Friday, June 25, 2010

Qunut Nazilah


Aku nak cerita satu tragedi yang berlaku kelmarin (23/06/2010) yang bermula kira-kira jam 10:25 pagi waktu Malaysia dan berakhir kira-kira jam 10.50 pagi, juga pada waktu Malaysia..

Pada waktu itu aku sedang sibuk mengira insuran kereta untuk seorang pelanggan di depan komputer peribadi (PC) aku..

Tiba-tiba.. (on musik saspen cerita P Ramlee..)..

tiba-tiba yang kedua..

Di depan muka aku telah muncul..

bukan budak ni yang muncul.. gambar sekadar hiasan..

Satu pop up di screen PC.. pop up Yahoo Mesengger..

Encik salah sorang dari korang (bukan nama sebenar seperti dalam kad pengenalan Malaysia) ingin bertanyakan satu soalan kepada aku..Ikuti kisah seterusnya..

salah sorang dari korang: salam...

azharjaafar: w'salam..

salah sorang dari korang: cuba ko cerita kat aku...

salah sorang dari korang: betul ke Qunut nazilah tu

azharjaafar: qunut panjang ke qunut pendek..

salah sorang dari korang: ...

azharjaafar: x tau le..

salah sorang dari korang: qunut tu betul

salah sorang dari korang: ...cuma yg ada anjing2

azharjaafar: yg anjing2 tu dengar kat mana?

salah sorang dari korang: kan ada yg selalu org baca doa

salah sorang dari korang: ihzimhum

salah sorang dari korang: kilabik

salah sorang dari korang: apa benda tu

azharjaafar: hancurkan mereka.. kot..

salah sorang dari korang: hancurkan pakatan mereka

azharjaafar: jiwa perjuangan la tu..

salah sorang dari korang: aku nak tanya

salah sorang dari korang: sunnah ke?

salah sorang dari korang: sejarah nabi baca masa jemaah qura' tu

salah sorang dari korang: tapi takkan sekasar tu...

salah sorang dari korang: sebab serba salah nak amin....

azharjaafar: kena tanya ustat..

salah sorang dari korang: awak kan ustaz

azharjaafar: aku bukan ustat..

salah sorang dari korang: maulana??

azharjaafar: alim besar..

salah sorang dari korang: mintak penerangan tuan alim

azharjaafar: tapi aku alim kucing je..

salah sorang dari korang: haha kucing lg alim dari hang

azharjaafar: aku pun belajar dari kucing..

salah sorang dari korang: hehehe
*perbincangan tamat..

Lepas tu aku search kat internet.. dan jumpa;


Qunut Nazilah
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuhdan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:


Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

sumber; JAKIM - Doa Qunut Nazilah

Aikk.. tak de pulak sebut pasal anjing-anjing.. aku search lagi dan jumpa blog nih http://qunut-nazilah.blogspot.com/
.. barula ada sebut pasal itu anjing..


Tapikan.. sebenarnya..
kita tak dapat bantuan Allah..
sebab kita (termasuk aku), tak buat kerja yang jadi sebab dapat bantuan Allah..

kita tak mulia dan jadi hina..
sebab kita (termasuk aku lagi sekali), tak buat kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tak hina..

Bantuan dari langit..

..dan orang Yahudi tak takut kalau kita lebih ramai dari dia walaupun dengan jumlah yang berlipat kali ganda.. "Tak heran den nye.." kata seorang Yahudi dalam loghat nogori.. Tapi diorang ni takut bila orang Islam solat Subuh sama ramai macam solat Jumaat..

..dan lagi pagi ni aku gembira sket bila solat Subuh di masjid aku genap 2 saf.. Anggaran aku 1 saf bersamaan 50 lelaki beriman.. kena tambah usaha lagi..

..dan lagi dan lagi, yang solat di rumah tu sila pakai telekung..

Wallahua'lam..