Dalam satu riwayat dinyatakan seorang telah bertanya
‘Wahai Rasulullah, Apakah perkara yang merosakkan
puasa?’ Baginda menjawab, ‘Berbohong dan mengumpat.’
Pada zaman Nabi terdapat dua orang perempuan yang
sedang berpuasa. Mereka mengalami kelaparan yang
bersangatan sehingga tidak tertanggung lagi, hampir2
mereka akan mati. Sahabat2 telah memberitahu Nabi
tentang perkara ini. Lalu Nabi telah menghantar satu
bekas dan memerintahkan mereka muntah ke dalamnya.
Lalu mereka berdua pun muntah dan telah keluar ketulan2
daging dan darah yang dimakan mentah2. Orang ramai
kehairanan. Nabi telah bersabda, ‘Kedua2 perempuan itu
telah mulakan puasa dengan rezeki yang halal tetapi
kemudiannya mereka telah mengumpat orang ramai, sama
seperti mereka makan makanan yang haram.’
Daripada hadis ini satu perkara dapat dijelaskan, iaitu
disebabkan mengumpat, puasa seseorang itu akan menjadi
lebih susah. Demikianlah juga dengan dosa2 yang lain.
Pengalaman kita menguatkan lagi kenyataan ini. Puasa
seorang yang bertakwa tidak sedikitpun memberi
kesusahan dan kepayahan kepadanya sebaliknya orang2
yang fasik yang berpuasa kebanyakannya menghadapi
keadaan yang buruk.
Oleh itu, kalaulah dikehendaki agar puasa tidak
memberatkan, maka jalan yang terbaik adalah dengan
menjauhkan diri dari dosa2 khasnya mengumpat. Ada
orang yang menjadikan mengumpat sebagai satu kerja
untuk menghabiskan masa semasa berpuasa. Adalah lebih
baik masa yang ada digunakan untuk tilawah Quran dan
berzikir.
Wallahua’lam.