Wednesday, June 09, 2010

Surah At Taubah 24-27

Masjid - cermin kepada amal umat Islam..

Bahaya 8 perkara..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika

  1. bapa-bapa kamu, 
  2. dan anak-anak kamu, 
  3. dan saudara-saudara kamu, 
  4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, 
  5. dan kaum keluarga kamu, 
  6. dan harta benda yang kamu usahakan, 
  7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
  8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, 
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada

  1. Allah 
  2. dan RasulNya 
  3. dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, 
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(At Taubah; ayat 24)


Jangan yakin majoriti..

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At Taubah; ayat 25)


Kena usaha iman gak..

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At Taubah; ayat 26)


Yang sudah tu sudah le..

Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At Taubah; ayat 27)

Ni ke cara yang dianjur oleh Nabi kepada kita? (ni bukan orang kat sini tapi orang kat tempat lain..)
lebih kurang sama je macam cara puak2 nih..

Ni je caranya..
  1. Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", 
  2. dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), 
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
 (At Taubah; ayat 100)

Wallahua'lam..