Wednesday, August 25, 2010

Entri 15 Ramadhan 1431

Huh.. kojap yo dah 15 Ramadhan.. rasa macam x de buat apa2 amal luar biasa pon.. semua amalan2 harian yang biasa je mampu buat.. kalau ada pun solat terawih.. itu pun kadang2 x sempurna gak 20 rakaat.. ye lah.. zaman ni orang pentingkan ilmu.. ye tak? amal tu kira kemudian.. patutnya lagi banyak ilmu, lagi la banyak amal.. (tulisan yang ada unsur2 x puas hati..)

Musim Ramadhan ni masjid2 penuh.. bukan lelaki je yang datang ramai2.. nenek2, makcik2, ah long-ah long kak long-kak long.. berpusu2 ke masjid.. dan memang orang2 pompuan x di larang ke masjid sebab ada hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mafhumnya:
“Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik.." [Hadis sahih riwayat Abu Daud].

Artikel pasal perkara ni boleh baca kat sini.

pompuan

Tapi kan.. ada satu hari di hari raya perkara yang aku selalu terpikir.. Ni pasal iman aku sendiri la.. Aku nak tanya;

Apa perasaan korang kalau ternampak;
1.sorang muslim ke masjid dengan berbaju melayu tapi pakai seluar nampak kepala lutut?
2.sorang muslimah ke masjid bertelekung tapi tak pakai stokin & nampak kaki hingga buku lali?

aku teringat satu hadis yang popular..

Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri رضي الله عنه, sabda Rasululah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.” [Hadis sahih riwayat Muslim]

Pakai tapi nampak.

Jawapan aku untuk soalan aku sendiri.. (jawapan korang aku x tau..)

1.sorang muslim ke masjid dengan berbaju melayu tapi pakai seluar nampak kepala lutut?
~adalah perkara yang SANGAT2 JARANG berlaku. Kalau ada jugak.. insyaAllah aku akan cegah kemungkaran tu bersesuaian dengan iman aku..

2.sorang muslimah ke masjid bertelekung tapi tak pakai stokin & nampak kaki hingga buku lali?
~adalah perkara yang SANGAT2 BIASA berlaku. Sampai aku dah lali sehingga mencegah kemungkaran tu dengan hati pun kadang2 terlupa..

habih cam no?