan ke dalaman yang sesuai.. Sayugia mengangkat taik kucing tersebut dengan penuh hemah & berdedikasi.. terus menanamnya ke dalam lobang yang korang gali.. kambus baik2 & blah.. jangan pandang belakang!

Atau.. jadi pak pandir..

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Habis cerita pak pandir..

Zaman ni umat banyak buat keburukan yang diumpamakan macam taik tu lah.. dan pilih lah cara mana yang korang rasa sesuai.. apa nak buat dengan taik tuh.. lu pikir la sendiri ramai2..

*Maaf, jika korang membaca entri ni sambil membuat muka ala2 nak muntah..