Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Monday, January 05, 2009
Derma Buah Pinggang
Jika tuan/puan, saudara/saudari mempunyai darah A+ dan ingin menderma buah pinggang kepada anak saya Muhammad Ammar, untuk dapatkan borang sila layari;
http://www.agiftoflife.gov.my/organdonor.html
* Sertakan sekali satu surat yang mengatakan anda ingin agar Muhammad Ammar bin Mohd Azhar, no pesakit 244714 yang berdaftar dengan Hospital Selayang menjadi pilihan pertama sebagai penerima buah pinggang anda.
Kisah Muhammad Ammar baca di sini;
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/11/aku-sekarang-kat-hospital.html
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/12/hospital-selayang.html
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/12/capd.html
Perbincangan ulama mengenai derma buah pinggang;
http://www.zaharuddin.net/content/view/183/90/
http://saifulislam.com/?p=518
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/326e4a566d01d58b4825739000613978?OpenDocument
http://drmaza.com/home/?p=76
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=6206&start=0&st=0&sk=t&sd=a
Mudah-mudahan bantuan anda diterima Allah dan Muhammad Ammar dapat menggunakan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan agama Allah. Amin.
Pakaian Dan Kerja
Lain macam je tajuk entry kali ni bang. Eyelah..
Disebalik setiap pakaian, mesti la ada kerja. Orang yang pakai baju polis, mestilah kerja polis. Tak kan merompak pulak. Disebalik baju doktor, tentu ada kerja. Kerja doktor. Kalau nampak hensem semacam je dengan kemeja dan slack, agak-agak ni mesti kerja opis. Tak pun salesman. Begitu jugak dengan student, nurse, pekerja Alam Flora...
Aik? Student pun ada pakaian. Ada.. fesyen student la. Tak kan pakai ihram masuk kelas..
Kalau diorang-diorang ni bergaya dengan pakaian masing-masing tapi tak buat kerja, amacam? Mungkin;
- dapat surat warning
- kena pulau
- kena kutuk
- makan gaji buta (memang pun)
- kena berenti kerja
- kena pukul
- tahap kronik; kena bunuh!
- dll
Kalau orang tanya kita; "Kau orang Islam ke?"
Cepat-cepat kita jawab; "Ya."
"Apa kerja orang Islam?"
"Apa ye? Solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadat la."
"Itu pakaian orang Islam, tapi kerja, kerja.."
"Ada kerja lain ke?"
Jadi bila tak buat kerja, dapatlah 8 perkara di atas. Dah la tak buat kerja, tak tahu pulak tu kerja. Yang dah tahu malas pulak nak belajar kerja atau buat-buat tak tahu kerja tu...
Gaji nak, kerja tak nak..
Lepas tu memekik.. melalak... demonstrasi.. ngata orang!
Sendri mau ingat.