Saturday, July 10, 2010

Jumaat lepas (02 Julai 2010), aku keluar 3 hari..

Tempat bayan hidayat

10.00pagi.. bayan hidayat kat masjid aku (lambat gilak..). Aku & beberapa kawan yang dah beriktikaf sejak malam tadi (malam Jumaat), terpaksalah tunggu kawan-kawan lain yang datang lambat.. Habih cam no.. dalam hati masih belum ada yakin akan janji-janji Allah.. Kalau di 'offer', siapa datang sejak malam dapat RM1juta.. pehh.. kompom beribu-ribu lemon orang datang awal..

11.30pagi.. sampai di surau tempat keluar... mesyuarat, khususi orang tanggungjawab surau & taklim bermula..

12.30 tghari.. aku nampak sebijik kereta warna hitam masuk ke perkarangan surau dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. Aku mengajak sorang kawan untuk iktilat abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. 


"Assalamualaikum bang!" kata aku..

"Waalaikumsalam.." aku bersangka baik abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung itu menjawab salam..

"Saya Upin, dan ini adik saya Ipin Azhar, kami jemaah 3 hari dari Kepong.. siapa nama abang?" kata aku lagi dengan penuh sopan santun umpama wakil meminang anak dara orang..

"Saya encik Honta (bukan nama sebenar). Ni datang ni minta kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa?" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Sesapa pakai kete Honta, boleh repair kat sini..

Aku pun tanya kat kawan aku "sapa yang korang jumpa tadi?"

"Imam.. tapi dia tengah sibuk bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat.. dah bagitau kat dia pasal jemaah kita.. Kita ada pergi rumah pengerusi, tapi dia kerja.. insyaAllah petang dia ada.." kata kawan aku..

"Kami kat sini dah mesyuarat dah.. jemaah tabligh tak dibenarkan masuk.. nak datang sembayang je boleh.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung  dengan suara agak terketar-ketar macam nak marah..

"Ek eleh.." kata aku (dalam hati je..). "Apa masalahnya bang" kata aku (dengan suara..)

"Jemaah dulu datang buat kotor.. taik cicak pun diorang tak nak kutip.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Ape la.. taik cicak punya pasal pun nak kecoh.. Pandai berak, pandai la cuci..

"Sini orang Islam ramai ke?" kata aku untuk memulakan soalan perangkap dan mengubah topik..

"Adelah.. tapi kami dah mesyuarat dah. Saya bilal kat sini.. jemaah tabligh tak boleh masuk.. Lagi pun bil air api kami bayar sendiri.. bukan ada bantuan kerajaan" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung lagi.

"Ada azan ke.. lima waktu?" tanya aku lagi..

"Maghrib isyak je.. Azan subuh hari Sabtu Ahad je.. orang kat sini semua bekerja.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung. Abang tu pun blah ke rumahnya yang betul-betul disebelah pagar surau..

Adoi yai.. kalau semua bekerja, tak kan tak boleh bayar RM10 sorang sebulan untuk surau.. Kalau cas kat abang ni untuk parking RM1 sehari pun dah dapat RM30 sebulan..

Heheh.. jam yang baru aku beli, sehari sebelum keluar..

1.00 tghari.. kami pegi solat Jumaat di masjid berhampiran..

Solat Asar kami di kaki lima surau.. sebab surau masih kunci.. Lepas tu aku hantar dua orang ke rumah pengerusi surau.. Ok je.. Tak de cakap apa-apa pun pasal taik cicak.. Boleh je buat usaha 3 hari..

Selama 3 hari, azan lima waktu dilaungkan.. Ramai orang-orang dijumpai.. beberapa orang azam untuk hidupkan taklim di surau dan di rumah.. 4 orang azam untuk keluar 3 hari pada minggu ke tiga & nama-nama mereka dah diberi kepada orang tanggungjawab tempatan yang sama-sama dengan kami..

Pada hari ketiga lepas Isyak, di surau, orang tempatan ada buat doa selamat untuk seorang ahli kariah yang baru selamat buat pembedahan jantung.. Lepas tu ada makan-makan.. Orang tempatan ok je dengan jemaah.. boleh sembang-sembang.. tak de keluar pun cerita cicak yang tak mahu cuci taik sendiri..

dan selama 3 hari.. tak nampak pulak kelibat abang Honta.. walaupun kereta beliau tersergam indah di tempat parking surau yang berbumbung.. Semoga Allah beri hidayat pada beliau.. mungkin orang tempatan kena buat doa selamat juga untuknya..

*******

Dan ni cerita lain lak..

Semalam (Jumaat 09 Julai 2010) aku gi tampal beberapa batang gigi yang dah berlubang.. dan harganya lebih mahal dari jam yang aku beli tuuu..

*******

Dan ni cerita lain lagi..

Jangan yakin benda ni.. syirik!

Liga Super malam ni; Selangor lawan Kelantan..

*******

dan lagi.. insyaAllah esok (Ahad 11 Julai 2010) ada bayan masturat di rumah aku oleh jemaah 2 bulan jalan kaki dari Melaka.. jam 5.10 petang.. sapa nak datang boleh datang.. no 22, jalan 23, Desa Jaya, Kepong..