Tuesday, August 12, 2008

Bas Mini


Lepas lahir sampai umur 5 tahun aku tinggal kat Greenwood, Gombak. Aku ingat lagi masa aku 4 - 5 tahun, mak bawak aku sekali sekala pergi KL naik bas mini no 14. Masa tu bas warna merah. Favourite aku duduk kat single sit belah depan sekali.


Lepas tu pindah ke Kepong. Bermulalah kenangan aku bersama bas mini no 31. Mula-mula bas warna hijau, lepas tu warna pink. Tanya bini aku dia tahu la... Rahsia beb.

Masa sekolah rendah memang aku tak naik bas mini hari-hari sebab ada bas sekolah. Tapi seingat aku ada 2 kali aku balik naik bas mini sebab dah ketinggalan bas sekolah. Masa tu sekolah rendah kat jalan Ipoh.


Masa sekolah menangah kat VI, pergi naik kereta dengan abah, balik naik bas panjang. Sekali sekala naik bas mini.

Tahun 1991. Aku start kerja kat Kwong Yik Finance kat Ampang Park. Masa tu la bermula era pergi balik kerja naik bas mini. Dua kali bas. Dari Kepong turun kat Lebuh Ampang. Dari Lebuh Ampang ke Ampang Park.

Kalau ada konsert kat KL ke, tengok bola kat Stadium Merdeka ke, jalan-jalan kat pasar Tengku Abd Rahman ke, Central Market ke, Pertama ke, pergi snooker ke... mesti naik bas mini. Best sebab kecoh. Dating ngan bini pun dalam bas mini. Bini aku tinggal setaman dengan aku. Dia kerja kat area Central Market. Abang ipar aku driver bas mini 31. Tu yang tak leh cerita.


Sekarang, semua tu tinggal kenangan. Masa dah berlalu. Anak-anak dah berderet. Alhamdulillah masih diberi peluang hidup dan tahu maksud dihantar kat atas bumi ni. Kalau tak, masa berlalu, berlalu, berlalu dan hampeh.. Sia-sia belaka.

Hidup mesti diteruskan. Maksud mesti dicapai. Masa makin pendek...



Akaun Fi Sabilillah

Siapa nak infak di jalan Allah, boleh masukkan RM dalam akaun berikut;

Bank Islam 120 100 100 12345

Kalau dapat secara bulanan tetap lagi baik. InsyaAllah RM anda akan diguna 100% untuk agama.

*Nak info pasal akaun ni, email aku; azharkepong@yahoo.com
Sebelum menyumbang, pastikan pendapatan anda bersih dari rasuah, judi, riba dan
yang seumpamanya.

Contoh Hudud Pada Zaman Nabi SAW


Suatu ketika di zaman Nabi SAW, ada seorang lelaki bernama Mais Al Aslami. Beliau telah datang berjumpa Nabi SAW dan mengaku telah melakukan zina. Mendengarkan pengakuan beliau, Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu silap. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang semula dan membuat pengakuan yang sama. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu sentuh-sentuh kulit sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang lagi dan masih tetap dengan pengakuannya. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu tidur dalam satu selimut sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais tetap datang dan mengaku telah malakukan zina. Nabi SAW telah mengutus seorang sahabat untuk memanggil Abu Bakar ra. Bila Abu Bakar ra datang, Nabi SAW meminta Mais menghenbuskan nafas dari mulutnya supaya dapat dihidu oleh Abu Bakar ra. Setelah Mais berbuat begitu, Nabi SAW telah bertanya kepada Abu Bakar ra; "Adakah Mais mabuk arak?" Abu Bakar ra kata; "Tidak kerana tiada bau arak yang keluar dari mulut Mais."

Nabi SAW telah menyuruh Mais memanggil ketua kampungnya untuk mengadap Nabi SAW. Bila ketua kampung di bawa kepada Nabi SAW, baginda bertanya; "Adakah kamu kenal lelaki ini?" Ketua kampung menjawab; "Ya aku kenal dia semenjak kecil. Aku tahu keluarga dan tempat tinggalnya. Memang dia orang kampungku ya Rasulullah." Nabi bertanya lagi; "Semenjak kamu mengenalinya, pernahkah dia sakit gila atau hilang ingatan?" Ketua kampung manjawab; "Tidak pernah ya Rasulullah."

Lalu Nabi SAW memanggil Abu Bakar ra dan Umar ra untuk menjalankan hukuman terhadap pebuatan zina yang dilakukan oleh Mais. Oleh keran Mais telah berkahwin, maka hukumannya ialah direjam dengan batu sehingga mati. Maka dengan kerelaannya sendiri untuk mendapat hukuman, Mais telah diikat dan ditanam 3/4 badan dan dilontar dengan batu oleh orang ramai yang lalu di situ.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kesakitan, Mais telah berjaya meloloskan dirinya dan cabut lari. Umar ra dan Khalid al Walid ra telah mengejar dan berjaya menangkap Mais semula. Beliau diikat dan ditanam dan dilontar dengan batu sehingga syahid. (semoga mangampunkan dosa beliau dan mati sebagai seorang sahabat).

Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi SAW, maka baginda telah memanggil Umar ra dan Khalid al Walid ra untuk memberi keterangan. Nabi SAW tanya; "Kenapa dikejar dan ditangkap semula? Mungkin dosanya telah diampun oleh Allah SWT. Biarkan dia lari."

~ atau seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW ~

***********************

Kisah ni aku tulis secara nota melalui kuliah Maghrib di masjid aku. Kisah yang lebih tepat kita boleh cari dari kitab-kitab hadis. Pengajaran dari kisah ni, sebenarnya kita jangan mudah nak menuduh-nuduh orang. Dan bukan senang nak menjatuhkan hukuman. Lagi satu kita kena sentiasa bertaubat dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang kita dah buat.

Wallahua'lam.