Wednesday, June 27, 2007

Mandi Sungai di Bukit Lagong




Nak Jadi Khalifah?

Syarat-syarat jadi khalifah; mafhum firman Allah :

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu.
dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.
(an Nur 55)

Ayat ini menjanjikan kepada seluruh umat Islam bahawa mereka akan diberi kekuasaan dengan syarat mereka beriman dan beramal soleh. Penunaian janji ini telah bermula sejak zaman Nabi SAW lalu berterusan sehingga ke zaman khulafa' ar rashidin.
Selepas itu pun dari masa ke semasa janji itu telah ditunaikan dan akan terus ditunaikan pada masa akan datang.

Tuesday, June 19, 2007

Yang Mana Satu?

Kira-kiranya kita ni yang mana satu ye?

1. Hidup untuk hidup

2. Mati untuk hidup

3. Hidup untuk mati

*Hisab la diri masa hidup sebelum dihisab selepas mati...

Monday, June 04, 2007

Al Fatihah

Ahli jemaah saya ke Kemboja, Ustaz Affendi (35 tahun) telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu 23 Mei 2007. Beliau telah mendapat sakit setelah jemaah kami kembali ke Kuala Lumpur dari Kemboja pada 6 Mei 2007 dan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas itu.

Beliau telah meninggal dunia selepas kira2 seminggu berada di wad kecemasan. Beliau meninggal dunia tak lain tak bukan hanyalah kerana sudah sampai ketentuan masa oleh Allah SAW. Syukur pada Allah SAW kerana beliau meninggal dunia setelah habis khuruj 40 hari. Berapa ramai manusia mati hari ini di dalam keadaan lupa & lalai kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan beliau dan mengampun segala dosa kerana memang itulah janji Allah pada orang yang mengguna diri dan harta untuk membantu agama Allah SWT. Amin...


Firman Allah dalam surah As-Sof

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.

Post berkaitan; http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/05/40-hari-kemboja.html