Monday, March 24, 2008

Muhammad Mu'az

Nama saya Muhammad Mu'az.


Ini kakak saya. Kakak selalu cium saya dan tinggalkan air liur kat pipi.
Kalau abah tak nampak, kadang-kadang
kakak tepuk muka saya.


Hari ni abah dah membotakkan rambut saya.
Saya rasa hensem sangat.


***************************************

Umat Muhammad SAW dihantar dengan satu kerja yang dulu hanya diberi kepada para Nabi iaitu kerja dakwah; mengajak manusia beriman kepada Allah.

Tertibnya macam ni;
1.Buat dakwah maka iman meningkat
2.Bila iman meningkat, amal meningkat.
3.Amal pertama iaitu solat dapat ditegakkan (berjemaah).
4.Bila solat tertegak, fahsyak dan mungkar tercegah.
5.Bila fahsyak mungkar tercegah maka zahir muamalat, muasyarat dan akhlak Islam.
6.Akhir sekali Allah beri pentadbiran dunia kepada orang Islam dan orang kafir
berbondong-bondong masuk Islam.

Satu peraturan Allah yang tak akan berubah (sila baca sirah Nabi).
Kena ikut 1, 2, 3, 4, 5 & 6.

Tapi kita suka 6, 5, 4, 3, 2 & 1.
Atau 6, 2, 1, 4, 5 & 3.
Atau 5, 6, 4, 2, 3, & 1.
Atau...
Atau...
Atau...

Dan bukan 1, 2, 3, 4, 5 & 6.
Kenapa jadi macam tuh?

Semoga Allah beri faham kepada kita semua.