Thursday, February 28, 2008

Jaga Lidah


Sejak beberapa hari ni dok pikir betapa senangnya kita mengumpat, mengeji, mencaci dan menfitnah saudara seIslam. Dah tu cara terbuka dan umum pulak tu! Tak tahu la nak jadi apa.

Pagi tadi duduk dalam halkah taklim. Baca kitab Muntakhab Hadis. Tiba2 Allah tunjukkan aku beberapa ayat Quran yang memberi amaran tentang perkara ni. Walaupun ayat2 ni dari bab yang berbeza (Muntakhab Hadis dibahagi kepada 6 bab), tapi mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

Jadi nak kongsi kat sini untuk renungan bersama.

Mafhum firman Allah;

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Surah Al-Israa’, Ayat 53)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nuur, Ayat 15-17)

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat 58)

*Untuk tafsir ayat2 tu kena rujuk ustaz lah ye!



~Semoga Allah bagi taufik pada aku untuk jaga lidah. Amin...