Sunday, January 31, 2010

N3 Tak Ada Tajuk..

Pagi tadi; Ahad 31 Jan 2010

Ziarah anak aku Amir di madrasah kat Dengkil. Macam biasa gi berkelah kat Paya Indah Wet Land..

Mardhiah & Muaz aje yang berminat nak bergambar..

 

  

  

  

 



Lepas Isyak.. bulan mengambang..

Ada bunyi serigala.. auuu.. auuu.. auuuuuuuuu..

Aku tiba-tiba bertukar..

Jeng jeng jeng..








Thursday, January 28, 2010

Visa India


Inilah visa India aku. Tarikh start semalam (27 Jan 2010)

 
Close up..

Allah kuasa, makhluk x kuasa..

Atas nasihat orang lama kat tempat aku; aku menangguhkan dulu rancangan nak ke India..

Katanya;
  1. Kau tu tak 100% sihat lagi. Penyakit masih ada dalam badan.
  2. Nak safar naik train makan 2-3 hari.. berdua je pulak tuh..
  3. Sekarang ni musim sejuk di Delhi (9'C - 15'C).
Walaupun ikut kepala aku yang 'agak' josh ni, aku nak redah je.. Tapi kadang2 kena jugak ikut nasihat orang lama yang banyak korban dan istiqomah dalam usaha agama.. Aku kira orang yang banyak korban ni Allah beri lebih kefahaman dalam agama..

Jadi tadi aku mesyuarat panjang dengan kawan yang sama2 nak ke India tuh.. Akhirnya keputusan dibuat dengan berat hati.. kami tangguh. InsyaAllah ada rezeki 15 Sya'ban ni cuba lagi..

Semoga Allah terima dan kembalikan umat ni pada kerja dan maksud sebenar kita dihantar oleh Allah. Hidayat untuk umat seluruh alam.. Amin..



Tuesday, January 26, 2010

Kisah 40 Hari India

Babai abah..


16 Jan 2010 (Sabtu)
Ohh indah nya hari ni yang dicipta Allah. Aku dalam persiapan terakhir nak khuruj 40 hari.. Gembiranya hati, Allah aje yang tahu. Jam 6ptg- 2 orang kawan datang dan bawak aku ke masjid Sri Petaling..


Dihantar ke Sri Petaling..

17 Jan 2010 (Ahad)
Aku dibangunkan Allah pada Subuh tu dengan satu perasaan yang pelik.. Pelik sebab aku rasa badan aku sangat2 tak sihat.. badan berat.. kepala sakit berdenyut2.. apahal pulak nih.. Aku gagahkan solat Subuh berjemaah dan sambung tidur..

Jam 9 pagi - aku dapati badan aku demam giler.. badan je demam tapi otak tak giler.. sambung lagi tidur sampai tengahari.. solat zohor.. sambung tidur.. solat Asar..

Lepas Asar tak tidur.. Lepas maghrib tidur.. lepas isyak tidur.. malam tu betul2 tak best.. kenapa aku demam sangat2 nih.. aduss. ni kes banyak dosa la nih..

18 Jan 2010 (Isnin)
9.30 pagi - belasah panadol 2 bijik dan duduk dalam bayan hidayat. Macam nak tumbang je rasa. 12tgh dengar nasihat syura Malaysia dan bersalaman untuk keluar di jalan Allah.. Aku yang berdua aje nak ke India, terus ajak member aku tu ke klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong..

Cek darah.. doktor kata denggi.. Platlet darah aku 123 (normal mesti lebih 150).. Dr suruh aku minum air banyak2.. esok datang lagi cek darah.. Aku pun balik rumah mak..

"Mak.. orang demam arr.."

"Alahai anak omak.."

Aku call wife aku.. dia kata demam jugak. ahh.. lagi tak best.. fikiran aku serabut sikit..

19 Jan 2010 (Selasa)
Aku ajak wife sama2 ke klinik.. platlet darah aku dah jadi 95 la pulak.. tapi tak boleh masuk wad sebab belum bawah 50.. wife pun confirm denggi jugak.. Allah je yang tau hati aku masa tuh..

20 Jan 2010 (Rabu)
Test darah lagi.. kali ni platlet aku 42.. kena masuk wad.. Ambulance hantar.. Hospital Selayang.. mula la terbayang2 kubur..

Denggi ni tak ada ubat khas.. kena masuk air je lah tak putus2..


 Kem tahanan..

21 Jan 2010 (Khamis)
Aku masih di wad.. hidup lagi.. Wife masih bertahan..

22 Jan 2010 (Jumaat)
Wife aku pulak masuk wad.. Anak2 terpaksalah mak jaga..

"Alahai cucu nenek.."

23 Jan 2010 (Sabtu)
Aku dan wife.. di wad..

24 Jan 2010 (Ahad)
Aku boleh balik..

25 Jan 2010 (Isnin)
Wife aku pulak balik.. Syukur pada Allah.. masih memanjangkan usia kami.. mudah2an dapat digunakan sebaik2nya untuk agama Allah...

Fight aku ke India dijadualkan 27 Jan 2010. Kawan aku pergi submit permohonan visa hari ni.. (25 Jan). Cadangnya kutip visa 26 Jan dan terbang 27 Jan. Itu perancangan aku dan kawan..

Tapi perancangan Allah.. yang hanya pasti berlaku.. Kedutaan India tutup pada 26 Jan sebab India ada cuti kat negara dia.. mana la aku tahu India cuti.. Jadi hanya boleh kutip visa pada 27 Jan belah petang sedangkan flight aku pagi.. tiket air asia tak boleh pinda tarikh pulak tuh..

26 Jan 2010 (Selasa)
Akhirnya aku masih di sini.. mengadap PC.. mengupdate blog..

Bangawali Masjid.. tetap di hati..



Sunday, January 17, 2010

Takaful Kenderaan Bermotor


1. Dokumen yang berikut;

* Kad Pendaftaran Kenderaan (muka depan dan belakang)
* Polisi Insuran terdahulu (muka depan sahaja)
* Nyatakan jumlah perlindungan (sum insured) yang dicadangkan

email ke ikhlas114@yahoo.com atau faks ke 0362721220


2. Saya akan maklumkan harga yang perlu anda bayar.

3. Buat pembayaran ke dalam akaun MBB 162553011111 .

4. Cover Note baru anda akan dikeluarkan serta-merta, insyaAllah.

5. Road Tax Disk* akan dihantar ke alamat anda (pilihan).


*Kenderaan persendirian sahaja termasuk kenderaan persendirian milik syarikat (kecuali motorsikal). Penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia. InsyaAllah siap dalam 1 hari. Cas perkhidmatan RM 2 sahaja.



PERHATIAN TAMBAHAN

~Anda tidak akan kehilangan NCD% terdahulu jika anda bertukar ke Takaful Ikhlas.

~Jika anda membeli kenderaan baru dan ingin menggunakan Takaful Ikhlas sebagai penginsuran kereta anda, hubungi saya melalui telefon atau email.

~Sila pastikan kenderaan anda tidak di senarai hitam oleh PDRM atau JPJ.

~Pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd tidak lagi menerima perlindungan terhadap kenderaan melebihi 15 tahun dan perlindungan Pihak Ketiga (3rd Party).


Maklumat Agensi

Nama Ejen :        Mohd Azhar Mohd Jaafar
No K/P :             730502145635
Kod Wakil :         GG09825 (Takaful Am)
Alamat Agensi :   22, Jalan 23, Desa Jaya, Kepong, KL

No H/P :            016-682 7679
No Tel/Faks :     03-6272 1220
Waktu Operasi : 9pagi - 1ptg. 2.30ptg - 4.00ptg.
No Akaun :         MBB 162553011111
Email :              ikhlas114@yahoo.com


AQAD DAN KEBENARAN

Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.

Thursday, January 14, 2010

Usaha Masturat (Wanita)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. 
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
    Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!





    Tuesday, January 12, 2010

    Tolong Bisnes Muslim

    Ini bisnes kawan aku. Buat kek di rumah. Keperluan untuk guna di jalan Allah. Sapa nak beli, call sendiri. Sesuai untuk hadiah kenduri-kendara.


    Muffin chocolate rice RM 1.50/pack
    Muffin 100% chocolate RM 1.70/pack
    Contact no; 013-636 1463 (Shah Nizam)

    *Gambar kopiah adalah untuk perbandingan saiz. Bukan untuk dijual. Nak beli kopiah, pi sini la.



    Friday, January 08, 2010

    RM 2 je...


    Gambar hiasan bertajuk "Dunia & Perhiasannya"

    Dengan sukacita dan gembira ria nya dimaklumkan bahawa kadar baru untuk 'service charge on roadtax renewal' telah diturunkan kepada RM 2/= (sebelumnya RM 10/=) bermula dari hari ini. Penurunan kadar ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut;

    1. Insuran kenderaan (takaful) dibuat dengan Agensi Mohd Azhar Mohd Jaafar sahaja.
    2. Kenderaan Persendirian Milik Individu atau Kenderaan Persendirian Milik Syarikat sahaja (kecuali motorsikal - perlu 'renew' sendiri).
    3. Urusan 'roadtax renewal' dibuat secara 'online' melalui Agensi Mohd Azhar Mohd Jaafar.
    Untuk pertanyaan lanjut sila isi kotak komen di bawah.

    *wei.. diskaun RM 8.. ok la tuh.. Boleh beli Happy Meal apa.. dapat mainan lagi..


    Happy Meal dari langit? Macam bani Israel zaman Nabi Musa la pulak..



    Antara koleksi anak2 aku..

     

     

      Monday, January 04, 2010

      Tanya Sama Hati.. (self-test)


      Sanggup ke pakai benda ni walau ke mana-mana?



      Atau lebih selesa dan nampak macho kalau pakai yang ni je..


      Donlot bayan 02/01/2010

      Player/converter untuk file ni..

      Antara petikan bayan.. Orang dahulu belajar sunnah supaya dapat amal dan dapat cinta Allah.. Malangnya ada orang sekarang belajar sunnah supaya boleh kata; "ahh.. ini sunnah je.. tak buat pun tak pe.."