Friday, December 08, 2006

Last Trip

Macam-macam kenderaan orang kat taman ni pakai.
Ada kancil, wira, gen2, mpv, merce, bm...
ada yang naik bas.
ada jugak yang naik motor & basikal je. Tapi korang nak tau kenderaan
apa yang last skali org kat taman ni naik?

(scroll bawah)








































amacam, glamer tak?

Friday, November 24, 2006

Destinasi Kita

Eh nak gi mana tu?

Gi kedai...

Gi opis...

Gi jogging...

Gi masjid (alhamdulillah)...

Balik kampung...

Balik rumah...

Hakikatnye, semua orang nak balik ke satu destinasi.

Akhirnye kembali kepada zat Allah Yang Esa.

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia.

Apa persediaan kita, ala kadar atau sungguh2 beserta takut & harap.

Tepuk dada tanya IMAN...

Tuesday, November 14, 2006

Serupa Tapi Tak Sama!


Ini Muhammad Amir.

Sekarang dah 10 tahun.






Ini pulak A'isyah Humaira.

Sekarang umurnya 9 tahun.





Eh... Ni sapa pulak? Awak tak tidur ke?

Nama dia ni Muhammad Ammar.

Umurnya 7 tahun sekarang ni. Kejap aje dah 7 tahun...




La.. Gambar awak lagi! Bukan la.

Nama saya Muhammad Anas.

Sekarang saya dah 4 tahun.





Haa.. Kenal tak ni sapa?

Ini la Ainul Mardhiah.

Umurnya baru 1 bulan.

Monday, November 13, 2006

Anas, letrik & solat.

Ini Muhammad Anas. Umur empat tahun.
Malam baru2 ni kat rumah 'black-out'. Satu taman x de letrik.
Anas tanya umi nya camne nak buat?
Umi nya kata, solat la 2 rakaat, minta Allah bagi letrik.
Muhammaad Anas pun solat 2 rakaat, lepas tu doa pada Allah bagi letrik.
Lepas solat & doa, letrik nya x keluar juga.
Anas kata pada umi nya, x de pun letrik.
Umi nya kata, solat lagi 2 rakaat.
Muhammad Anas pun nak solat lah. Belum sempat angkat takbir, letrik pun dah ok.
Punya la gembira Muhammad Anas ni. Bila abah nya balik dari masjid, x sempat2 nak cerita
sampai abah nya pun x faham apa Anas kata.
Lepas umi, abang2 dan kakak nya 'explain', Ooooo... baru la abah faham.

Thursday, November 09, 2006

Berjaya; Apa Definisi Anda?

Allah SWT dah buat keputusan dah, mana2 manusia nak BERJAYA kena bawak cara hidup beragama dalam kehidupannya. Dari manusia yang pertama iaitu Nabi Adam AS hingga la ke manusia terakhir, itu la motif hidupnya.

BERJAYA tu apa? Dapat anak baru ke? Naik pangkat ke?
atau Dapat harta banyak ke?

Semua tu BERJAYA jugak, tapi bersifat sementara.

BERJAYA yang sebenarnye bila di akhirat esok KITA diumumkan sebagai ahli SYURGA (amiiin!) dan sikit pun tak terkena azab neraka.

Jadi atas maksud BERJAYA, Allah Yang Maha Mengetahui tak biar manusia pandai2 sendiri. "Pandai2 kau la, untung2 BERJAYA ke syurga, nasib tak baik ke neraka."

DihantarNya 124,000 para nabi, setengah riwayat kata 200,000 para nabi kepada umat manusia. Setiap masa dan zaman ada saja nabi diutuskan. Dari Nabi Adam AS hinggala ke Nabi kita, Muhammad SAW. Ada nabi yang dihantar untuk satu negara, satu bandar, satu kampung dan sebagainya. Kerja nabi2 ni adalah mengajak dan memperkenalkan manusia kepada Allah SWT.

Hingga ada satu2 masa 70 nabi dihantar tapi mereka ada kawasan mereka masing2. Contohnye Nabi Musa AS hidup pada masa yang sama dengan Nabi Syuib AS. Tapi untuk dakwah Firaun, Nabi Syuib AS tak bantu Nabi Musa AS. Bila Nabi Musa AS minta sorang pembantu, Allah SWT lantik Harun untuk jadi nabi, baru boleh bantu Nabi Musa AS.

Bila satu2 nabi wafat, kerja dakwah tak dapat dijalankan, maka umat yang asalnya beriman, keturunan mereka kembali murtad. Allah SWT hantar lagi nabi. Begitu la seterusnya hingga ke Nabi Muhammad SAW.

Tapi persoalannya, dari Nabi Muhammad SAW hingga sekarang dah 1400 tahun lebih dan apa pun yang terjadi kepada umat ni, Allah SWT tak kan hantar nabi lagi. Zalim ke Allah SWT? Nauzubillah..

Sebenarnya kerja nabi iaitu dakwah telah dipindahkan ke atas setiap bahu orang yang mengucap kalimah syahadah dari umat ni. Ini la hakikat yang kita kena terima walaupun rasanya tersangat la pahit nye.. Inila sebabnya kita jadi umat terbaik KERANA UMAT NI DIBERI KERJA MACAM NABI2. Mengajak manusia kenal dan cinta kepada allah SWT.

Jadi kita dah buat ke kerja tu, atau mula belajar kerja tu, atau sekurang2nya ada niat yang sungguh2 untuk buat kerja tu, atau masih tak yakin kita dihantar untuk buat kerja tu..

Hari ni jutaan manusia mati tanpa IMAN sebab umat Islam tak jadikan kerja dakwah ni sebagai kerja utamanya. Umat Islam masih menganggap saya adalah peniaga, saya adalah pekerja pejabat, saya adalah petani dan sekian2..

Kita cuba fikir dan renung, siapa yang sebenarnya ZALIM.. Yahudi, Nasara, Amerika...
Atau kita sendiri.

Kesimpulannya, untuk BERJAYA, mau tak mau kita kena buat kerja macamana yang Allah SWT telah beri kepada kita. Baru la kita akan dapat 'title' umat yang terbaik tuh.. Tak gitu?

Friday, November 03, 2006

Ainul Mardhiah

Gitule nama diberi... ambik nama arwah embah (semoga sentiasa dalam rahmat Allah).



Abah, kenape saya jadi botak?

Tak tau la abah... Dah nasib nkau. Abang & kakak dulu pun abah yang mem'botak'kan nye.

Kejadian ni berlaku hari ni, 9 pagi waktu Malaysia.


Thursday, November 02, 2006

Anak 1 Syawal 1427H






Bukan anak bulan, tapi kelahiran satu lagi umat Muhammad SAW.

Pagi 1 Syawal... (24 Okt 2006)
Pagi macam biasa, lepas Suboh berjemaah di masjid, duduk dalam majlis bacaan kitab Fadail Amal. Lepas tu habiskan zikir & tunggu Israq.

8 pagi...
Bawak semua ahli keluarga aku pegi solat sunat Aidilfitri. Ramainya umat Nabi yang datang. Penuh melimpah2. Kalau bentuk jemaah untuk keluar Jalan Allah, tentu banyak masalah umat ni dapat selesai. Lepas solat ziarah rumah mak. Ayang bisik kat aku dah rasa sakit2. Kalau ikut 'due' lagi 2 minggu. Tapi Allah Maha Kuasa... Semua pentadbiran langit & bumi dalam genggamanNya.

Gambar anak2 masa beraya kat rumah neneknya. Ala.. bukan jauh, taman yang sama.

11.30 pagi...
Siapkan apa2 barang & dokumen yang perlu. Terus ke Hospital Selayang.

1.11 tgh...
Umat Nabi yang baru dah lahir. Baby girl. Mudah2an jadi macam Sahabiah. Amiiinnn...